Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 13, 2025 @ 10:05am

[VIDEO] Seloroh Nak Kahwin Dua, Respons Isteri Haqiem Rusli Raih Perhatian – “Boleh, Tapi Mampu Ke Dia Jaga Awak Sebaik Saya…”

Penyanyi, Haqiem Rusli berseloroh meminta izin daripada isteri tercinta, Anis Sofea untuk berkahwin dua.

Menerusi sebuah video di TikTok miliknya, Haqiem atau nama lengkapnya, Ridzuan Haqiem Rusli, 28, berkata demikian ketika dia sedang menyambut hari ulang tahun isterinya itu.

“Fea (panggilan isteri), Akem nak tanya soalan yang merunsingkan ni. Fea okay ke kalau Akem kahwin dua?,” katanya.

Respons Sofea bagaimanapun menarik perhatian yang memberi keizinan untuk suaminya berkahwin lain, namun dia yakin tiada siapa yang dapat menyayangi, menjaga, serta menerima Haqiem seadanya seperti dirinya.

“Fea rasa kalau Akem nak kahwin dua, kahwin lah… tapi Fea tak rasa perempuan tu boleh jaga, dan sayang Akem macam Fea. Boleh ke dia terima Akem seadanya, baik buruk… Jadi Akem fikirlah sendiri,” tutur Sofea dalam nada sangat lembut.

Bagaimanapun, Haqiem menjelaskan kepada isterinya bahawa dia hanya bergurau kerana mahu melihat reaksi permaisuri hatinya itu.

Meninjau ke ruangan komen, ada segelintir pihak yang menasihati pelantun lagu popular Sangkar Derita itu untuk tidak bergurau perkara tersebut kerana bimbang menjadi kenyataan.

@xtra_my

Alamak, Haqiem Rusli tanya soalan cepumas masa sambut birthday isteri 🥵 Tapi lembut je Sofea respons suami dia.. 🥹 #fyp #xtra #beritaditiktok #sembangentertaiment #haqiemrusli #sambut #birthday #isteri #sofea #respons #soalan #dengan #lembut

♬ original sound – XTRA – XTRA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 24 Oct 2018

Mas Idayu Sebak Menyanyi Nirmala Di Pentas DAA 4

Penyanyi serba boleh ini menulis Allahyarham Pak Ngah sentiasa dekat di hati dan pasti merindui gelak tawa Allahyarham. Al-Fatihah buat Allahyarham Pak Ngah…

Featured Wed, 12 Oct 2022

[VIDEO] Sering Dipersoal Mengenai Status Agama, Kevin Zahri Dedah Dia Kini…

Kevin dengan tenang dedahkan status agamanya yang sering dipersoalkan oleh orang ramai

Hiburan Sat, 26 Jan 2019

Sufian Suhaimi Dikecam Netizen Kerana Rasis

hanya kerana kapsyen sekeping gambar di Instagram Sufian dikatakan rasis?

Featured Tue, 9 Aug 2022

“Terima Kasih Kerana Mendoakan. Saya Dah Fikir Semasak-Masaknya” – Elyana Perjelas Isu Tak Berhijab

“Dulu, saya sangat mementingkan jiwa dan hati orang. Sekarang, saya akan melakukan apa yang saya rasa terfikir nak buat“ – Elyana

Hiburan Mon, 19 May 2025
Hiburan Fri, 26 Sep 2025

Lebih 400 Hari Ingkar Bayaran Saman Hampir RM300,000, Rafidah Ibrahim Kini Berdepan Risiko Muflis & Aset Disita

Rafidah Ibrahim berdepan muflis, aset disita sekiranya gagal bayar saman fitnah berjumlah RM200,000

Featured Tue, 3 Jun 2025

Sharnaaz Ahmad Ambil Masa 6 Bulan, Sasar Turun Berat Badan 70 Kilogram Demi Watak

Mamu kini sedang membuat persediaan untuk melakonkan watak Reza

error: Content is protected !!