Euforia Bola 2026
Fab Foodies! By: Padin March 5, 2025 @ 8:26am

Semuanya Enak! Santapan Senja Gamit Memori Masakan Lazat Dengan Rasa Autentik

Bagi penggemar makanan tradisional, Traders Hotel Kuala Lumpur kembali dengan Santapan Senja, menampilkan sajian autentik yang pasti menggamit kenangan.

Dari 28 Februari hingga 30 Mac 2025, para tetamu berpeluang menikmati pelbagai hidangan yang bukan sahaja lazat tetapi turut disediakan dengan penuh ketelitian oleh pasukan kulinari hotel.

Setiap hidangan di sini memukau selera dengan gabungan rasa asli dan kualiti premium. Dari Kambing Golek yang lembut dan berperisa, sehinggalah kepada Mee Bandung dengan Lobster yang kaya dengan rasa rempah tradisional, setiap suapan menghadirkan pengalaman gastronomi yang luar biasa!

Tidak ketinggalan, hidangan Siput Sedut Masak Lemak yang begitu berkrim dan beraroma turut menjadi kegemaran ramai.

Menurut Zebdelone Chal, Ketua Cef Eksekutif Traders Hotel Kuala Lumpur, menu yang disediakan tahun ini menampilkan keseimbangan antara warisan masakan tempatan dan sentuhan moden.

“Kami ingin mencipta pengalaman yang bukan sekadar enak di lidah tetapi juga menyentuh hati tetamu melalui makanan yang membawa nostalgia serta mencipta memori baharu,” katanya.

Traders Hotel Kuala Lumpur mempersembahkan dua pengalaman makan utama: bufet makan malam di Gobo Chit Chat dan set makan malam tiga hidangan di Bara On Six.

Selain itu, pilihan kuih raya eksklusif turut ditawarkan untuk meraikan musim perayaan ini.

Bufet Santapan Senja di Gobo Chit Chat

Bufet Santapan Senja menampilkan pelbagai hidangan tradisional seperti Kambing Golek, Telur Sotong Goreng Kunyit, Seafood Bakar Daun Pisang, Mee Bandung dengan Lobster, Siput Sedut Masak Lemak, Kari Kepala Ikan, Asam Pedas Melaka, Kelapa Muda, dan banyak lagi!

Boleh didapati setiap hari bermula 28 Februari 2025 sehingga 30 Mac 2025, harganya pula adalah RM178 bersih untuk dewasa dan RM88 bersih untuk kanak-kanak pada hari Ahad hingga Khamis manakala untuk Jumaat dan Sabtu, RM198 bersih untuk dewasa dan RM98 bersih untuk kanak-kanak.

Santapan Senja Set Makan Malam 3-Hidangan di Bara On Six

Bagi yang mencari pengalaman makan malam yang lebih eksklusif, Santapan Senja Set Makan Malam menawarkan menu tiga hidangan yang disusun dengan penuh teliti. Makan malam dimulakan dengan pembuka selera tanpa had, termasuk kerabu dan bubur lambuk, diikuti dengan pilihan utama sama ada Ikan Siakap Bakar dengan Nasi Tomato atau Lamb Rack Panggang dengan Nasi Tomato, sebelum diakhiri dengan Kek Pisang Gebu bersama Ais Krim Gula Melaka.

Bermula 1 Mac sehingga 30 Mac, ia berharga RM108 bersih untuk seorang.

Koleksi Lebaran

Raikan musim perayaan dengan pelbagai pilihan kuih raya istimewa, termasuk Tat Nanas, Almond London, serta Traders Lebaran Gift Box yang eksklusif. Dengan harga bermula dari RM48 bersih, dapatkan koleksi ini di www.tradersklspecials.com dari 28 Februari hingga 31 Mac 2025.

Untuk tempahan atau maklumat lanjut, hubungi +603-2332 9888 atau e-mel [email protected] atau layari https://www.shangri-la.com/kualalumpur/traders/offer-detail/dining/gelora-raya-buffet-dinner-raya/.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Fab Foodies! Mon, 15 Jan 2018

茱莉蛋卷「把爱写出来」赢999足金手镯

配合农历新春来临,Julie’s再次推动“What’s Your Love Letter?把爱写出来”活动,邀请大家“散播幸福,分享爱”;同时,参与者有机会赢取999足金福袋魅力手镯,福气满满过新年。

Fab Foodies! Sat, 11 May 2019

轻熟男注意「这五类饮食」让你更快变秃子

掉发危机是现代人面临的问题之一,随着年纪增长,很多男性因为遗传因素,发线愈来愈高,加上生活压力加速劣化,最终「失守」变成秃头……

Fab Foodies! Tue, 5 Jun 2018

Apa Di Dapur Bersama Chef Imelda

Goreng daging dengan mix vege sehingga masak sedikit dan ketepikan, pukul telur dengan susu, serbuk parsley, paprika dan canyene pepper sehingga kembang. Nyums!

Events Thu, 31 May 2018

Buka Puasa Gaya xtra! Istimewa dari Dapur Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj di Hotel Federal Kuala Lumpur

Restoran Kontiki di Hotel Federal Kuala Lumpur tahun ini kembali dengan menu Ramadan menerusi seleksi lebih 100 juadah tradisi kampung. Istimewa kali ini, pengunjung berpeluang merasai sendiri masakan kegemaran Perdana Menteri pertama Malaysia, Y.T.M Tunku […]

Fab Foodies! Tue, 11 Dec 2018

Watch the New Year Fireworks from DoubleTree Hilton Kuala Lumpur

It’ll be a great way to enjoy the view but still be away from the crowd.

Fab Foodies! Sat, 25 Aug 2018

全新KFC「Dunk & Dip」美味一口接一口

大马KFC推出全新KFC「Dunk & Dip」在菜单中加入趣味元素,重新定义吃的法则,让您打破传统!

Fab Foodies! Sun, 19 Oct 2025

Rasa Viral Dari Melbourne Kini Mendarat Di Kuala Lumpur!

Fenomena hot pot dari Melbourne kini di Malaysia, Dragon Hot Pot buka cawangan pertama di Bukit Bintang!

Fab Foodies! Thu, 1 Aug 2019

Kenali Jenis-Jenis Kopi Mahal Yang Ada

Adakah anda ingin mencuba kopi yang mahal dan sedap?Anda perlu ketahui beberapa jenisnya sebelum ‘order’ dan minum kopi yang anda inginkan.

Fab Foodies! Thu, 28 Mar 2019
error: Content is protected !!