Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 29, 2025 @ 1:02pm

“Ganjaran Wanita Yang Melahirkan Masih Sama” – Izara Aishah Tak Ada Masalah Bersalin Guna Kaedah Suntikan Epidural

Pelakon jelita, Izara Aishah tampil memberikan respons terhadap isu hangat yang melibatkan kaedah suntikan epidural ketika bersalin, susulan kenyataan seorang pempengaruh media sosial yang didakwa memperlekehkan penggunaan kaedah tersebut.

Menurut Izara atau nama sebenarnya Izara Aishah Hisham, 32, dia sendiri menggunakan kaedah suntikan epidural sewaktu melahirkan kedua-dua anaknya dan menganggap ia bukan satu perkara yang wajar dipertikaikan.

“Tuhan dah bagi senang, kenapa nak susahkan? Saya juga melahirkan kedua-dua anak saya dengan menggunakan epidural.

“Tidak ada apa salahnya dan tidak berdosa pun. Ganjaran dari Allah SWT untuk wanita yang melahirkan tetap sama.

“Jika meninggal dunia ketika bersalin, tetap dianggap syahid,” katanya kepada pemberita.

Mengulas lanjut mengenai kesan sampingan selepas menerima suntikan epidural, pelakon drama rantaian popular TV3, ‘Keluarga Itu’  berkata,  dia tidak mengalami sebarang masalah.

“Kalau kita jaga betul-betul semasa tempoh berpantang, Insya-Allah semuanya baik-baik saja.

“Kalau soal kesihatan tubuh selepas itu, saya okay saja ambil epidural,” kongsinya.

Sebelum ini, tular tangkap layar perbualan antara seorang pempengaruh media sosial dan individu lain menerusi Direct Message (DM) di Instagram, yang didakwa memperlekeh bekas isteri kerana bersalin dengan bantuan epidural dan menggelarkannya sebagai ‘cheat code’.

Kenyataan tersebut sekaligus mengundang rasa kurang senang warganet terhadap pempengaruh berkenaan sehingga ada yang mahu memboikot perniagaan yang diusahakannya.

Untuk rekod, Izara mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Adib Khalid pada 17 November 2017.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu, Irisa Alaia, 5, dan Amara Amina, 2 tahun.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 29 Aug 2018

Sri Pentas Terima Ancaman Bom, 200 Kakitangan Kosongkan Bangunan Serta Merta

Kami difahamkan panggilan itu dibuat seorang lelaki yang mengaku dirinya Imam Mahdi.

Featured Thu, 19 Jan 2023
Featured Thu, 14 Oct 2021

Netizen Berang Youtuber Berani ‘Prank’ Warga Emas Di Mall

Tular satu video yang dimuat naik oleh Youtuber, Mizan Majid di mana dia menerima kecaman daripada warganet susulan ‘content’ yang dianggap tidak sesuai dengan budaya Malaysia. Video berdurasi 9 minit itu kemudiannya dikongsi oleh seorang […]

Hiburan Tue, 5 Feb 2019

‘Makin Cantik’- Peminat Puji Penampilan Terbaharu Jihan Muse

Sebilangan besar peminat Jihan memuji kecantikan isteri kepada pelakon Ungku Hariz itu. Semoga terus istiqamah, Jihan…

Trending Mon, 14 Apr 2025

[VIDEO] Pertarungan Chef vs MakCik Bersama F&N? Jom Tengok Team Mana Yang Dapat Tawan Hati Juri!

Dua pasukan berentap siapa antara mereka akan memenangi cabaran Pertarungan Chef vs MakCik Bersama F&N dalam menyediakan juadah Raya yang mantap! Bersama hos anda Brenda dalam cabaran ini, kita akan saksikan antara dua kumpulan iaitu […]

Featured Fri, 13 Jan 2023

Kongsi Momen Kucup Ibu Buat Kali Terakhir, Chef Wan Luah Rasa Sebak – “Berat Sungguh Kaki Mahu Tinggalkan Emak…”

Cef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail, 66, atau Chef Wan berkongsi rasa sebak apabila terpaksa meninggalkan kubur ibunya, namun dalam masa yang sama tetap bersyukur kerana segala proses menguruskan jenazah berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Perkara […]

Trending Mon, 5 Oct 2020
Hiburan Fri, 29 Aug 2025
error: Content is protected !!