Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 2, 2025 @ 3:29pm

[VIDEO] “Baba, Alhamdulillah.. Semua Impian Awak Dah Tertunai” – Kiah Propa Kongsi Momen Sempat Pakaikan Baju Raya Pada Arwah Suami

Pengacara dan usahawan, Kiah Propa berkongsi sebuah video memaparkan kenangan terakhir bersama Allahyarham suaminya, Mohamad Nazri Ismail yang telah meninggal dunia pada Selasa.

Menerusi perkongsian di TikTok miliknya, Kiah atau nama lengkapnya, Siti Rokhaida Abdul Khalil memuat naik sebuah video menunjukkan dirinya menyarungkan Baju Melayu berona ungu lembut ketika berada di hospital.

Di ruangan kapsyen, Kiah turut berkata dia telah menunaikan segala impian yang arwah suaminya, selain turut berjanji akan menjaga anak-anak mereka sebaik mungkin.

“Alhamdulillah, sempat pakaikan baju raya babah untuk tahun ini. Semua impian awak, saya dah tunaikan.

“Saya bukan isteri yang baik, malahan bukan sempurna. Insya-Allah, saya akan buat yang terbaik untuk anak-anak kita,” katanya.

@kiahpropaviral

BABAH …ALHAMDULILLAH SEMPAT PAKAIKAN BAJU RAYA BABAH UNTUK TAHUN INI….SEMUA IMPIAN U I DAH TUNAIKAN… I BUKAN ISTERI YG BAIK MALAHAN BUKAN SEMPURNA..INSY I AKAN BUAT YG TERBAIK UNTUK ANAK ANAK KITA … DOAKAN ROH SUAMI SAYA D CUCURI RAHMAT….SERTA TENANG D SANA…@Kiahpropaviral 2 #fyp #kiahpropa #viral #suamikiahpropa #kanser

♬ original sound – kedaikiahpropa – kedaikiahpropa

Dalam muat naik lain, Kiah mengakui dirinya berasa sunyi setelah ketiadaan suaminya, namun dia reda di atas pemergian suaminya.

“Menangis pun awak tak akan ada lagi. Menjerit pun awak tak akan ada di sisi. Dulu ada kawan bergaduh, kawan mengadu, bersembang.. Sekarang dah tiada.

“Tapi tak apa. Saya tau awak sakit, awak derita dengan sakit awak. Saya reda awak pergi. Doakan selepas ini perniagaan saya maju seperti mana awak amanahkan saya akan buat,” katanya.

@kiahpropaviral

MENANGIS PUN U TAKKAN ADA LAGI MENJERIT PUN U TAKKAN ADA DI SISI….DULUBI ADA KAWAN BERGADUH KAWAN MENGADU KAWAN SEMBANG SEKARANG TAKDE DAH…TAPI TAKPE…I TAU U SAKIT U SEKSA U DERITA DENGAN SAKIT U….I REDHA U PERGI…DOAKAN SEELPAS INI PERNIAGAAN I MAJU SEPERTI MANA YG U AMANAHKAN I AKAN BUAT…@Kiahpropaviral 2 #fyp #kiahpropa #viral #kanser #meninggaldunia #suamikanser #dagingdendeng

♬ original sound – kedaikiahpropa – kedaikiahpropa

Allahyarham Nazri akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor, sebelum solat Zohor, semalam.

Terdahulu, pasangan ini kembali disatukan dalam ikatan perkahwinan pada 18 November 2024 selepas beberapa tahun membawa haluan masing-masing.

Kiah sebelum ini pernah berkongsi dia menerima semula bekas suaminya sebagai suami demi menjaga lelaki itu yang sedang bertarung melawan penyakit kanser.

Pasangan ini pertama kali mendirikan rumah tangga pada tahun 2011, namun bercerai beberapa tahun kemudian. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang puteri.

Artikel Berkaitan: Usia Perkahwinan Semula Baru Nak Cecah 5 Bulan, Suami Kiah Propa Meninggal Dunia Akibat Kanser

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 17 Jul 2025

“Saya Tak Bersalah” – Alya Iman Kesal Dituduh Punca Keretakan Hubungan Zizi Kirana & Yusof Bahrin

Alya Iman tak bersalah, tiada kaitan isu rumah tangga Yusof Bahrin, Zizi Kirana

Trending Tue, 7 Aug 2018

Nazrin Hassan’s Death Now Classified as Murder Case

The Fire and Rescue Department’s report showed that there’s foul play involved.

Featured Fri, 16 Apr 2021
Featured Thu, 15 Jan 2026

“Bila Pergi Majlis Ilmu Baru Faham, Teguran Itu Tanggungjawab Sesama Muslim… Tapi Tidak Memalukan” – Betty Rahmad

Menurut Betty, sebelum ini dia sering berasa defensif setiap kali menerima teguran, apatah lagi apabila ia datang daripada individu yang bukan bergelar ustaz ataupun ustazah.

Featured Thu, 23 Jun 2022
Hiburan Mon, 27 Jan 2020

Status ‘Single’ Punca Dibuli Netizen, Ini Pesanan Luna Maya…

Untuk Luna, sabarlah…Jodoh Pasti Bertemu! 

Trending Fri, 27 Nov 2020
Selebriti Sat, 7 Oct 2023
error: Content is protected !!