Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 28, 2025 @ 12:38pm

Isu Rumah Tangga, Tekanan Vokal Terbaik… Hafiz Suip Akui Konsentrasi Terganggu Menjelang AJL39

Penyanyi, Hafiz Suip, 35, tidak menafikan kontroversi membabitkan rumah tangganya sedikit sebanyak menganggu persediaan menjelang Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-39.

Ketika ditemui XTRA, Hafiz yang mempertaruhkan lagu Terus Bersinar pada musim AJL39 tahun ini mengaku isu tersebut menganggu konsentrasinya, namun dia tidak membiarkan ‘gangguan’ itu terus berlaku.

“Cerita-cerita kontroversi membabitkan saya sedikit sebanyak memang mengganggu konsentrasi saya tapi saya alih perhatian saya kepada benda lain.

“Saya tak boleh buat banyak benda dalam satu masa, sebab itu saya ambil keputusan untuk selesaikan satu demi satu perkara. Saya percaya, kerjaya sebagai penyanyi ini juga yang akan membantu masa depan saya,” katanya.

Dalam pada itu, Hafiz turut mengakui dirinya berasa tertekan apabila ada segelintir peminat yang mengharap agar dia memenangi anugerah vokal terbaik AJL39.

“Saya sebenarnya tertekan juga bila baca komen, ramai yang letakkan harapan supaya saya menang vokal. Mereka suruh saya kalahkan Ernie Zakri, Aina Abdul, Nadeera, Marsha dan ramai lagi. Tapi bukan mudah benda tu sebab mereka semua sangat hebat,” katanya.

Hafiz berkata demikian ketika ditemui pada sesi Healing dan Meet & Greet bersama finalis AJL39 yang berlangsung di Gua Juicery, Taman Botani Putrajaya pada Sabtu.

Meskipun dilanda ujian rumah tangga, pelantun lagu popular Bahagiamu Deritaku ini bagaimanapun memaklumkan anak-anak iaitu Muhammad Riyadh Zafri, 8, dan Muhammad Alkaf Zayna, 5  adalah sumber kekuatan utama yang menyuntik semangat untuk terus berusaha dalam dunia seni.

“Saya buat semua ini untuk anak-anak. Saya nak mereka bangga melihat saya membuat persembahan di televisyen. Saya rasa tak sabar dan teruja untuk ke pentas AJL sebab ramai sebenarnya menantikan kemunculan saya termasuk mak dan keluarga saya di kaca televisyen,” katanya.

Sebelum ini, Hafiz mendedahkan dia dalam proses perceraian dan bersedia untuk melepaskan isteri secara baik.

Sekadar info, AJL39 bakal bersiaran langsung di Axiata Arena, Bukit Jalil dan dipancarkan di TV3 jam 9 malam atau boleh juga distrim secara HD di www.tonton.com.my.

Untuk mendapatkan tiket konsert AJL39, anda boleh membuat pembelian di  www.wowtix.com.my.

Artikel Berkaitan: “Kalau Dah Tak Ada Persefahaman Mengapa Perlu Teruskan” – Hafiz Suip Mengaku Kini Dalam Proses Bercerai

Artikel Berkaitan: Hafiz Suip Kesal, Anggap Tindakan Padam IG Dengan 800,000 Pengikut Satu Kesilapan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 15 Sep 2021

Kerajaan Mampu Laksanakan Tambahan Skim i-Citra RM 10,000, i-Survive RM 5,000 One Off Kepada B40 M40′

Umum maklum, kerajaan telah memperkenalkan kemudahan pengeluaran i-Citra yang berjumlah RM 5,000 one off kepada rakyat. Namun, cadangan agar kerajaan dapat menambah baik skim i-Survive membabitkan pemberian pinjaman automatik sehingga RM 5,000 kepada rakyat telah […]

Featured Thu, 6 Jan 2022

Kes Omicron Pertama Kini Dikesan Di Tawau

Semoga negara & orang yang kita sayang dalam lindungan Tuhan

Trending Thu, 13 Jan 2022

Trio Husadee Tampil Dengan Album Sulung, Teruja Kerjasama Dengan Julfekar

Trio baharu yang menggelarkan diri mereka Husadee teruja menjalin kerjasama dengan komposer prolifik, Julfekar untuk album pertama mereka yang berjudul Tanpa Alasan. Dianggotai oleh tiga jejaka kelahiran Sabah bernama Hud, Sam dan Dee, album Tanpa […]

Hiburan Sun, 8 Dec 2019

Pencipta ‘Keluang Man’ Meninggal Dunia

Al-Fatihah! Pencipta dan penerbit siri animasi digital Keluang Man, Kamaruddin Ismail, 63, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) jam 4.15 petang tadi. Kamaruddin atau lebih dikenali sebagai Kamn Ismail meninggal akibat serangan jantung […]

Hiburan Sun, 15 Jul 2018

Belum Mati Nak Warisi Hak Saya !

Perselisihan faham antara Asyraf Mazlan dan Wak Doyok masih belum selesai kini timbul pasal menuntut hak-hak terutama sekali jenama Wak Doyok

Hiburan Wed, 18 Mar 2026

Akui Kurang Tawaran Berbanding Auddra & Thalita, Marsya Qistina Tak Terasa Hati – “Saya Buat Kerja Belakang Tabir”

meskipun tawaran yang diterima tidak sebanyak rakan peserta lain seperti Auddra dan Thalita, dia tetap aktif dalam bidang seni.

Hiburan Fri, 8 Mar 2019

‘ Tolong Henti Fitnah Saya’- Aliff Aziz Nafi Pegang Tangan Oktovia

Saya berada di Singapura sejak dua hari lalu untuk bertemu keluarga. Sebelum mana-mana pihak mengambil tindakan fitnah tidak berbatas ini, tolong hentikannya!

Featured Mon, 3 Mar 2025

Ismail Sabri Yaakob Kini Suspek, SPRM Beku 13 Akaun Bank Bernilai RM2 Juta

Tindakan ini adalah sebahagian daripada siasatan berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram.

Hiburan Wed, 29 Nov 2023
error: Content is protected !!