Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 29, 2025 @ 5:23pm

DUKES Kembali Gegarkan Indie Rock Dengan ‘Little Talks’, Imbau Zaman Cinta Remaja

Band indie rock tempatan yang semakin menyerlah, DUKES, kembali dengan single terbaru mereka, Little Talks iaitu sebuah lagu pop rock yang mengangkat tema cinta, kehilangan, dan nostalgia zaman remaja.

Lagu ini terhasil daripada pengalaman peribadi pemain gitar DUKES, Rayyan, yang mula mencipta karya ini pada usia 17 tahun sebagai luahan emosinya yang jujur dan bermakna.

Sebagai peminat tegar punk rock ketika itu, Little Talks menyuntik elemen nostalgia dengan pengaruh Blink-182, kumpulan pop punk terkenal dari Amerika Syarikat.

Menceritakan kisah seorang lelaki yang ditinggalkan kekasihnya tetapi masih berharap untuk kembali bersama, Little Talks hadir dengan melodi yang segar dan mudah diingati.

Walaupun lagu ini berentak ceria dan penuh tenaga, liriknya tetap membawa unsur kesedihan yang mengambil pendekatan ‘less is more’ dalam penulisan lirik menjadikannya lebih ringkas tetapi tetap menyentuh perasaan, membolehkan pendengar memahami mesej tanpa perlu menafsir makna yang kompleks.

Sebagai sebuah kumpulan yang teguh dengan identiti muzik mereka, DUKES amat menitikberatkan kreativiti dan ekspresi dalam setiap karya yang dihasilkan.

“Kami menghasilkan lagu sendiri kerana bagi kami, muzik bukan sekadar hiburan, tetapi juga medium untuk menzahirkan perasaan dan pemikiran. Setiap karya adalah refleksi jiwa kami,” kata salah seorang ahli kumpulan.

Dalam proses produksi Little Talks, Jipie, seorang produser berpengalaman, turut memainkan peranan penting dalam membentuk susunan muziknya.

“Keistimewaan lagu ini terletak pada hook melody yang kuat serta progression yang bermula perlahan sebelum berkembang menjadi lebih bertenaga. Sepanjang rakaman, DUKES menunjukkan komitmen tinggi dan sikap rendah diri yang luar biasa, satu ciri yang sangat mengagumkan bagi band baharu,” katanya.

Little Talks boleh didengarkan di semua platform digital. Jangan lepaskan peluang untuk merasai semula kenangan cinta remaja menerusi alunan pop rock segar daripada DUKES!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 16 Sep 2018
Hiburan Fri, 17 May 2019

Tak Sangka Terima Respon ‘Gempak’ Dari Peminat, Alif Satar Anggap Cabaran Menjadi!

Siapa sangka, daripada ajakan secara suka-suka, ia akhirnya menjadi kenyataan. Semuanya bagai tersusun dengan begitu cantik…

Hiburan Fri, 24 Nov 2023
Hiburan Tue, 16 Dec 2025

Rahsia Gelap, Cinta Diragut, Hidup Musnah! Elizad Tanggung Derita Dalam ‘Perempuan Tidak Ternikah’

Elizad Sharifuddin sebagai Keisya, seorang wanita yang terpaksa menelan pahit getir kehidupan

Anugerah Wed, 7 Feb 2024

“Dia Sendiri Tawarkan Diri” – Aisha Retno Bakal Gayakan Busana Teh Firdaus Di Pentas AJL38

Fuhhh tak sabar nak tengok hasil tangan Teh Firdaus buat Aisha masa AJL38 nanti!

Hiburan Sun, 19 Oct 2025

Sayang Uqasha Senrose & Anak Melebihi Segalanya, Kamal Adli Mohon Warganet Henti Provokasi

Kamal Adli tampil menjelaskan beberapa salah faham yang tular membabitkan dirinya & Uqasha Senrose.

Featured Mon, 13 Oct 2025

XTRA XSTAR 2025: Debaran Makin Memuncak! Siapa Bakal Rebut Tempat Dalam TOP 5?

Kini, hanya lima peserta terbaik bakal mara ke pusingan akhir XTRA XSTAR 2025.

Trending Wed, 20 Apr 2022

Lakukan Amang Seksual Fizikal Ke Anak Rakan, Penceramah Bebas Ditahan

Penceramah bebas melakukan amang seksual fizikal ke anak rakannya ditahan.

Hiburan Tue, 13 Mar 2018

Putus sekali lagi, hubungan Justin-Selena sudah berakhir!

Mandy Teefey juga tidak mahu Selena dikecewakan oleh oleh Justin lagi selepas apa yang terjadi sebelum ini.

error: Content is protected !!