Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 19, 2025 @ 4:13pm

AJL39 Edisi Paling Popular, Raih 2.1 Bilion Capaian Media Sosial & Lebih 200 Juta Tontonan!

Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) sekali lagi membuktikan keunggulannya sebagai acara muzik paling berprestij di Malaysia apabila ‘Hening Rindu’ nyanyian Marsha Milan dinobatkan sebagai Juara. Lagu hasil ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dengan lirik oleh Ikhwan Fatanna itu memukau penonton dengan susunan muzik yang menyentuh hati serta persembahan bertenaga Marsha.

Menariknya, AJL39 berjaya mencatat rekod luar biasa dengan pegangan 60.1% syer tontonan, menjadikannya antara edisi paling popular dalam sejarah penganjuran! Kejayaan ini turut diperkuatkan dengan 2.1 bilion capaian di media sosial serta lebih 236 juta tontonan video, menegaskan pengaruh besar acara ini dalam dunia digital.

Bukan itu sahaja, AJL39 juga meraih lebih 150 ribu perbincangan di media sosial dengan 82% daripadanya bernada positif, membuktikan sambutan hangat daripada peminat. Penstriman di platform Tonton turut meningkat sebanyak 8%, mengukuhkan lagi status AJL sebagai acara muzik yang dinanti-nantikan setiap tahun. (Sumber: Nielsen, Tonton & Meltwater).

Selain kemenangan utama, ‘Bukan Lagi Kita’ nyanyian Nadeera Zaini diumumkan sebagai Naib Juara, manakala ‘Saksama’ oleh Akim & The Majistret menduduki tempat ketiga. Anugerah Vokal Terbaik menjadi milik Ernie Zakri menerusi ‘Aura’, sementara Aina Abdul membawa pulang anugerah Persembahan Terbaik dengan lagu ‘Puas Sudah’.

Dengan tema “NADA RASA”, AJL39 meraikan keunikan muzik sebagai medium yang mampu menyampaikan pelbagai emosi dan cerita. Sejak 39 tahun lalu, AJL terus menjadi platform berprestij yang merapatkan peminat dengan artis kegemaran mereka, selain menyaksikan perkembangan muzik tanah air.

Penganjuran AJL39 tahun ini dikuasakan oleh Samsung selaku penaja bersama dan Unifi Mobile sebagai rakan penaja. Turut menyokong acara ini ialah HotFM sebagai rakan radio rasmi, serta OhBulan!, XTRA, dan SEISMIK sebagai rakan digital rasmi.

Di sebalik tabir, Russell Mark Rodrigues bertindak sebagai Pengurus Projek, manakala Jamil Bin Hassan memainkan peranan penting sebagai Penerbit Eksekutif dalam memastikan kelancaran acara ini.

Artikel Berkaitan: AJL39: Nyanyian Berjiwa, Marsha Milan Rampas Gelaran Juara AJL.. Jom Semak Keputusan Penuh!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 4 Jul 2022

Mahkamah Perintahkan Ira Kaza Tidak Ganggu Puteri Sarah, Perlu Masuk Pembelaan Dalam Masa Sebulan

Nasi sudah jadi bubur 🥲 Moga semua yang terjadi ini dapat beri peringatan kepada semua di luar sana 😊

Featured Fri, 31 Mar 2023
Hiburan Mon, 24 Jul 2023
Trending Wed, 8 Aug 2018

「动漫英雄人物」日常都在做什么?摄影师以镜头偷窥

动漫英雄人物日常都在做什么?摄影师以镜头「偷窥」揭发他们惊人的另一面!

Hiburan Sat, 13 Sep 2025

Zahirkan Rasa Cinta Mendalam Terhadap Tanah Air, BluntSheep Lancar Mini Album ‘Di Puncak Dunia’

Lagu utama yang turut dinamakan Di Puncak Dunia membawa mesej perjuangan, perpaduan dan cita-cita tinggi untuk mengangkat nama Malaysia di persada dunia.

Hiburan Tue, 30 Jul 2024

Emosi Pernah ‘Koyak’ Dikecam Netizen, Sharifah Rose Nasihat Jadi Pempengaruh Jiwa Kena Kental

Ingat tu, kalau rasa jiwa tak kenal simpan je lah impian nak jadi influencer hehe

Hiburan Sat, 16 Dec 2023
error: Content is protected !!