Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 24, 2025 @ 1:00pm

Dedah Bukti Dihina Oleh Anak Tiri, Nora Ariffin Buntu Suami Enggan Lepaskan – “Mungkin Kalau Saya M*ti Baru Dua Beranak Ni Puas Hati”

Penyanyi, Datuk Nora Ariffin sekali lagi menjadi tumpuan ramai di media sosial yang mendedahkan beberapa tangkapan skrin memaparkan ciapan anak tirinya yang didakwa telah mengeluarkan kata-kata hinaan terhadapnya.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Nora berkongsi empat tangkapan skrin ciapan anak tirinya yang ditulis pada tahun 2019 meluahkan rasa ‘kebencian’ terhadap selebriti itu.

Manakala di IG Story, pelantun lagu Di Persimpangan Dilemma ini mengakui buntu apabila suaminya, Ustaz Dr Rushdi Ramli masih enggan melepaskannya meskipun sudah memohon cerai sebanyak 10 kali.

Sebelum ini, Nora mendedahkan bakal memohon cerai buat kedua kali terhadap suami, Ustaz Dr Rushdi Ramli bagi menuruti permintaan anak tirinya.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Nora yang secara terbuka telah memohon maaf kepada anak tirinya bersama madu, Ustazah Rose dalam satu kenyataan dimuat naik di IGs miliknya pada malam, Ahad.

Artikel Berkaitan: “Saya Sedang Pujuk Ustaz Ceraikan Saya, Selepas Ini Ustazah Rose Akan Kembali Monogami” – Nora Ariffin Bakal Berpisah Kali Kedua?

Konflik antara Nora bersama anak tirinya bermula sejak Disember tahun lalu selepas dia mendakwa ahli keluarga suaminya, Ustaz Rushdi Ramli menggelarkannya dengan panggilan tak senonoh.

Di patform X, individu wanita menerusi akaun @missruhsdi yang dipercayai anak kepada suami penyanyi berusia 51 itu telah memuat naik tangkap layar memaparkan Nora reda dengan ujian tersebut.

Namun begitu, wanita yang menggunakan nama sebagai Aya itu seolah-olah menafikan dakwaan tersebut serta mempersoalkan mengapa selebriti ini tidak henti cuba memburukkan ahli keluarganya.

Pada 12 Ogos 2024, Nora memuat naik video diceraikan oleh suaminya dengan talak satu dalam video berdurasi 52 saat dalam IG.

Bagaimanapun, Nora berkata, perceraian berlaku sebelum tarikh video itu dimuat naik.

Namun begitu, Nora mengesahkan sudah rujuk semula dengan bekas suami, Ustaz Dr Rushdi Ramli pada 14 September 2024.

Artikel Berkaitan: Kesal Digelar S*ndal, Anak Tiri Pula Dakwa Ada Pelbagai Bukti ‘Perbuatan’ Nora Ariffin? – “Banyak Kali Dia Try Hard Nak Burukkan Keluarga Aku”

Artikel Berkaitan: Anak Tiri Nora Ariffin Meruntun Jiwa, Kongsi Gambar Ibu Bapa – “Yang Dah Kahwin Berpuluh Tahun Ni Tak Ada Tayang Menayang”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 19 Aug 2019

Nafsu songsang Miley musnahkan rumah tangganya bersama Liam!

Khabarnya Miley mempunyai hubungan dengan Kaitlynn Carter!

Hiburan Fri, 18 Oct 2019

FS合体蔡恩雨自组「SPF」新组合!打造属于三人的小时光

FS和蔡恩雨合作过数次,这次带来的这首《小时光》是否就代表着他们三位的小时光呢?是还是互相吐槽的友谊呢?

Trending Tue, 18 Feb 2020

Al-Fatihah, Pelakon Ashraf Sinclair Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Dunia hiburan sekali lagi menerima kematian berita tak terduga..

Hiburan Thu, 5 Jul 2018

当年红遍半边天的棒棒堂Lollipop,现在都去哪了呢?

相信许多90后,应该都对「我爱棒棒堂」不陌生吧!而当时红到不行的Lollipop,相隔多年的现在都跑到哪里了呢?

Hiburan Thu, 21 Dec 2017

6 VIDEO ARTIS PALING DIKECAM TAHUN 2O17!

Tahun 2017 hampir melabuhkan tirainya, pelbagai isu kontroversi menghimpit dunia hiburan pada tahun ini. Bermula dengan kes video viral yang menerima kecaman netizen sehingga kepada kes yang membawa kepada pergaduhan

error: Content is protected !!