Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 12, 2025 @ 6:02pm

Erra Fazira Sambut Birthday Dengan Mr. E, Healing Bersama Tepi Sungai – “Aku Tetap Cinta Padamu Yang Mempersonakan”

Keakraban dan hubungan penyanyi dan pelakon, Erra Fazira bersama jejaka dikenali sebagai Mr E atau nama sebenarnya Ezwan Zain semakin meraih perhatian ramai.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Mr. E menitipkan ucapan mesra kepada Erra yang dianggap wanita mempersonakan sempena ulang tahunnya dengan penuh kata indah seolah-olah memberi bayangan mereka benar bercinta.

“Andai bumi terbelah, aku tetap cinta padamu. Selamat ulang tahun buat kamu yang mempersonakan. Semoga tahun ini menjadikan dirimu seorang insan yang lebih baik dan diberi kebahagiaan hingga akhir hayat,” katanya.

Dalam pada itu, menerusi perkongsian di IGs, Erra berkongsi semula pautan video Mr. E memaparkan dirinya menyambut ulangtahun di sebuah kawasan rekreasi bersama rakan-rakan mereka.

Kata Erra, itu adalah momen yang dia tidak akan lupakan, selain menyifatkan sambutan hari jadi tersebut paling indah baginya.

Malah, Mr. E turut secara terbuka memuat naik momen mereka berdua bersembang dikelilingi dedaunan kehijauan sambil berlatarbelakangkan lagu berjudul ‘Selalu Bahagia, Ya’.

@xtra_my

Amboiiii, sweetnya wish birthday Mr. E dekat Erra Fazira 🥰🥰🥰 #fyp #xtra #errafazira #sambut #birthday #sungai #mre #beritaditiktok #sembangentertaiment

♬ original sound – XTRA – XTRA

Sebelum ini, menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs) pelantun lagu Pasrah ini mencuri perhatian ramai yang telah mencetuskan spekulasi mengatakan Erra sudah menemui pengganti.

Erra memuat naik foto yang tidak jelas bersama seorang jejaka yang tidak didedahkan identitinya, selain turut menyifatkan individu itu sebagai lelaki yang mendamaikan.

Susulan itu, memetik laporan Berita Harian, Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek, 51, mengakui dia dan jejaka dalam Instagram Story (IGs) sedang dalam fasa berkenalan.

Bagaimanapun, pelantun lagu Pasrah ini enggan mengulas lebih lanjut kerana bimbang sekiranya pisang berbuah dua kali.

Malah, Mr. E turut mengakui mereka sedang dalam fasa mengenali hati budi masing-masing, namun jejaka yang merupakan seorang ahli perniagaan ini bagaimanapun menjelaskan hubungan mereka buat masa sekarang hanya sekadar berkawan baik.

Artikel Berkaitan: Tidak Lagi Berselindung, Erra Fazira Kongsi Keakraban Bersama Mr. E

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 6 Aug 2021

“Akhirnya Ada Juga Drama Berfaedah..” -Penutup Drama Ayahanda Dipuji, Raih 4 Juta Tontonan

Drama Ayahanda yang mendapat perhatian ramai di media sosial telah pun melabuhkan tirainya pada hari Sabtu lalu dengan sebuah pengakhiran yang cukup mantap. Terbaru, drama yang sarat dengan emosi dan pengajaran itu berjaya mencatat 4 […]

Trending Wed, 17 Oct 2018

Suunto 9 Menampilkan Fit Intelligent Technology

Mempunyai pelbagai teknologi pintar seperti bateri pintar yang direka untuk bertahan sehingga 120 jam, peringatan pintar dan ciri Suunto’s FusedTrack, yang menggabungkan GPS dan data sensor

Trending Tue, 24 Apr 2018

Tahniah! Kate Middleton Selamat Melahirkan Seorang Lagi Anak Lelaki Bersama Putera William

Warga negara Britain telah menyambut kelahiran seorang lagi ahli keluarga diraja mereka semalam di London.

Hiburan Wed, 16 May 2018

Faizal Tahir Bakal Muncul Dalam Konsert ‘Moved’

FT turut mengundang penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza untuk sama-sama memeriahkan konsert solo beliau

Hiburan Mon, 6 Nov 2023
Hiburan Mon, 21 Apr 2025

“Dia Bukan Mata Duitan” – Anggap Seperti Sahabat, Bonda Rozita Tampil Pertahankan Isteri Aliff Syukri

Bonda Rozita anggap Shahida seperti sahabat, banyak dengar kisah duka

error: Content is protected !!