Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 18, 2025 @ 4:29pm

“Ia Berlaku Pada Pagi Hari Raya” – Suami Kesal, Zahnita Bawa Lelaki Tak Dikenali Masuk Dalam Rumah?

Isu rumah tangga pelakon dan model, Zahnita Wilson dan suaminya, Abdul Zackery Ghouse kembali menjadi perhatian selepas kedua-duanya hadir di Mahkamah Majistret Kuantan, Pahang bagi prosiding kes yang membabitkan hubungan mereka.

Menurut Zackery, dia meluahkan rasa terkejut dan kecewa apabila Zahnita didakwa membawa seorang lelaki ke rumah mereka ketika sambutan Hari Raya baru-baru ini.

“Saya benar-benar terkejut dengan tindakan tersebut. Saya dalam usaha mahu berbaik semula dengan Zahnita, tapi perkara itu sangat memberi kesan, lebih-lebih lagi kepada anak-anak kami apatah lagi ia berlaku pada pagi Hari Raya. Tuhan sahaja yang tahu.

“Masa tu saya suruh anak-anak pergi beraya di kediaman ibu mereka tetapi bila orang lain ada di sana mereka mengeluh,” katanya kepada pemberita.

Tindakan tersebut dikatakan memberi tamparan hebat kepada niat Zackery yang berharap dapat memulihkan semula rumah tangga mereka demi kebaikan keluarga, terutamanya anak-anak.

Dalam pada itu, Zackery reda apabila ketika dia berada dalam fasa ‘berdiam diri’, ramai dalam kalangan netizen yang mengecam dan mengkritik dirinya.

“Saya terpaksa maafkan mereka (netizen) sebab mereka tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya.

“Lagipun semua bukti telah diserahkan kepada mahkamah,” jelasnya.

Terdahulu, pasangan terbabit hadir ke mahkamah bagi permohonan cerai, perintah injuksi terhadap gangguan dan tuntutan hadanah atau hak lawatan serta hak bermalam anak-anak.

Bagaimanapun kes disambung semula pada tarikh baharu.

Sekadar info, Zahnita dan Zackery mendirikan rumah tangga pada tahun 2005.

Hasil perkahwinan, pasangan terbabit dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu, Zahrafeena, 18, Zasharayna Ghouse, 13, Zahlia Syawwal, 8 dan Abd Zayden Ghouse, 4 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN:“Sudahlah Tu, Tutup Phone Pergi Tidur! ” – Tuduhan Putar Belit Cerita Isu Dipukul Suami, Zahnita Wilson Bakal Beri Keterangan

ARTIKEL BERKAITAN:Rakan Bisnes Bersuara Lagi! Suami Dakwa Zahnita Letak D*dah Dalam Makanan?

ARTIKEL BERKAITAN:Dituduh Putar Belit Cerita Isu Dipukul Suami, Zahnita Wilson Dedah Laporan Perubatan Alami Kecederaan Di Mata & Telinga

ARTIKEL BERKAITAN:Bekas Rakan Bisnes Dakwa Zahnita Wilson Putar Belit Cerita, Kisah Dipukul Suami Tidak Benar?

 

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 3 Sep 2022
Hiburan Fri, 11 Jul 2025
Hiburan Wed, 25 Feb 2026

Fazura Elak Ditanya Soalan Peribadi – “Saya Tak Nak Apa Yang Saya Katakan Jadi Bahan Perbalahan”

Selebriti popular, Nur Fazura menjelaskan sebab dia jarang melakukan sesi siaran langsung menerusi akaun perniagaannya

Kisah Viral Fri, 17 Nov 2023
Hiburan Fri, 29 Nov 2019

Kunjungan Kali Ketiga, Aaron Aziz Teruja Bawa Keluarga Mengerjakan Umrah

Semoga Aaron dan family dapat umrah yang mabrur

Trending Sat, 26 May 2018

Jenazah Nur Alya Selamat Dikebumi

Bapa Allahyarham, Hairi Jamil, 45, dilihat sugul dan menahan sebak ketika melihat jenazah anak sulungnya diturunkan ke dalam liang lahad.

Hiburan Wed, 9 Oct 2024

Bakal Rebut Gelaran Juara, Ini 5 Finalist #XTRAXSTAR2024!

Saksikan Showcase Akhir XTRA XSTAR, pada Jumaat, 25 Oktober 2024, jam 8.30 malam secara langsung di akaun TikTok @xtra_my

error: Content is protected !!