Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 28, 2025 @ 8:06pm

Anak Tak Sihat, Muntah-Muntah… Farah Nabilah Bawa Tidur Di Hotel 5 Hari, Tak Perlu Basuh Cadar – “Mental Health Comes First”

Pelakon, Farah Nabilah mencuri tumpuan selepas memilih untuk menjaga anak-anaknya yang tidak sihat dengan menginap di sebuah hotel selama lima hari.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs) miliknya, Farah berkata anak-anaknya itu mengalami demam, batuk dan selsema.

Apa yang mencuri perhatian adalah Farah lebih memilih untuk membawa anaknya tidur di hotel daripada menjaganya di rumah kerana tidak perlu kerap menukar cadar.

“Anak demam, batuk, flu. Confirm mutah-muntah kan. Duduk rumah basuh cadar ❌, tidur hotel lima hari ✅,” tulisnya.

Dalam kapsyen video itu juga, Farah turut menulis tanda pagar #mentalhealthcomesfirstduitbolehcari.

Sekadar info, Farah berkahwin bersama seorang juruterbang, Mohammed Amirul Yunus pada 20 Disember 2019.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Andre Omar, 6, dan Yusuf Gibran yang kini berusia dua tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 24 Mar 2025

Kes Cerai: Diana Danielle Kekal Pendirian Mohon Dilepaskan, Farid Kamil ‘Kunci Mulut’

“Cepatlah selesai, banyak kali dah turun naik mahkamah. Benda yang sama juga,” – Diana Danielle

Featured Wed, 13 Nov 2024

Ahmad Idham Kecewa, Artis Baru ‘Lapar’ Publisiti – “Jika Berlaku Insiden Buli, Boleh Maklum Pada Pengarah Bukan…”

Jika wujud insiden buli oleh pelakon senior seperti yang didakwa pelakon baru itu, mereka boleh sahaja maklumkan kepada pengarah dan bukannya pihak media.

Hiburan Thu, 7 Nov 2019

Penyanyi Anta Permana Masih Menjadi Teka-Teki?

Hm siapalah yang bertuah tu ya?

Featured Wed, 1 Feb 2023
Hiburan Sat, 28 Jul 2018

Nick Jonas and Priyanka Chopra aren’t Taking Anything From Haters

The couple is not letting anyone get in the way of their happiness.

Hiburan Mon, 23 Sep 2019

Jom Dapatkan Set Borderless Alha Alfa Istimewa Sempena ABPBH 32!

Nombor telefon sebenar untuk dihubungi bagi pembelian dan maklumat produk adalah 011 1036711

error: Content is protected !!