Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 20, 2025 @ 9:54am

“Sejak Cerai, Makan Pakai Semua Tak Peduli.. Dari Tak Berduit Sampai Dah Kaya” – Abby Abadi Sedih, Norman Hakim ‘Lepas Tangan’ Isu Anak

Kemelut rumah tangga anaknya masih belum selesai, pelakon Abby Abadi bagaimanapun tampil mempertahankan dirinya.

Mengaku sedih dengan apa yang dihadapinya kini, Abby atau nama Penuhnya, Arbaiyah Abdul Manan meluahkan isi hati apabila bekas suami yang juga pelakon dan usahawan, Norman Hakim dilihat bersikap acuh tak acuh mengenai isu anak mereka, Marissa Dania.

Menerusi perkongsian di Threads, pelakon drama rantaian Gerak Khas itu berkata, sejak perceraiannya bersama Norman, dia adalah individu yang bertanggungjawab menjaga segala keperluan anak-anaknya.

“Masalah tak pernah cuba nak selesaikan. Hal dengan saya, apa yang tertunggak? Memang terabai terus.

“Tapi yang saya geram dan marah sangat, hak anak-anak dengan dia ni (Norman) ambil mudah je semua. Dari anak kecil sampai dah besar. Tak adil langsung.

“Sejak bercerai, makan, pakai, tempat tinggal  semua tak peduli. Dari tak berduit sampai dah kaya,” katanya.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet meluahkan rasa geram dengan tindakan Norman yang dilihat sebagai seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab.

sekaligus, mendoakan agar segala usaha dan ujian yang menimpa Abby digantikan dengan sebaik-baik pembalasan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 29 Aug 2024

“Ramai Lagi Artis Senior Layak Terima Gelaran Datuk” – Erra Fazira

Apapun Erra Fazira tetap Primadona Malaysia ❤️❤️

Hiburan Mon, 23 Feb 2026

Aaisyah Tak Malu Depan Kamera, Che Ta Terbuka Jika Anak Mahu Jadi Artis

Che Ta sebelum ini menyangka Aaisyah seorang yang pemalu dan tidak yakin di hadapan kamera

Featured Tue, 1 Nov 2022
Hiburan Tue, 3 Dec 2019

Tiada Penyingkiran! Tujuh Protege Mara Ke Separuh Akhir!

Jangan lupa saksikan separuh akhir Mentor Milenia 2019 Ahad ini jam 9 malam!

Featured Tue, 21 Sep 2021
Hiburan Wed, 6 Mar 2024

Dayang Nurfaizah Mohon Henti Spekulasi Sakit – “Saya Sihat Saja”

Dayang sihat je tau! Jangan buat spekulasi bukan-bukan

Hiburan Fri, 16 Feb 2024
Hiburan Tue, 16 Jul 2024

“Tutup Pintu Hatiku & Ku Buang Rasa Cinta Terhadap Manusia”- Bekas Isteri Pertama Datuk Red

Semoga Allah beri kekuatan kepada Datuk Red dan bekas isteri pertamanya ❤️

error: Content is protected !!