Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Padin February 28, 2025 @ 3:34pm

Selangor Havoc Raya Fest 2025 Lancar Lagu Raya! ‘Havoc Raya’ Tampilkan Gabungan Black Hanifah, Asfan Shah, Syura Badron & Ramai Lagi

Selangor Havoc Raya Fest 2025 mencipta sejarah tersendiri dengan pelancaran muzik video rasmi Havoc Raya, menjadikannya lagu raya pertama yang diterbitkan sepanjang enam tahun penganjuran Havoc Festival.

Lagu ini menampilkan Black Hanifah sebagai penyanyi utama, dengan sokongan barisan artis lain seperti Asfan Shah, Talam, Epol, Shafiq Nizam, Syura Badron, Mira Kuku, Daud Latah, Qistina, Afif Hanif, Shajiry dan Azza Elite.

Muzik video ini dijangka menjadi antara tarikan utama festival dan bakal menyemarakkan lagi suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Sebagai acara membeli-belah terbesar di Malaysia, Havoc Festival kembali dengan Selangor Havoc Raya Fest 2025, menampilkan festival jualan raya yang berlangsung selama 108 jam tanpa henti dari 21 hingga 25 Mac 2025 di Setia City Convention Centre (SCCC).

Festival ini bukan sekadar pusat membeli-belah, tetapi juga menjanjikan satu fenomena yang menawarkan pelbagai aktiviti menarik serta hiburan sepanjang tempoh penganjurannya.

Dengan lebih 180 gerai jualan oleh usahawan tempatan, pengunjung dapat mendapatkan pelbagai barangan persiapan raya dan makanan.

Selain itu, kehadiran 30 artis dan pempengaruh terkenal bakal menghangatkan festival ini dengan persembahan khas untuk para pengunjung.

Sidang media pelancaran festival disempurnakan oleh Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Najwan Halimi yang menyatakan sokongan penuh terhadap inisiatif ini dalam memperkasakan keusahawanan tempatan dan merancakkan ekonomi menjelang Aidilfitri.

Hari pertama festival akan dimulakan dengan majlis perasmian penuh meriah, diikuti dengan pemberian wang tunai RM10,000 kepada pengunjung terawal sebagai tanda penghargaan atas sokongan mereka. Selain itu, pengunjung juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik melalui cabutan bertuah yang diadakan sepanjang festival.

Selama lima hari penganjuran, festival ini bukan sahaja menampilkan hiburan, tetapi juga elemen kerohanian seperti sesi selawat, qasidah, serta buat pertama kali, program qiamullail sebelum sahur.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Havoc Event & Management Sdn Bhd, Datuk Firdaus Nadxaman, penganjuran tahun ini bukan sekadar mengangkat industri perniagaan tempatan, tetapi juga membawa unsur spiritual bagi menambahkan keberkatan festival.

“Kami mahu Selangor Havoc Raya Fest menjadi lebih daripada sekadar festival jualan. Dengan tempoh penganjuran selama 108 jam tanpa henti, kami bukan hanya menyajikan hiburan dan aktiviti membeli-belah, tetapi juga menampilkan nilai tambah dari segi kerohanian.

“Buat julung kalinya, kami memperkenalkan program qiamullail sebelum sahur, yang sangat bermakna bagi kami. Matlamat utama kami adalah untuk menjadikan festival ini bukan hanya tempat membeli-belah dan hiburan, tetapi juga platform bagi masyarakat untuk lebih menghayati bulan Ramadan. Ia merupakan usaha kami untuk menggabungkan elemen duniawi dan ukhrawi dalam satu acara yang menyeluruh,” katanya.

Festival ini turut mendapat sokongan padu daripada pelbagai pihak, dengan Perfume Paradise sebagai penaja utama. Selain itu, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Tourism Selangor turut terlibat dalam usaha promosi festival ini bersempena Tahun Melawat Selangor 2025.

Firdaus Nadxaman menambah sokongan yang diberikan membuktikan festival ini bukan sekadar platform jualan, tetapi juga wadah bagi memperkasakan usahawan tempatan serta memeriahkan Ramadan dan Aidilfitri dengan pengalaman yang lebih bermakna.

“Kami percaya festival ini bukan sekadar ruang untuk berniaga, tetapi juga peluang untuk masyarakat berkumpul, merasai kemeriahan Ramadan, serta membuat persiapan Aidilfitri dalam suasana penuh keceriaan. Tahun ini, kami menambah lebih banyak elemen kejutan, aktiviti menarik dan tentunya pengalaman membeli-belah yang lebih luar biasa,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 25 Jun 2018

Jangan ambil enteng depresi ibu bekerja, rawat sebelum mudarat

Bayangkan, seorang suri rumah pun tidak henti-henti tugasan di rumah, inikan pula ibu yang bekerja.

Gaya Hidup Mon, 7 Oct 2019

Panduan penjagaan rambut bagi wanita bertudung

Dapatkan rambut yang cantik dengan penjagaan yang betul!

Featured Thu, 20 Feb 2020

Tapak pengebumian RM300,000, San Diego Hills hanya untuk golongan ‘have-have’!

Harga kubur boleh beli beg tangan Gucci dan sebuah rumah!

Featured Mon, 8 Jul 2019

Kolam renang infiniti 360 darjah, projek gila terbaharu Kota London!

Laluan akses ke kolam ini menggunakan pintu seperti kapal selam, wow!

Gaya Hidup Fri, 22 Jun 2018
Featured Tue, 28 May 2019

Prestasi pekerja wanita menurun ketika berada di dalam pejabat yang terlalu sejuk – kajian

Minda mereka terbukti lebih produktif jika suhu pejabat lebih tinggi.

Gaya Hidup Thu, 14 Jun 2018

Hanya Guna Ais Sahaja Untuk Bakar Lemak. Cuba Dan Lihat Keberkesanannya!

Ya! Hanya guna ais sahaja mampu bunuh lemak-lemak degil pada badan anda!

Gaya Hidup Mon, 4 Mar 2024

Kos Sara Hidup Punca Banyak Perceraian Di Selangor

Ramai terpaksa cari pendapatan tambahan

Featured Wed, 15 Apr 2020

Menjengah kehidupan Victoria Beckham, dia miliki segalanya yang didambakan wanita

Victoria juga sangat dikasihi suaminya David Beckham

error: Content is protected !!