Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 26, 2025 @ 3:16pm

[VIDEO] “Cinta Dalam Perkahwinan Yang Berkekalan Adalah Mawaddah & Rahmah” –  Farid Kamil Hanya Berpegang Rasa Cinta Pada Maha Esa

“Cinta dalam perkahwinan yang berkekalan tahun lamanya merangkumi mawaddah dan rahmah,” demikian kenyataan pelakon, Farid Kamil yang berkongsi pendapatnya mengenai makna cinta di dalam Al-Quran.

Menerusi sebuah temu bual bersama podcast lelaki, Farid menjawab pertanyaan sama ada dia masih mempercayai perasaan cinta setelah melalui ujian rumah tangga.

“Saya tak boleh kata yang saya tak percayakan cinta lagi sebab cinta yang saya percaya hanya dengan Allah swt. Untuk jatuh cinta ia bukan tentang percaya, jatuh cinta adalah tentang rasa yang diberikan sama ada kita mengharapkan atau tidak,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, Farid turut berkongsi makna cinta yang diambil daripada rujukan kitab suci Al-Quran yang tidak mengisahkan perasaan itu semata-mata kepada pasangan suami isteri, malah merangkumi semua perhubungan.

“Dalam Al-Quran pun kata cinta tidak ditujukan kepada pasangan suami isteri, tetapi kata-kata cinta ditujukan dalam Al-Quran kepada perhubungan yang seperti seorang anak kepada mak, seorang bapa kepada anak dan lebih kepada itu.

‘Tidak ada cinta di dalam menuju perkahwinan tetapi apa yang ada adalah rasa kasih dan sayang maskusdnya rasa kasih itu mawaddah, rasa sayang itu rahmah.

“Itu sahaja penterjemahan yang diberikan dalam Al-Quran terhadap psaangan suami isteri sebab cinta yang ada di antara pasangan suami isteri boleh terwujud baru-baru awal perkahwinan dalam tiga tahun tetapi yang berkekalan sampai bertahun lamanya itu hanyalah rasa kasih dan sayang,” katanya.

@podcastlelaki

Selepas episod hitam dalam rumahtangga Farid Kamil, adakah beliau masih lagi percaya cinta? Bagi orang lain, ini mungkin akan jadi satu parut, tetapi bagi Farid, hanya satu cinta yang masih beliau percaya. Saksikan episod penuh bersama Farid Kamil di YouTube dan Spotify Podcast Lelaki. #PodcastLelaki #FaridKamil #Man360 #UpTheGame

♬ original sound – Podcast Lelaki – Podcast Lelaki

Pada Isnin lalu, Farid dan bekas isterinya, pelakon Diana Danielle sah bercerai talak satu buat kali kedua selepas 13 tahun mendirikan rumah tangga.

Kredit video: Podcast Lelaki

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 24 Apr 2024

Intan Najuwa Tayang Beli Pengering Rambut ‘Special Edition’, Netizen Tinggal Komen Sarkastik – “Tak Sia-Sia Kahwin Lelaki Tua”

Tu namanya rezeki…. tak baik orang saja je tunjuk hari dryer tu korang pula pegi kaitkan husband dia … memang nak kena lah!👀💥

Hiburan Wed, 13 Nov 2024
Trending Wed, 9 May 2018

#PRU14 : Al-Fatihah, Meninggal Dunia Sewaktu Mengundi

Temu ajal sewaktu beratur untuk mengundi . Salam Takziah buat kami

Trending Mon, 22 Feb 2021

Virus Covid-19 Dijangka Berakhir Pada 2022

Diharap Covid-19 dapat dipulihkan secepatnya

Trending Thu, 23 Jun 2022
Featured Wed, 13 Oct 2021

“Tak Habis Fitnah Orang Lain & Promote Kebodohan Sendiri..”- Ustaz Abu Syafiq Promosi Sijil Vaksin Palsu, Netizen Minta Ambil Tindakan

Baru-baru ini tular mengenai kes seorang pendakwah yang dikenali dengan nama Ustaz Abu Syafiq mengupas beberapa isu sensitif berkaitan agama di laman sosialnya yang boleh mengundang salah faham orang ramai. Terbaru, Abu Syafiq sekali lagi menjadi […]

error: Content is protected !!