Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 14, 2025 @ 2:03pm

Fikry Ibrahim Perjelas Dakwaan Dipaksa Berkahwin, Ada Sebab Tak Hebah Perkahwinan – “Saya Banyak Fikir, Jadi Suami Tanggungjawab Besar”

Pelakon dan pengacara Melodi, Fikry Ibrahim menepis dakwaan kononnya dia dipaksa berkahwin memandnagkan riak wajahnya ketika majlis ijab qabul kelihatan sedih.

Malah, dia mengaku tidak berniat untuk merahsiakan perkahwinannya itu bersama isteri, Khalizah Alihan yang berlangsung pada Rabu.

Menerusi temu bual bersama program Melodi, Fikry, 31, berkata, dia menunggu majlis perkahwinan selesai terlebih dahulu sekaligus menganggap perkara yang tidak pasti sebaiknya tidak perlu dikongsi terlebih dahulu.

“Saya percaya benda yang baik selagi tidak pasti jangan kongsi.

“Jadi, saya tunggu sampai semuanya selesai. Alhamdulillah perkara baik,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ahmad Fikry (@fikryibrahim)

Disoal mengenai kenapa wajahnya tampak sedih ketika hari bahagianya itu, Fikry bagaimanapun menjelaskan, dia bahawa pada ketika itu dia memikirkan mengenai tanggungjawab yang harus dipikulnya sebagai seorang suami.

“Ini bukan saya buat drama TV3. Mungkin pada ketika itu adalah beberapa benda yang saya fikir.

“Termasuklah menjadi seorang suami, tanggungjawab sangat besar dan kena adil. Saya ada seorang ibu dan seorang isteri sekarang ini.

“Adil itu bukanlah sama rata tapi meletakkan hak pada tempatnya,” jelasnya.

Berkongsi lanjut, Fikry juga memaklumkan tentang keberadaan isterinya yang kini berada di Kedah menjaga ibu mentuanya di Jitra Kedah.

“Dengan ihsan beliau, isteri saya sekarang ini tengah menjaga ibu saya tercinta di Kedah,” ujarnya.

Terdahulu, Fikry mengejutkan ramai pihak selepas berita pernikahannya tular di media sosial.

Bagaimanapun, enggan mengeruhkan keadaan, pelakon itu meminta untuk diberikan masa dan ruang bagi menjelaskan mengenai status dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN:Dakwaan Sudah Berkahwin Tular, Fikry Ibrahim Mohon Beri Sedikit Masa

ARTIKEL BERKAITAN:Tamat Zaman Bujang, Fikry Ibrahim Selamat Berkahwin Hari Ini?

ARTIKEL BERKAITAN:Sedihnya! Solek Wajah Ibu & Bawa Pergi Holiday, Netizen Puji Fikry Ibrahim – “Memang Anak Soleh, Moga Syurga Buat Hang”

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Tak Menyesal Pilih Mak Berbanding Kerjaya” – Fikry Ibrahim Terlepas Banyak Peluang Demi Ibu

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 28 Jun 2025

[VIDEO] “Buka Aib Orang Puas Sekejap Saja, Tapi Dosa Kekal Selamanya” – Ira Kazar 

Puas hati dedah aib itu sekajap saja tapi akan menyesal sebab tanggung dosa – Ira Kazar

Hiburan Thu, 30 Mar 2023
Hiburan Sat, 21 Sep 2019

Tahniah…Zamani Dah Bergelar Suami!

Alhamdulillah…Akhirnya!

Featured Fri, 24 Apr 2026

“Kalau Ditakdirkan Saya Kahwin Lagi, Saya Takkan Jadi Diri Saya Yang Dulu – Puteri Sarah Liyana

Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin mendedahkan pengalaman kehidupan berumah tangga sebelum ini dan kemungkinan jika dia berkahwin semula pada masa hadapan kelak.

Hiburan Sat, 16 Nov 2024

“Lagu ‘Gen Z’ Tak Cukup Kuat Untuk Bersaing Di Pentas AJL 39” – Edry Abdul Halim

Edry berpendapat karya-karta Gen Z terlalu santai, tiada daya saing dan sukar bertanding dalam AJL 39

error: Content is protected !!