Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 7, 2025 @ 4:39am

“Akhirnya Allah Tunjukkan Kebenaran” – Ibu Solat Hajat Setiap Hari Selama 4 Bulan, Jual Barang Kemas Demi Selamatkan Eda Ezrin

Ibu kepada Eda Ezrin, Zahara Mamat, 47, meluahkan rasa syukur selepas Mahkamah Wilayah Narathiwat membuat keputusan membebaskan anaknya, menantu serta empat individu lain daripada pertuduhan memiliki 6,059 biji pil yaba pada 1 November tahun lalu.

Memetik laporan Harian Metro, sepanjang empat bulan menanti keputusan mahkamah, Zahara tidak pernah gagal menunaikan solat hajat setiap hari serta berdoa agar kebenaran akhirnya terserlah.

Doa Ibu Dimakbulkan

“Allahuakbar ini berita dan keputusan yang kami tunggu selama empat bulan dan akhirnya Allah tunjukkan kebenaran.

“Hari ini berkat Ramadan, doa saya akhirnya dimakbulkan dan saya sebagai ibu begitu gembira dengan keputusan hari ini.

“Sepanjang empat bulan saya fokus kepada kes Eda dan tidak mampu tidur lena memikirkan dia berada di dalam penjara. Namun hari ini saya mampu pulang dengan hati yang tenang.

“Malah, sepanjang Eda Ezrin berada di sini, saya tidak pernah gagal melawatnya setiap minggu dengan membawa makanan dan sebagainya,” katanya ketika ditemu bual, semalam.

Terpaksa Jual Barang Kemas

Dalam usaha menampung kos guaman yang tinggi, Zahara terpaksa menjual semua barang kemas milik Eda Ezrin bagi mengumpul dana sebanyak RM65,000 bagi setiap individu yang terlibat.

Namun, hasil daripada jualan barang kemas tersebut hanya memperoleh RM26,000, menyebabkan dia perlu mencari jalan lain untuk melunaskan bayaran selebihnya.

“Sebaik dimaklumkan perlu membayar kos peguam sebanyak 2 juta baht (RM264,000) untuk empat orang dan setiap orang perlu membayar RM65,000, sudah tentu saya tidak memiliki wang sebanyak itu.

“Jadi saya terpaksa menjual barang kemas milik Eda dan hasilnya diperoleh sebanyak RM26,000. Baki selebihnya saya terpaksa meminta bantuan keluarga mentua Eda untuk menambah jumlah berkenaan,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, Mahkamah Wilayah Narathiwat hari ini membebaskan Eda Ezrin, suaminya, serta empat individu lain daripada pertuduhan memiliki 6,059 biji pil yaba pada 1 November lalu.

Keputusan tersebut dibuat oleh dua panel hakim selepas meneliti keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan sepanjang prosiding perbicaraan berlangsung.

Kesemua individu yang dibebaskan adalah Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, suaminya Mohd Affendi Ahmad, 35, serta rakan mereka, Mohamad Alif Deraman, 33, Nur Aida Mamat, 33, Erdeka Mohd Noor, 33, dan Zuhaira Nasrin, 26.

Sumber, Kredit Foto: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 30 Jan 2026

Dikecam Bertubi-Tubi, Mia Sara Akui Minta Pertolongan Kasih Iris Leona – “Dia Sangat Baik”

Mia berkata, dia turut bertanya kepada Leona mengenai cara berdepan kecaman

Hiburan Mon, 18 Mar 2019

SHINee’s Minho Will Be Enlisting into the Military in April!

Fans are excited to see Minho serving the country.

Featured Fri, 11 Jul 2025
Hiburan Wed, 20 Nov 2024
Hiburan Fri, 20 Jun 2025
Hiburan Tue, 19 Dec 2017

NURFARAHIN JAMSARI: “I NEVER SAID NO TO MY BOSS”

Learn from the legendary TV host on how to be better at your job.

Featured Thu, 6 Apr 2023

Video Perkahwinan Farid Kamil, Diana Danielle Tular Di TikTok, Netizen Luah Rasa Sayu – “Awal-Awal Indah Belaka..”

Hmmm… Min pun ikut sebak ni 😭😭 Semoga dipermudahkan segala urusan buat pasangan ini

Featured Mon, 13 Oct 2025

PU Rahmat Kongsi Pengorbanan Zizi Kirana & Yusuf Bahrin Mahu Sertai GSF – “Duit Tabungan Mereka Mampu Tampung 1 Orang Sahaja”

PU Rahmat berkongsi mengenai pengorbanan rakannya yang juga penyanyi Zizi Kirana dan suaminya, Yusuf Bahrin sebelum sertai GSF.

error: Content is protected !!