Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 21, 2025 @ 2:49pm

Terus Kunci Mulut Isu Buka Tudung, Nelydia Senrose Berusaha Perbaiki Diri Ke Arah Kebaikan

Penampilan pelakon jelita, Nelydia Senrose menjadi perbualan ramai selepas dilihat sudah tidak lagi berhijab sejak Jun tahun lalu.

Ketika ditemui XTRA, Nelydia atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 31, bagaimanapun menjelaskan dia sedang berusaha untuk memperbaiki diri ke arah kebaikan.

“Macam saya pernah cakap sebelum ini saya sedang mencuba dan masih mencuba dan tak akan berhenti untuk menjadi manusia lebih baik,’ katanya.

Dalam masa sama, adik kepada aktres, Uqasha Senrose itu memohon doa yang baik daripada orang ramai berhubung penampilannya.

“Jadi saya mengharapkan doa daripada orang ramai untuk saya menjadi manusia yang lebih baik. Saya tahu dan percaya doa yang baik itu akan berbalik kepada diri kita,” tuturnya lagi.

Nelydia berkata demikian ketika ditemui di sesi fotografi bagi drama Seindah Hujan Cinta di Sri Pentas, Bandar Utama.

Ketika disoal sama ada dia menyedari namanya dikritik gara-gara imej yang tidak berhijab meskipun berstatus Hajah, Nelydia bertegas dia enggan mengulas lanjut berhubung isu tersebut.

“Saya tak nak komen lebih lanjut mengenai perkara ini,” katanya.

Berkongsi mengenai perkembangan terkini, Nelydia bakal membintangi sebuah drama Seindah Hujan Cinta di TV3 selepas hampir setahun tidak terlibat dalam mana-mana penggambaran.

“Watak saya dalam drama ini memang sangat berbeza daripada yang saya pernah bawa sebelum ini, nak kata antagonis itu boleh tetapi ada ‘dark side’.

“Selain itu, skrip drama ini menarik, bayaran pun setimpal dan saya juga rindu nak berlakon,” katanya.

Sebelum ini, Nelydia menjadi sorotan ramai sejak Jun tahun lalu selepas tular beberapa video memaparkan dirinya tidak memakai hijab.

Artikel Berkaitan: Bercuti Di Cameron Highland, Tular Video Tudung Nelydia Senrose Dah ‘Terbang’? Netizen Luah Rasa Kesal

Artikel Berkaitan: Hadir Majlis Aqiqah & Kesyukuran Haura Uqaira, Netizen Dakwa Nampak Baby Bump Nelydia Senrose?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 26 Apr 2022
Hiburan Wed, 6 Dec 2023
Hiburan Tue, 24 Sep 2019

Zizan Gunakan Platform Media Sosial Untuk Kekal Relevan Sebagai Pelawak

Berbual dengan Zizan, memang tak kering gusi dibuatnya.

Trending Fri, 3 Apr 2020
Hiburan Wed, 8 Oct 2025

Tur SAMA SAMA Singgah Malaysia… Tulus, Kunto Aji, Dere, Sal Priadi & Idgitaf Bakal Gegar Idea Live Arena 5 Disember Ini!

Tur SAMA SAMA menghimpunkan lima nama besar muzik Nusantara iaitu Tulus, Kunto Aji, Dere, Sal Priadi dan Idgitaf yang terkenal dengan karya unik serta gaya persembahan tersendiri.

Hiburan Thu, 7 Nov 2019

Ara Johari Teringin Berduet Dengan Ratu Rock Negara?

Kalau dua-dua artis ini bergabung, memang powerlah!

error: Content is protected !!