Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 21, 2025 @ 6:40pm

Fattah Amin Persoal Tindakan Individu Puk*l Abang OKU – “Kenapalah Sekejam Ini Diperlakukan Sesama Manusia”

Insiden membabitkan individu Orang Kelainan Upaya (OKU) yang tular baru-baru ini ternyata menarik perhatian ramai.

Antaranya, pelakon popular, Fattah Amin yang tampil  meluahkan rasa kesalnya dengan tindakan individu yang bertindak kejam terhadap lelaki berkenaan.

Malah, tindakan memukul, menendang serta mengheret mangsa yang mengalami kelainan upaya mental itu begitu tragis untuk ditonton.

Dalam pada itu, Fattah juga mempersoalkan bahawa tindakan tersebut tidak seharusnya dilakukan apatah lagi sesama manusia.

“Kenapalah sekejam ini diperlakukan sesama manusia,” katanya.

Perkara itu dikongsi Fattah menerusi muat naik sepotong video pendek di Instagram Story miliknya.

Terdahulu, insiden membabitkan mortorsikal yang ditunggang lelaki OKU mental, Ahmad Nor Al Faizan Jusoh, 47, atau mesra disapa Paijang, terlanggar sebuah gerai jualan menyebabkan makanan dijual terjatuh dan tumpah.

Mangsa kemudian dipukul dipercayai oleh peniaga dan pengunjung pasar terbabit sehingga menyebabkan kecederaan.

Susulan insiden tersebut, pihak polis telah menahan lima lelaki berusia 18 hingga 60 tahun untuk siasatan lanjut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 14 Sep 2022
Hiburan Sat, 25 Jan 2025

Angkat Kisah Ajaran Sesat, Saksikan Langit Ke Tujuh Eksklusif di Tonton

Ikuti penceritaan Langit Ke Tujuh, sebuah drama bersiri 8 episod yang mengupas kisah di Tonton!

Hiburan Fri, 3 Jan 2020
Hiburan Fri, 5 Jan 2018

TAEYANG TIE THE KNOT 3 FEBRUARI INI?

Taeyang dan Hyo Rin juga dikatakan bakal mengadakan upacara perkahwinan mereka secara tertutup dan akan dihadiri oleh teman-teman rapat mereka sahaja

Featured Wed, 26 Sep 2018
Hiburan Wed, 12 Sep 2018

Lepas Bobo Di Mana, Aliff Syukri Nyanyi Lagu Nasyid Pula?

Shahida turut memberitahu suaminya memang tahu suara dia tak berapa nak sedap tapi sebab suka nak jadi artis, beliau usahakanlah dia jadi artis nasyid. Korang sokong dan setuju tak?

Featured Mon, 5 Sep 2022
Hiburan Mon, 15 Apr 2019
error: Content is protected !!