Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 28, 2025 @ 3:06pm

“Kami Setuju Berkawan Baik & Tak Bermusuh” – Puteri Sarah, Syamsul Yusof Kekal Hubungan Baik Lepas Cerai.. Tak Ada Masalah Jaga Anak Bersama

Pelakon Puteri Sarah Liyana mengaku hubungannya bersama bekas suami yang juga pengarah terkenal, Syamsul Yusof masih baik.

Kata Sarah, dia dan Syamsul sebelum ini bersetuju untuk menjadi kawan baik demi anak-anak selain mahu melihat mereka gembira.

“Kami memang setuju berkawan baik demi anak-anak kerana mahu melihat mereka gembira,” katanya kepada pemberita.

Dalam pada itu, ketika disoal mengenai penjagaan anak-anak selepas bercerai, Sarah memaklumkan, dia hanya mengekalkan hubungan baik dengan bekas suaminya selain tidak bermusuh dan berdendam.

“Bagi saya sibukkan diri dan gembirakan diri sendiri dahulu.

“Buang dendam, jangan bermusuh dan kekalkan hubungan baik demi anak-anak,” jelasnya.

Tambahnya, pengarah terkenal filem Munafik itu juga tidak ada masalah memberikan komitmen kepada dua anak mereka meskipun terikat dengan kerja.

“Anak-anak pun akan luangkan masa bersama Syamsul, dan dia memang ambil serius peranan sebagai ayah.

“Walaupun sibuk, dia tetap cari ruang untuk bertemu mereka,” kongsinya.

Bahkan, ibu bapa mentua nya juga memainkan peranan besar dalam menjaga cucu-cucu mereka.

Sekadar info, Puteri Sarah pernah mendirikan rumah tangga bersama Syamsul pada 8 Mac 2014.

Namun, pasangan itu mengambil keputusan untuk bercerai talak satu pada 14 Jun 2023.

Hasil perkahwinan, Sarah dan Syamsul dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Syaikhul Islam, 8, dan Sumayyah, 6.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 17 Aug 2021

Malaysia Di Hatiku Satukan Yonnyboii, Kmy Kmo, Luca Sickta & Tabby

Empat bintang baru yang sedang meningkat naik, Kmy Kmo, Luca Sickta, Yonnyboii dan anggota Dolla, Tabby bersatu menghadiahkan sebuah karya patriotik segar sekali gus menyuntik semangat kekitaan menerusi lagu Malaysia Di Hatiku. Lagu terbitan Universal […]

Hiburan Thu, 9 Apr 2026

Jiwa Hampir ‘Kosong’, Azar Azmi Akui Cemburu Lihat Pasangan Lain Bahagia – “Saya Hanya Bertahan Demi Anak-Anak”

Terdahulu, Azar dan suaminya, Mohd. Apri Hazreen ditahan pihak berkuasa bagi siasatan kes penipuan urusan penjualan tanah kurnia serta penipuan darjah kebesaran

Trending Mon, 14 Jan 2019

Pekerja Maut ‘Dipenggal’ Bilah Helikopter

Salvatore Disi, 62, meninggal dunia pada Khamis berdekatan bangunan tempat menyimpan pesawat di Lapangan Terbang Wilayah Brooksville-Tampa Bay.

Featured Mon, 29 May 2023
Trending Mon, 4 Jan 2021
Featured Wed, 15 Apr 2026

“Kalau Nak Anak Kena Cari Suami Baru Dulu, Yang TTC Tu Terima Kasih Kerana Masih Bertahan” – Aprena Manrose

Isu zuriat, Aprena Manrose mengakui dia kini stabil dan berasa lebih bersyukur.

error: Content is protected !!