Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 29, 2025 @ 5:28pm

[VIDEO] Cari Tudung Bawal, Kelibat Tun Hasmah Disantuni Peniaga Curi Perhatian – “Sangat Humble & Berbudi Bahasa”

Kelibat figura Tun Hasmah Mohd Ali ketika mencari tudung bawal di sebuah kedai telah mencuri perhatian ramai apabila rakaman momen tersebut tular di media sosial.

Dalam video yang dikongsikan isteri kepada mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad ini, Tun Hasmah dilihat begitu mesra berinteraksi dengan peniaga di sebuah butik tudung.

Malah, cara beliau memilih tudung dengan penuh teliti, bertanya harga dengan sopan, serta menghargai layanan peniaga membuatkan ramai kagum dengan sikapnya.

“Bukan setakat tudung, jubah pun Tun Hasmah pilih warna merah jambu untuk ke rumah anak menantu,” tulis pada kapsyen berkenaan.

@g_ayucollection Bukan setakat tudung, jubah pun Tun Hasmah pilih warna pink untuk ke rumah anak menantu 🥰 Terima kasih Tun Hasmah kerana sudi singgah di g’ Ayu Collection #malaysia #kedah #tunhasmah #kedah #fyppppppppppppppppppppppp #pekanrabu #gayucollection ♬ original sound – g ‘ AYU COLLECTION

@jorajayaenterprise Alhamdulillah dapat bertemu dengan Tun Hasmah Mohamad Ali. Segak yakmat lah.. 😍 #tunhasmah ♬ original sound – JoraPekanRabu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet  meluahkan rasa hormat terhadap Tun Hasmah yang terkenal dengan keperibadiannya yang lemah lembut dan penuh budi bahasa.

Bakal memasuki usia 99 tahun pada Julai ini, Tun Hasmah masih mengekalkan keperibadian sederhana dan tetap aktif dalam aktiviti harian.

Sikap beliau yang tidak berubah sejak dahulu menjadikan dirinya terus dikagumi oleh rakyat Malaysia.

Selain itu, ramai yang memuji sikap peniaga butik yang melayani permintaan beliau dengan penuh mesra menjadikan suasana membeli-belah tersebut tidak kekok dan menyenangkan.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 3 Mar 2022
Hiburan Mon, 20 Nov 2023

[VIDEO] Mesra Bersama Ezzanie Jasny Heroin ILYS, Noki K-Clique Dah Ada Kekasih? Ramai Patah Hati!

Wahhh, nampak sepadan lah Noki dengan Ezzanie 🥰 Jangan patah hati ok gais!

Featured Sat, 27 Apr 2024

Tahniah! Pilih Nama Uqaira, Uqasha Senrose Selamat Timang Anak Perempuan

Tahniah Uqasha & Kamal. Baby mesti cantik macam mak dia❤️❤️❤️❤️

Trending Fri, 12 Nov 2021

Isu Bapa Pelakon Didakwa Ugut Guna Pistol: Suami Fail Nusyuz, Beri Nynaa Harizal Tempoh 7 Hari

Suami kepada pelakon Nynaa Harizal, Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas, 29, memfailkan permohonan nusyuz dan perintah kembali taat kepadanya dalam tempoh tujuh hari di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, semalam. Permohonan itu difailkan plaintif terhadap Nynaa […]

Hiburan Thu, 21 Mar 2019
Hiburan Tue, 29 Jul 2025

“Nama Kumpulan Pun Dah Macam ‘Sesat'” – PU Syed Sekali Lagi Tegur Penampilan Seksi Dolla

PU Syef sifatkan tegur Dolla perbuatan sia-sia, nama didakwa sesat

Hiburan Sat, 15 Dec 2018
Hiburan Fri, 17 May 2019

小玉劝大家放下心中的「鬼」!舞台剧有望跨州演出

小玉参演舞台剧演出了心得,劝大家要放下内心「心魔」,迎向新的人生。

Hiburan Wed, 3 Jan 2018

“Inilah Jodoh Dunia dan Akhirat Saya “

gambar di Instagram, Fattah Amin menyuarakan rasa syukurnya kerana memperisterikan Fazura.

error: Content is protected !!