Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 19, 2025 @ 5:01pm

Cerita Ragam Anak Beranak Dalam Lagu Oohaa Raya, Sharifah Zarina & Athalia Pertama Kali Berpadu Suara!

Penyanyi Sharifah Zarina kembali menceriakan industri muzik tanah air dengan pelancaran lagu raya terbaharunya, OOHAA RAYA.

Lebih istimewa, lagu ini bukan sekadar single biasa, tetapi sebuah duet bersama anak perempuannya, Athalia, menjadikannya lagu raya pertama dalam industri yang menampilkan kolaborasi ibu dan anak.

Selepas kejayaan lagu 40 yang tular di TikTok tahun lalu, Zarina memilih untuk tidak menyanyikan OOHAA RAYA secara solo.

Sebaliknya, Zarina mengambil keputusan untuk berpadu suara dengan Athalia, menjadikan projek ini lebih bermakna kerana menggambarkan realiti kehidupan mereka sekeluarga, khususnya ragam ketika menyambut Hari Raya.

Menurut Zarina, idea untuk berduet dengan Athalia datang daripada komposer Eugene Lai yang juga bertindak sebagai produser lagu ini.

“Apabila difikirkan semula, saya rasa ini adalah idea yang menarik. Malah, belum ada lagu raya yang menampilkan ibu dan anak sebagai pasangan duet,” katanya.

Bercerita tentang pengalaman merakam lagu ini, Zarina mengakui situasi berbeza apabila berduet dengan anak sendiri.

“Biasanya, saya menyanyi sendirian di studio. Tetapi kali ini, apabila berduet dengan Athalia, naluri sebagai ibu secara tidak langsung terbawa-bawa. Saya sering memberi tunjuk ajar, malah kadang-kadang menegur dan membimbingnya sepanjang proses rakaman,” tambahnya.

Zarina turut menjelaskan perkataan OOHAA diambil daripada bahasa Iban yang bermaksud ‘Hello’ atau ‘Hai’, memberi sentuhan budaya Sarawak dalam lagu ini.

“Sebagai anak kelahiran Sarawak, saya mahu menyelitkan elemen budaya negeri saya dalam lagu ini. Liriknya pula benar-benar menggambarkan kehidupan saya dan anak-anak. Mereka yang mengikuti kami di TikTok pasti dapat mengaitkannya dengan kehidupan kami sekeluarga,” katanya.

Athalia turut berkongsi keterujaannya dapat berduet dengan ibunya dalam projek istimewa ini, namun, dia juga mengakui terdapat cabaran dalam bekerjasama dengan ibunya.

“Melihat bagaimana kandungan kami di TikTok mendapat sambutan hangat, saya rasa ia satu peluang yang baik untuk membawa konsep tersebut ke dalam sebuah lagu raya. Selain mengeratkan hubungan ibu dan anak, kami juga dapat belajar daripada satu sama lain sepanjang proses rakaman.

“Kadangkala kami berdebat mengenai cara terbaik menyampaikan lagu ini. Tetapi, akhirnya kami sentiasa mencari penyelesaian bersama,” katanya.

Diterbitkan oleh Faithful Music dengan kerjasama Malika Entertainment, lagu ini merupakan ciptaan komposer Eugene Lai dan Ja’a, manakala lirik ditulis oleh Ja’a, Eugene Lai serta Sharifah Zarina dan Athalia sendiri.

Bagi memeriahkan lagi pelancaran lagu ini, sebanyak enam episod siri web khas turut dihasilkan dan dimuat naik di akaun TikTok Zarina serta Athalia.

Lagu OOHAA RAYA, diedarkan oleh Universal Music Malaysia, telah dilancarkan di semua platform penstriman muzik seperti Spotify, Apple Music dan YouTube pada 14 Mac lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 25 Aug 2021

26 Guru Di Perlis Didakwa Enggan Terima Vaksin

Isu melibatkan kakitangan kerajaan yang menolak vaksin semakin menjadi perdebatan di kalangan ramai. Terbaru, seramai 26 guru sekolah di Perlis dikesan enggan menerima suntikan vaksin COVID-19. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Sumber Manusia, Sains, Teknologi […]

Hiburan Tue, 4 Jul 2023
Featured Wed, 9 Nov 2022
Featured Mon, 19 Feb 2024
Selebriti Wed, 6 Dec 2023
Hiburan Mon, 20 Apr 2026

Persembahan ‘Sejiwa’ Idea A Aida, Azeva Natassha Sebak Kongsi Pentas Dengan Ameng Spring – “Rasa Sayu, Saya Impikan Sejak Sekian Lama”

“Bila papa Ameng muncul di pentas, saya jadi sebak sebab ini memang sesuatu yang saya impikan sejak lama.” – Azeva Natassha.

Hiburan Wed, 27 Feb 2019

「活力加油站▪魅力魔法日」免费妇女节工作坊邀你参与

「魅力魔法学堂」开课啦,让你瞬间变身魅力达人!

error: Content is protected !!