Euforia Bola 2026
Trending By: Padin March 16, 2025 @ 7:56am

Replika Baju Melayu Gergasi Cetus Kontroversi, Ini Penjelasan Pengasas Bulan Bintang

Jenama fesyen terkenal, Bulan Bintang, mencetuskan perhatian apabila melancarkan kempen ‘Bulan Bintang Sedekad Menyinar Takluk The Starhill’ yang berlangsung dari 12 hingga 23 Mac 2025.

Bertempat di tengah-tengah Bukit Bintang, kempen ini menampilkan ‘pop-up store’ serta pameran khas sempena ulang tahun ke-10 jenama itu.

Antara tarikan utama adalah replika Baju Melayu Bulan Bintang bersaiz gergasi setinggi 12 kaki, yang diletakkan di hadapan The Starhill.

Namun, kehadiran replika ini mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen.

Reaksi sesetengah warganet berbangga kerana replika itu sebagai simbolik untuk mengangkat pakaian tradisional budaya Melayu.

Namun begitu, ada sesetengah pihak kurang senang dan menyamakan ia dengan patung berhala dan menganggapnya sebagai amalan karut.

Mengulas isu terbabit, pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi menegaskan majoriti maklum balas yang diterima adalah positif dan ramai yang menghargai usaha untuk mengangkat budaya Melayu di lokasi tumpuan pelancong.

“Berkenaan replika gergasi, saya dapat dua jenis maklum balas. Ada segelintir yang mengecam, namun majoritinya berbangga dan memberi respons baik. Mereka menghargai usaha untuk mempromosikan budaya tradisi Melayu dan Malaysia,” katanya.

Menurut Azzim, idea untuk membina replika tersebut datang daripadanya sendiri sebagai satu strategi mempromosikan Baju Melayu kepada masyarakat tempatan dan pelancong asing.

“Jika kita lihat jenama luar negara, mereka juga mempunyai replika gergasi produk mereka seperti beg tangan dan kasut. Kenapa jenama tempatan seperti kami tidak boleh buat perkara yang sama?” tambahnya.

Azzim ditemui di majlis bertemu peminat sempena kempen ‘Bulan Bintang Sedekad Menyinar Takluk The Starhill’ di Bukit Bintang, malam tadi.

Selain Azzim, duta jenama terbabit seperti Shukri Yahaya, Nadhir Nassar, Mierul Aiman dan Syafiq Kyle turut turun padang bertemu peminat dan memeriahkan acara terbabit.

Azzim turut menegaskan replika tersebut bukan semata-mata untuk mempromosikan jenama miliknya, tetapi lebih kepada memperkenalkan Baju Melayu sebagai pakaian kebangsaan yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.

“Dalam keterangan yang terpapar di hadapan replika itu pun, saya tidak terlalu mempromosikan jenama saya. Saya lebih menekankan Baju Melayu sebagai pakaian kebangsaan yang dipakai untuk menyambut perayaan,” jelasnya.

Setakat ini, kempen yang sudah berjalan selama tiga hari mendapat sambutan menggalakkan, termasuk daripada pelancong yang tertarik untuk bergambar dengan replika tersebut.

“Saya sendiri nampak orang bergambar dengan replika ini. Dari jauh saya rakam aksi mereka, dan saya berbangga apabila ramai yang menghargai budaya kita,” kata Azzim.

Kempen ‘Bulan Bintang Sedekad Menyinar Takluk The Starhill’ yang bakal berlangsung sehingga 23 Mac ini turut menampilkan koleksi istimewa Baju Melayu Bulan Bintang serta koleksi pakaian wanita di bawah label Bulan Bintang Sisters.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 30 Oct 2018

Ooo…Ini Rupanya Sebab Kenapa Aiman Tino ‘Cuti’ Panjang

Aiman Tino tak mahu masalah jadi berpanjangan sebab itulah dia terpaksa berehat.

Hiburan Fri, 31 Aug 2018

Jadual Makin Padat, Khai Bahar Kongsi Rahsia Tak Cepat Letih!

Dalam kesibukan jadualnya yang padat, Khai sentiasa terlihat bertenaga setiap masa. Ehem…apa rahsianya?

Selebriti Sat, 18 Nov 2023
Hiburan Wed, 2 Apr 2025

Tahniah! Nina Ismail Sabri Umum Hamil Anak Pertama

Nina Ismail Sabri umum hamil anak pertama

Hiburan Mon, 24 Feb 2020

[VIDEO] Macam Majlis Kahwin! Sekitar Majlis Aqiqah Anak Anzalna Nasir Yang Gah

Family En.Nasir ni memang cantik belaka semuanya kan?

FESYEN Mon, 17 Jun 2019
Hiburan Tue, 31 Mar 2026

Dedikasi Untuk Kaum Hawa Yang Tak Pernah Putus Asa, Azharina Terima Anugerah 100 Wanita Nasional Inspirasi 2026

Azharina menjadi satu-satunya wakil dari industri seni yang menerima anugerah berkenaan.

Featured Mon, 27 Jun 2022
error: Content is protected !!