Hiburan By: Ad Ops July 18, 2018 @ 10:48am

Tak Sangka Berat Badan Capai Angka Ideal – Shuk

Ketika ditemui pada sidang media program terbaharu ntv7, Shuk Sahar kelihatan berjaya mengurangkan berat badannya sehingga mencapai tahap ideal. Bagi pemilik nama lengkap Mohammad Shukri Mohamed Sahar ini berkata, beratnya turun sebanyak 7 kilogram daripada berat asal 102 kilogram, hasil tidak menyentuh nasi sejak mengamalkan diet selama seminggu. 

“Dulu memang saya pernah kata tak perlu diet dan selesa dengan diri saya tetapi apabila berat badan mencecah 100 kilogram saya mula merasai kesannya seperti cepat penat dan mudah berasa malas.”

“Alhamdulillah saya sudah mula mengamalkan diet sejak dua minggu lalu dan teruja apabila hanya dalam masa seminggu berat saya turun tujuh kilogram. Kalau boleh saya nak cuba turunkan lagi sehingga mencecah 90 kilogram.” Katanya

Pelawak dan pengacara itu menjelaskan dia mengamalkan diet bukan kerana ingin tampil kurus tetapi atas faktor kesihatan. Malah, Shuk ada membuat konsultasi dengan pakar pemakanan mengenai diet yang perlu diamalkan supaya tidak menghadapi sebarang kesulitan, kelak.

Bagaimanapun, menurut Shuk mengamalkan diet bukanlah sesuatu yang mudah. Mana taknya, nafsu makan perlu dikawal supaya misinya berjaya dalam menurunkan berat badan sekaligus memastikan kesihatannya tidak terganggu.

“Saya nak kurus bukan sebab nak kacak atau mendapat tubuh badan sasa tetapi saya fikir kesihatan.

“Tetapi tidak dinafikan juga apa dilakukan ini untuk kebaikkan karier saya… Paling tidak nampak lebih kurus dalam televisyen,

“Setiap hari isteri akan bekalkan saya dua botol air kosong sebanyak empat liter untuk saya habiskan dan sekiranya gagal dia akan mendenda saya!

“Pada awalnya memang sukar, tetapi lama kelamaan saya mula terbiasa selain tidak makan nasi dan mengambil sebarang gula.

“Air putih sebenarnya membantu saya mempercepatkan proses menurunkan berat badan selain itu tentang diet saya merujuk kepada pakar.” Ujar Syuk lagi.

Muncul dengan program terbaharu ICSYVMY bergandingan dengan Alvin Chong sebagai pengacara, yang bakal bersiaran 4 Ogos depan, setiap Sabtu, 10 malam di ntv7.

“Untuk program ini, saya memang pernah tengok rancangan yang sama versi negara Korea Selatan, jadi tidak rasa kekok sebab dah tahu konsep dia macam mana.

“Jadi tidaklah sukar untuk saya mengendalikan rancangan itu ditambah pula saya ada sokongan daripada Alvin Chong.” Katanya.

Bercakap mengenai Alvin, Shuk memuji pelakon itu yang sanggup menyahut cabaran mengendalikan program berbahasa Melayu dan pertama kali menjadi pengacara program.

“Saya tiada masalah bergandingan dengan Alvin sebab dia pun rajin bertanya di set. Mana perkataan bahasa Melayu yang dia tidak faham memang dia akan bertanya pada saya. Itu adalah kualiti yang baik ada pada dirinya selain senang bekerjasama.

“Tapi kadang-kadang kalau ada perkataan dia tak faham memang akan jadi ‘bahan’ yang akhirnya jadi lawak,” Jelas Syuk

Selain Shuk dan Alvin, I Can See Your Voice Malaysia turut menampilkan Jihan Muse, Mark Adam dan Seelan Paul sebagai penyiasat tetap.

Antara barisan artis yang terlibat dalam ICSYVMY ialah Cakra Khan, Pasha Ungu, Wany Hasrita, Dayang Nurfaizah, Misha Omar, Virgoun, Kaka Azraff, Faizal Tahir, Ziana Zain, Hazama, Black dan De Fam.

Jadi jangan ketinggalan untuk menonton dan menyaksikan sendiri program ini hanya disaluran ntv7 anda!

 

Ditulis Oleh: Nik Nur Amira

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 17 Oct 2022

Konsert Gigi Nakal Sama Dengan Tarikh PRU15?

Mesti dah tak sabar kan peminat Gigi semua? PRU15 pun nak dekat dah?

Featured Sat, 14 Jan 2023

“Package Warga Emas Ke Ni?” – Gelagat Roy Azman, Jalaluddin Hassan & Ramli MS Bercuti Di Jepun Buat Warganet Terhibur

Tular satu perkongsian di TikTok, memaparkan Roy Azman, Datuk Jalaluddin Hassan dan Datuk Ramli MS bercuti bersama di Jepun. @thisisroyazmanGhisauuuu gak tok jalal nih 🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣♬ original sound – Roy Azman Menerusi muat naik yang dibuat […]

Hiburan Thu, 10 Jan 2019

Pelawak Popular Indonesia Sule Bakal Kahwin Lagi?

Selamat pengantin baru Pak Sule!

Featured Wed, 21 Dec 2022
Featured Fri, 17 Mar 2023
#LaguXTRA Mon, 9 Oct 2023

Paduan Suara Wanna Ali & Aiman Ismail Dalam ‘Bukan Sekadar Lafaz’ Penuh Emosi

Wahh, syahdu sampai menusuk kalbu! Bukan Sekadar Lafaz memang terbaik.

Featured Wed, 18 Oct 2023
Hiburan Thu, 13 Feb 2020