Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 18, 2025 @ 1:19pm

“Kehilangan Ini Mengajar Saya Lebih Menghargai” – MK K-Clique Sebak Tak Dapat Mandi, Kafan & Kuburkan Arwah Bapa

Penyanyi rap popular, MK K-Clique kecewa apabila tidak berpeluang untuk berkhidmat buat kali terakhir menguruskan jenazah arwah bapanya, Hamdan Abdul Razak pada 27 Oktober tahun lalu.

Kata MK atau nama penuhnya Muhammad Hairi Amin Hamdan menerusi temu bual bersama Melodi, ini adalah kehilangan pertamanya sekaligus ia meninggalkan kesan mendalam untuknya.

“Saya tak pernah kehilangan orang yang laing rapat dengan saya. Lagi-lagi keluarga, ini adalah kehilangan pertama iaitu bapa saya.

“Susah saya nak cakap sebab saya tak pernah rasa kehilangan semua. Jadi pengalaman tu sangat mengajar banyak benda untuk lebih menghargai,” katanya.

Berkongsi lanjut, MK yang gagal menahan sebak mendedahkan bahawa dia tidak dapat memandikan, mengkafankan serta menghantar arwah bapanya untuk dikuburkan pada ketika itu.

“Saya sendiri tak sempat nak jumpa arwah ayah saya. Tak ada rezeki nak mandikan dia, nak kapan dan kuburkan dia tak sempat pun.

“Tapi saya percaya dia ditempat yang baik sekarang. Ditempat golongan orang-orang yang lebih baik. Dan harap doa saya sampai dekat ayah saya insyaa-Allah.

“Ketika itu tidak digalakkan untuk anak saya berjumpa arwah bapa tapi saya ada jumpa dia dan tunjuk gambar,” jelasnya.

@melodiberapi Dengarkan luahan penyanyi MK K-Clique 🥹🥹😢😢 #meloditv3 ♬ original sound – Melodi tv3

Anggap isteri seorang yang hebat

Dalam pada itu, MK juga sempat berkongsi mengenai perkembangan terkini anaknya, Aya Rayana yang kini sudah berusia lima bulan.

“Menjadi bapa adalah hal yang paling indah dan menyeronokkan buat saya dan isteri. Memang tak dapat digambarkan.

“Aya Rayana sekarang dah berusia 5 bulan, dah pandai merangkak, berguling dan macam-macam lagi. Tapi alhamdulillah, saya mempunyai isteri yang sangat luar biasa Seorang ibu kepada anak saya yang sangat luar biasa.

“Secara jujurnya, kalau dibandingkans aya dan isteri, dia lagi yang banyak berkorban kearah menjaga anak. Isteri saya ni luar biasa. Di faham sebab saya kerja. Bila saya nampak dia, tak sangka dia begitu hebat,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MK K-CLIQUE (@hairiwhuut)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 26 Nov 2019
Hiburan Tue, 9 Apr 2019
Featured Thu, 17 Jul 2025
Featured Tue, 10 Mar 2026

“Aku Gentle Jangan Kantoi Perempuan Je” – Siti Elizad Akui Pasangan Perlu Saling Menghormati Batas Pergaulan

Elizad akui sebagai seorang isteri perasaan risau akan selalu ada bila pasangannya keluar bekerja, namun dia memilih untuk meletakkan kepercayaan sepenuhnya terhadap suami, Shamsul Baharin.

Hiburan Sun, 28 Jul 2019
Hiburan Sun, 22 Jul 2018

Boyfriend Saya Bukan Suami Sakinah, Jangan Fitnah!

Saya tak tahu macam mana orang boleh kata wajah mereka sama. Isu ini membuatkan saya tertekan kerana saya memang tidak bercinta dengan suami orang.

Hiburan Sun, 7 Sep 2025
error: Content is protected !!