Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal February 4, 2018 @ 5:14am

DiPenjara 6 Tahun Jika Sunat Kanak-Kanak Di Iceland

Baru-baru ini di Iceland, Ahli Parlimen mereka mencadangkan agar larangan untuk kanak-kanak lelaki berkhatan dikeluarkan oleh kerajaan negara itu, lapor Independent UK.

Cadangan itu juga disusuli dengan hukuman penjara kepada sesiapa yang cuba menjalankan amalan ini di negara kecil itu.

Sekurang-kurangnya lima parti politik yang mengusulkan cadangan kepada sesiapa yang membuang organ seksual itu secara keseluruhan atau sebahagian daripadanya, perlu menjalani hukuman penjara selama enam tahun.

Cadangan yang diusulkan ini jelas sekali menentang undang-undang yang telah ditetapkan dalam agama Islam yang mewajibkan amalan berkhatan untuk semua penganutnya.

 

 

Tindakan itu juga dikatakan adalah satu campur tangan ke atas anggota badan kanak-kanak tersebut. Namun usul itu juga menetapkan kanak-kanak boleh membuat keputusan sendiri sama ada ingin berkhatan atau tidak selepas berusia 15 tahun.

Terdahulu, kerajaan Iceland telah mengharamkan amalan berkhatan untuk golongan wanita sejak 2005 dan tidak mengnakan apa-apa tindakan kepada lelaki yang berkhatan di negara itu sebelum ini.

Perkara ini berlaku kerana, jumlah masayarakat Islam dan Yahudi di negara itu sangat rendah. Isu berkhatan sebelum ini pernah menjadi perdebatan hangat di negara-negara di utara Eropah seperti Denmark, Sweden, Finland, Norway dan Iceland.

Pada 2016, Persatuan Perubatan Denmark mengharamkan amalan berkhatan kepada kanak-kanak dengan mengatakan langkah itu adalah pilihan peribadi dan hanya boleh dilakukan apabila usia seseorang itu memasuki alam dewasa.

Manakala pada Mei 2017, Norway’s Progress Party (FrP), parti ketiga terbesar di Norway dan terkenal dengan dasar anti-imigresen, menyokong rang undang-undang mengharamkan amalan berkhatan bagi kanak-kanak lelaki berusia bawah 16 tahun

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 23 May 2026

“Bila Allah Nak Bagi Rezeki, Akan Ada Ujian” – Tak Layan Spekulasi, Aisha Retno Mahu Sentiasa Bersyukur

Kadang-kadang rezeki itu sendiri datang bersama cabaran dan ujian. – Aisha Retno.

Trending Wed, 8 May 2024
Hiburan Mon, 20 Nov 2023
#BabyXTRA Fri, 9 Jun 2023

#BabyXTRA: Mengidam Ais Krim Istanbul, Boleh ‘Transfer’ Sakit Kepala Pada Suami… Wany Hasrita Buat Persiapan Jadi Ibu

Bulan 7 ni Wany nak bersalin dahh 🥰 Semoga dipermudahkan segalanyaa ❤️❤️

Trending Sat, 21 Mar 2020

Bimbang Bekalan Hand Sanitizer Semakin Berkurang, Safawi Rasid Keluarkan Hand Sanitizer Jenama Sendiri

BARU-BARU ini, pemain bola sepak skuad Harimau Malaya, Safawi Rasid telah mengeluarkan produk hand sanitizer atau cecair basmi kuman jenama sendiri susulan dengan kes covid-19 yang semakin membimbangkan masyarakat dunia pada waktu ini.  Perkara ini […]

Featured Wed, 8 Dec 2021
error: Content is protected !!