Euforia Bola 2026
Fab Foodies! By: Padin March 12, 2025 @ 8:56pm

Hotel Tenera Kekal Komitmen Raikan Selebriti, Perkenal Konsep Berbeza Untuk Bufet Ramadan 2025

Setiap kali Ramadan menjelang, Hotel Tenera tidak pernah gagal menarik perhatian dengan bufet istimewanya.

Jika sebelum ini nama-nama besar seperti Datin Alyah dan Rozita Che Wan diangkat sebagai wajah rasmi promosi, tahun ini pihak hotel tampil dengan pendekatan berbeza, lebih memberi tumpuan kepada ulasan pelanggan dalam memperkenalkan bufet mereka.

Pengurus Besar Hotel Tenera, Fadzly Hamzah, menegaskan bahawa keputusan itu bukan bermakna pihaknya mengabaikan kehadiran selebriti, sebaliknya mahu memberikan kelainan dalam penyampaian promosi.

“Kenapa tidak ada wajah bufet Ramadan tahun ini? Sebab kami mahu lihat sedikit perubahan, di mana kali ini kami lebih memberi fokus kepada ‘review’ pelanggan. Kami anggap komen yang diberikan sebagai maklum balas yang jujur dan ikhlas.

“Kalau baik, kita raikan. Kalau ada kekurangan, kita perbaiki. Ini yang membantu kami untuk terus menambah baik hidangan bufet dari tahun ke tahun,” jelasnya.

Walaupun tidak melantik duta rasmi, kehadiran selebriti tetap diraikan. Fadzly menegaskan bahawa pihak hotel tidak pernah serik untuk bekerjasama dengan golongan artis kerana mereka mempunyai keistimewaan tersendiri yang tidak dimiliki orang lain.

Menurutnya, Hotel Tenera tetap menjemput beberapa selebriti untuk berbuka puasa dan menghiburkan pengunjung sepanjang Ramadan, antaranya Datin Alyah, Ayu Damit, Rina Eva, Osama Yamani, Zaki Yamani dan ramai lagi.

“Boleh kata, setiap kali Ramadan mereka wajib ada. Kami rasa mereka adalah sebahagian daripada kami,” katanya.

Mengulas mengenai hubungan dengan selebriti, Fadzly menegaskan bahawa pihak hotel tidak mencampuri urusan peribadi mana-mana artis dan menolak tanggapan bahawa mereka akan menjauhi individu yang berdepan kontroversi.

“Kami ambil pendekatan profesional. Selebriti tetap selebriti, ada kelebihan masing-masing. Kami juga tidak meletakkan sebarang ‘benchmark’ bahawa jika ada artis yang bermasalah, kami akan ‘banned’ atau elak bekerjasama. Itu jauh sekali, malah tiada langsung istilah sebegitu bagi kami.

“Mereka juga manusia biasa seperti kita semua, ada kalanya melakukan kesilapan. Kesilapan itu bukan untuk selamanya, dan saya percaya tiada siapa yang mahu melakukan kesalahan. Apa pun yang berlaku kepada mereka, ia tidak akan menjejaskan hubungan dengan kami,” katanya lagi.

Bagi bufet Ramadan tahun ini, Hotel Tenera membawa tema Serantau Desa, diinspirasikan daripada suasana anak perantau yang pulang ke kampung halaman. Bufet ini masih mengekalkan konsep gerai seperti di bazar Ramadan, dengan lebih 40 gerai menyediakan pelbagai hidangan tradisional dan moden.

Antara menu utama yang bakal menggamit selera pengunjung ialah Nasi Dalcha Lutut Kambing, Asam Pedas Huzz Power, Kariaq ‘Mapley’ Kepala Ikan, Kawah Gulai Raja Berangkat, Rendang Tok Perak, Siput Sedut Masak Lemak, Daging Asam Kunyit, Sotong Goreng Simbah Percik, serta pelbagai sajian lain yang disediakan oleh Cef Eksekutif Hotel Tenera, Sahisal Azrul Mat Said. Lebih menarik, durian segar turut disajikan setiap hari bagi melengkapkan pengalaman berbuka puasa.

Keistimewaan bufet Ramadan Hotel Tenera bukan sekadar terletak pada hidangan yang disediakan, malah pengiktirafan yang diterima turut menjadi bukti kualiti yang ditawarkan. Sejak 2019, hotel ini telah menerima anugerah ‘Best Ramadan Buffet’ daripada Gastronomy Association of Malaysia selama lima tahun berturut-turut.

Dari segi harga, Hotel Tenera menawarkan promosi tempahan awal serendah RM98+ berbanding harga asal RM158+ untuk dewasa, manakala harga untuk kanak-kanak ialah RM78+. Pakej bilik istimewa turut tersedia, lengkap dengan baucar bufet Ramadan serta hidangan sahur.

Bagi memastikan keselesaan pengunjung, pihak hotel menyediakan surau dan dewan solat bagi menunaikan solat Maghrib, Isyak serta Terawih. Selain itu, wakil dari Tahfiz Masjid Al-Hasanah, Bangi turut dijemput untuk memimpin solat berjemaah setiap malam sepanjang Ramadan.

Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh dibuat melalui talian rasmi hotel atau menerusi platform media sosial Hotel Tenera di Facebook dan Instagram.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Fab Foodies! Wed, 23 May 2018

Juadah Berbuka Puasa Untuk Si Comel!

Hidangan Ramadhan hari ketujuh ini, Chef Imelda Harris akan berkongsi menu kanak-kanak yang bakal membangkitkan selera anak anda dengan Baked Triple Cheese Pasta!

Fab Foodies! Mon, 8 Oct 2018

Hebatnya Sebiji Kentang Dapat Membantu Turun Berat Badan

Vitamin B, potassium, dan vitamin C sensitif terhadap air dan panas, sehingga mudah untuk hancur dengan metode masak tertentu.

Fab Foodies! Sun, 1 Apr 2018

5 Kebaikan Amalkan Chia Seed

Salvia Hispanica, atau yang lebih dikenali lagi sebagai biji chia atau chia seed bukan sahaja tumbuhan berbunga tetapi penuh dengan kebaikan. Nak tahu apa kebaikannya jom baca

Fab Foodies! Mon, 14 Oct 2019

Jom Makan and Medan Selera; Resorts World Genting’s New Halal-Certified Food Court!

Choices abound at Jom Makan and Medan Selera dedicated halal food court

Fab Foodies! Fri, 31 Jan 2020

Bunga Cengkih Dapat Bantu Ketika DiSerang Gastrik

Tak salah mencuba rawatan alternatif

Fab Foodies! Fri, 19 Apr 2019

减肥也能吃花生酱!研究:适量摄取能降血脂、防乳癌

大人小孩都爱花生酱,虽然好吃但热量和脂肪都相当高,但除了以上印象外,花生酱还含有许多促进健康的营养成份……

Fab Foodies! Mon, 1 Jan 2018

TIPS MEMILIH IKAN SEGAR DI PASAR

Ikan antara menu yang kita nikmati dalam kehidupan seharian. Pelbagai jenis ikan yang ada di pasar dan dari segi masakannya pula pastilah enak seperti ikan stim , ikan 3 rasa, gulai ikan , bakar dan […]

Fab Foodies! Tue, 23 Apr 2019

Feel Refreshed with These 3 New Blended Drinks this Summer

It’s getting really hot these days so why not beat the heat with some cool drinks.

Fab Foodies! Tue, 23 Oct 2018

蛋白质吃不够的7个迹象!

有些莫名其妙的体态改变、身体不适,其实是因为你蛋白质吃不够。 7个迹象,自我检视是否蛋白质摄取不足!

error: Content is protected !!