Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 11, 2025 @ 7:52pm

[VIDEO] “Kalau Ayah Saya Masih Hidup, Takkan Jadi Begini” – Isteri Azlan Komeng Luah Rasa Pilu

Isteri kepada pelakon Azlan Komeng, iaitu Nur Nilam Ortiz, mencuri perhatian ramai apabila meluahkan isi hati yang sarat dengan emosi.

Menerusi satu video di TikTok, Nilam meluahkan kerinduan yang mendalam terhadap arwah bapanya iaitu satu-satunya insan yang dikatakan mampu melindunginya dari segala ujian yang kini terpaksa ditanggung sendiri.

“Banyak sangat benda berlaku serentak hari ini… Sampai saya rasa sesak. Kadang saya fikir, kalau ayah masih hidup, saya takkan jadi macam ni. Dia pasti akan pertahankan saya, lindungi saya. Orang pun takkan berani nak pijak kepala.

“Sekarang akaun sosial media pun dah tak boleh live, keadaan suami pula makin rumit… saya dah tak tahu nak sandar pada siapa lagi,” luahnya dalam nada yang penuh emosi dan kecewa dengan mata yang bergenang.

@

♬ –

Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen meluahkan rasa simpati yang tersentuh hati melihat keadaan Nilam.

Terdahulu, kelibat Nilam di Mahkamah Rendah Syariah Ulu Langat mencetuskan pelbagai spekulasi tentang status rumah tangganya bersama Azlan.

Sekadar info, Azlan dan Nilam mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022.

Artikel Berkaitan: Muat Naik Video Ke Mahkamah Syariah, Isteri Azlan Komeng Akhirnya Fail Cerai? – “Kita Akan Kembali Jadi Orang Asing”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 30 Oct 2023

Bapa Hanis Zalikha Alami Pendarahan Dalam Otak Akibat Terjatuh, Ingatan Makin Lemah – “Kalau Lewat Sikit Boleh Hilang Upaya Bercakap…”

Allahu sebagai anak, ni perkara yang kita paling takut kan.. Semoga bapa Keknis cepat sembuh

Featured Wed, 13 Dec 2023
Hiburan Wed, 19 Sep 2018

Terima Kasih, Tulus!

Persembahan dua jam yang tak cukup bagi kami, rugi tau bagi anda yang tak hadir malam tadi. Cukup luar biasa… Datang lagi ya Tulus!

Trending Tue, 22 Dec 2020
Hiburan Sun, 18 Jan 2026

“Ada Beberapa Sebab Kenapa Saya Tidak Tunjuk Wajah Isteri” – Fahimi Rahmat

Fahimi Rahmat memilih untuk tidak mendedahkan wajah isteri & bercerita secara terperinci latar belakang pasangan demi menjaga privasi.

Hiburan Fri, 21 Dec 2018
Hiburan Wed, 21 Sep 2022
error: Content is protected !!