Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin February 20, 2025 @ 2:14pm

“Rezeki Tak Pernah Salah Alamat” – Biarpun Dilanda Ujian, Rozita Che Wan Bersyukur Dilantik Jadi Duta

Biarpun kemelut melanda dan menguji baru-baru ini, pelakon Rozita Che Wan mendedahkan rezekinya tidak pernah putus.

Memanjatkan rasa syukur kepada Allah, pelakon yang mesra disapa dengan nama Che Ta percaya dengan ketentuan rezeki yang telah ditetapkan.

“Saya sangat bersyukur dapat tawaran jadi duta jenama besar seperti Ariani Luxe. Rezeki Allah tak pernah salah alamat.

“Di usia 52 tahun, saya bersyukur masih ada jenama besar yang sudi menjalin kerjasama dengan saya. Kualiti dan komitmen, itu yang penting,” ujarnya.

Terdahulu, nama Che Ta menjadi bualan ramai susulan dia dilaporkan gagal membayar hutang hampir RM1 juta kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Dalam pada itu, Che Ta turut mendedahkan ada jenama yang ‘berlalu pergi’ tatkala isu yang melanda dirinya sedang hangat diperkatakan.

“Di saat isu yang tengah panas, ada jenama yang telah bersetuju tetapi akhirnya berlalu pergi. Ariani beri saya peluang untuk berada di sini bergelar duta Ariani Luxe.

“Saya rasa bersyukur dan bertuah. Antara ramai selebriti, saya yang dipilih. Harap kolaborasi ini dapat memberi impak,” katanya kepada XTRA.

Che Ta ditemui di majlis peragaan fesyen Hikayat Ariani Karya Seindah Busana, baru-baru ini.

 

Menyuntik semangat Aidilfitri yang bakal tiba, Ariani kembali ke pentas peragaan dalam mempersembahkan koleksi Hikayat Ariani Karya Seindah Busana, baru-baru ini.

Koleksi Ariani kali ini mengilhamkan rekaan hijab dan busana terkini dengan pelbagai pilihan dan gaya yang cukup menawan.

Sebanyak 158 daripada 600 pilihan hijab dan busana terbaru diperkenalkan dengan kombinasi warna, material dan cetakan yang lebih unik, moden dan elegan yang dipertontonkan kepada 1,000 tetamu yang hadir pada majlis pertunjukan fesyen itu.

Menurut Datin Seri Farah Haryani, Ketua Pegawai Eksekutif Ariani, Aidilfitri bukan sekadar berkumpul bersama keluarga dan sahabat handai serta saling bermaaf-maafan, tetapi juga tentang meraikan kebersamaan bersama keluarga dan insan tersayang dalam persalinan baju baharu.

“Tidak kira mahal atau murah, baju raya menjadi simbol kebahagiaan dan kenangan yang memberikan nilai sentimental kepada pelanggan kami dalam menyambut lebaran,” katanya.

Selain kehadiran Che Ta sebagai muse untuk Ariani Luxe 2025, jenama itu masih mengekalkan tiga pesona jelitawan Malaysia, Datin Lisa Surihani, Uyaina Arshad dan Bella Dally sebagai duta Ariani serta Fyza Kadir sebagai Muse Ariani Premium.

Tidak cukup dengan lima figura ini, Ariani juga turut memperkenalkan 11 wajah baharu untuk kempen raya Ariani 2025 termasuklah Siti Khadijah, Siti Saleha, Amyra Rosli, Mawar Rashid, Uqasha Senrose, Liza Abdullah, Aqila Shamsudin, Amar Baharin, Naim Daniel, Roy Azman dan Ezzaidi Aziz.

Majlis yang berlangsung di The Grand Ballroom, Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur yang berlangsung baru-baru ini turut diserikan dengan persembahan beberapa penyanyi popular tanah air, antaranya Datuk Amy Search, Datuk Awie, Ziana Zain dan Dayang Nurfaizah. Majlis pertunjukan fesyen pada petang itu dianggap antara penganjuran pertunjukan fesyen terbaik dan termahal yang pernah dianjurkan oleh ARIANI.

Majlis yang penuh gemilang itu turut dihadiri oleh tetamu istimewa iaitu, Tengku
Permaisuri Hajjah Norashikin, Tengku Permaisuri Selangor.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 8 Oct 2019

What You Need To Know About Charmaine Chew, The Girl From Kedah Who Will Be Representing Malaysia In Miss International 2019

This 25 years old girl from Kedah is definitely not your typical beauty queen. She’s feisty!

Kisah Viral Thu, 28 Dec 2023
Hiburan Mon, 12 Feb 2018

MALUKAN MALAYSIA, ALIFF SYUKRI DIMINTA JANGAN JADI BODOH!

Aksi itu seterusnya menimbulkan kemarahan sesetengah pihak yang menganggap Dato Aliff Syukri hanya memperbodohkan diri beliau tiap kali berada di luar negara

Hiburan Fri, 9 Mar 2018

经纪公司「承认了」秀智热恋大13岁李栋旭

「国民初恋」秀智和《鬼怪》李栋旭热恋ING! 9日两人爆出差13岁恋情,私下于首尔清潭洞等地约会模样也被目击,稍早,双方经纪公司皆证实此事。

Trending Thu, 22 Oct 2020

Pesalah Lalu Lintas Berdepan Hukuman Berat Bermula 23 Oktober Ini

semoga hukuman berat ini mampu mengurangkan kes kemalangan

Hiburan Thu, 10 May 2018

Selena Takkan Kembali Semula Dengan Justin Bieber

Betul ke Selena Gomez,dikatakan sudah berpatah arang dan enggan menyambung kembali percintaan dengan Justin Bieber, penyanyi dan pelakon

Hiburan Mon, 12 Nov 2018

Shiha Zikir Kongsi Tips Buat Peserta Mentor 7

Bukan senang, nak senang ya…Jom dengar apa kata salah seorang senior dari program Mentor ni!

error: Content is protected !!