Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 20, 2025 @ 2:10pm

Zizan Razak Ditipu Libatkan Sejumlah Wang Besar, Mohon Peminat Terus Doakan & Beri Sokongan

Penyanyi, pelakon dan usahawan, Zizan Razak meluahkan rasa kecewa apabila mendedahkan dia telah ditipu melibatkan sejumlah wang yang besar.

Kata Zizan, perkara itu telah lama berlaku namun, ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus berusaha dan bangkit di tahun 2025.

“Saya dah simpan lama dah, jadi 2025 ni saya rasa masa untuk saya bercerita dengan anda semua.

“Apa saya dah lalui dalam busines. Banyak benda yang saya nak share tapi saya pendekkan. Saya kena tipu, banyaklah dalam busines kalau nak sebut nilai tu besar tapi, takpe saya simpan yang penting saya rasa the best saya tak putus asa,” katanya.

Dalam pada itu, Zizan juga meluahkan rasa gembira apabila melihat rakan-rakannya berjaya dalam bidang perniagaan sekaligus percaya dengan rezeki yang telah diaturkan Tuhan untuknya.

Tambahnya, dia juga berminat untuk terlibat dalam bidang fesyen dan berusaha untuk mengeluarkan baju raya seperti kurta pada tahun ini.

“Saya happy tengok kawan-kawan di media sosial yang berjaya dalam busines. Happy sangat kadang saya nak jadi macam dia orang tapi rezeki kan milik Allah.

“Kalau kita usaha macam mana pun kalau Allah tak izinkan, dia tak bagi. Tapi tak apa, tahun ni saya nak apa yang saya nak cuba buat ni menjadi, tercapai dan berjaya. Kalau tak banyak pun sikit tak apa.

“Saya nak buat kurta dan baju Melayu. Saya akan cuba segala upaya untuk buat yang terbaik. Saya particular dengan fesyen dengan detailing, dengan finishing, dengan material  dengan ketat-ketat atas badan ni. Jadi saya memang more on fesyen. So, tengok orang-orang buat baju sukses berjaya, happy sangat. Saya cuba buat baju Melayu tahun ni.

“Tapi risau juga sebab kita tak tahu kan orang di luar sana macam mana. Harap anda sokong saya, sokong busines saya. Kalini saya buat sendiri. Saya buat bukan untuk saya saja. Saya nak anda juga handsome raya tahun ni,” jelasnya.

Diakhir perkongsian tersebut, pelantun lagu ‘Bawa Aku Pergi’ itu kelihatan sebak lantas menelefon ibunya untuk meminta mendoakannya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 11 Oct 2018

Ditipu Teman Lelaki, Lihat Tindakan Gadis ‘Kental’ Ini!

Tak semua benda yang kita rancang tu akan jadi kenyataan. Betul, hati manusia ni berubah-ubah. And betul, tak semua lelaki ni trash. Tapi lelaki yang aku dapat ni trash. Thanks bruh…

Hiburan Sun, 3 Jul 2022
Hiburan Sat, 30 Aug 2025

Syafiq Kyle Dedah Mimi Lana Impi Timang Anak Kembar Sejak Sebelum Kahwin

Syafiq Kyle minta orang ramai doakan Mimi Lana hamil anak kembar

Hiburan Tue, 23 Jul 2019

iKON Departs for Japan, Leaves Fans Heartbroken

Such a sad day for iKONICs! Be strong!

Hiburan Sat, 19 Oct 2024
Featured Thu, 22 May 2025

[VIDEO] Sambut Ulang Tahun Ke-30, Nana Sheme Infaq Al-Quran Buat Arwah Ibu

Nana Sheme sambut hari lahir dengan cara berbeza.

Featured Fri, 25 Oct 2019

Pengambilan vaksin halal atau haram? Ini jawapannya

Pertimbangan berdasarkan maqasid syariah

error: Content is protected !!