Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida July 18, 2018 @ 6:45am

Mengaku Penakut Tapi Demi Watak, Aprena Sanggup!

Pelakon Aprena Manrose mengaku dirinya adalah seorang yang penakut tetapi masalah itu tidak menghalangnya untuk menerima tawaran untuk berlakon dalam filem Jodoh Syaitan.

Pelakon berusia 25 tahun ini sedang menjalani penggambaran filem komedi seram, Jodoh Syaitan terbitan sulung DA Motion Media.

“ Tawaran untuk berlakon dalam filem bukan datang selalu. Pada mulanya saya tidak begitu yakin memandangkan saya takut gelap.

“ Tetapi dalam filem Jodoh Syaitan, saya cabar diri untuk melawan perasaan takut,” katanya kepada xtra.com.my.

Anak kepada pasangan penyanyi dangdut, Iwan dan pelakon popular era 1980-an, Allahyarham Rosnah Mohd Noor ini memberitahu keluarganya banyak memberi dorongan untuk melawan perasaan takut.

“ Suami juga berpesan, tawaran berlakon filem bukan selalu kan? So why not…Doakan agar proses penggambaran berjalan lancar,” katanya.

Menariknya, dalam Jodoh Syaitan, Aprena membawa watak hantu yang baik dalam Jodoh Syaitan.

“ Kalau nak tahu, kenalah tengok nanti ya,” kata Aprena yang banyak menonton filem seram sebagai rujukan.

Penggambaran filem Jodoh Syaitan akan bermula pada 18 Julai 2018 di Pasir Puteh, Kelantan dan Jertih, Terengganu.

Filem komedi seram ini turut dibintangi oleh Abam Bocey, Jay Iswazir, Wan Hanafi Su, Fauziah Nawi serta Ismail Bob Hashim selaku pengarah. Good Luck team! 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 11 Oct 2018

Hottie Henry Golding to Star in Another Hollywood Movie!

This time it’s a crime genre by Guy Ritchie

Hiburan Sun, 18 Nov 2018

尤雅自封「Lady Yaya」与歌迷一起忆往事

歌坛「第一玉女」尤雅一年访马两次!现年60多岁的她自嘲魅力不输女神卡卡,还自封「Lady Yaya」。

Featured Tue, 23 Sep 2025
Hiburan Mon, 19 Sep 2022

Liza Hanim Bakal Duet Dengan Siti Nurhaliza?

Tak sabar kalau Liza Hanim duet Siti Nurhaliza lagi!!

Hiburan Sat, 20 Sep 2025
Hiburan Wed, 18 Dec 2019
Featured Thu, 30 Nov 2023
error: Content is protected !!