Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 29, 2025 @ 10:32am

‘Hilang Dari Raya Ku’ Sarat Emosi & Nostalgia… Netizen Puji Lagu Raya Yuna Paling Menenangkan!

Komposer dan penyanyi terkenal, Yuna tidak ketinggalan menyemarakkan sambutan Syawal tahun ini dengan pelancaran lagu raya terbaharunya berjudul Hilang Dari Raya Ku.

Menerusi perkongsian di platform media sosial, Yuna atau nama penuhnya Yunalis Mat Zara’ai mendedahkan ilham untuk mencipta lagu ini muncul sekitar tiga minggu lalu.

Melodi yang berulang kali bermain di fikirannya akhirnya membawa kepada terhasilnya sebuah karya yang menyentuh emosi, menggambarkan suasana Aidilfitri tanpa insan tersayang.

“Tiga minggu lalu, saya capai gitar, main beberapa kord, dan tiba-tiba teralun satu melodi yang sudah lama terngiang dalam fikiran. Secara spontan, saya mula menulis lagu tentang menyambut Aidilfitri tanpa insan-insan tersayang, raya yang tetap meriah, tapi dalam hati masih terasa kehilangan. Kita rindu, tapi tetap tersenyum mengenang memori indah bersama mereka,” katanya.

Lebih istimewa, muzik video lagu ini menjalani penggambaran di Langkawi, dengan latar sawah padi yang indah.

Menurut Yuna, idea untuk rakaman datang secara tiba-tiba selepas melihat sebuah rumah tradisional yang muncul di laman sosialnya.

Meskipun hanya muzik video yang dilancarkan setakat ini, peminat setia pelantun Terukir Di Bintang meluahkan keterujaan mereka.

Rata-rata memuji sentuhan Yuna yang berjaya mencipta karya indah dan menenangkan, sekaligus membangkitkan memori Hari Raya yang penuh makna.

@yunationals

Yuna – Hilang Dari Raya Ku out now on YouTube. 31/3 available on all streaming platforms. #yuna #yunalis #yunazarai #yunationals #yunaetherealis #yunaedit #represendmalaysia #malaysia #hilangdarirayaku #laguraya

♬ original sound – YUNA – YUNA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 16 Apr 2022
Featured Sat, 6 Jul 2024

“Bagi Saya Rugi Kalau Tak Nak Anak”- Hazama Selar Pasangan Memegang Prinsip ‘Childfree’

setuju dengan Hazama, anak itu akan pengikat kasih-sayang dalam rumah tangga

Trending Wed, 23 Jun 2021

Polis Tahan Bapa Beri Bayi Lelaki 5 Bulan Minum Arak

Selepas sebuah rakaman video 30 saat yang menunjukkan seorang bayi diberi minuman alkohol tular di media sosial baru-baru ini, pihak polis telah menahan seorang lelaki untuk membantu siasatan. Dipercayai berlaku di sebuah flat di Teluk […]

Hiburan Fri, 13 Dec 2024

“Sempurnakanlah Bacaan Ibuku, Jadikan Al-Quran Sahabatnya” – Nora Danish

Nora Danish berdoa kisah hijrah dan bacaan Al-Quran ibunya lancar

Hiburan Fri, 24 May 2019
Hiburan Thu, 19 Apr 2018

‘Beliau Yang Saya Kenal, Sentiasa Jinjing Beg Telekung Ke Mana-Mana,’ -Rizalman

“Jadi, awaslah hati dan tingkah laku kita dari sekarang kerana jika anda melihat isu ini dari sudut keimanan maka anda akan dapat jawapannya, tulis Rizalman…

Hiburan Fri, 12 Jul 2019

Ezlynn Kenal Hati Budi Bangsa Jejaka

Semoga berjaya Ezlynn

Featured Sun, 27 Feb 2022

Dapat Jualan RM5.4 Juta, Koleksi Ramadan Tudung Milik Fazura Habis Terjual Dalam Masa 1 Jam

Patut sekarang ramai yang beralih pakai tudung bawal kan??

error: Content is protected !!