Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 29, 2025 @ 11:48am

Berkat Sabar dan Usaha, Abby Abadi Syukur Rezeki Mencurah – “Semoga Allah Balas Kebaikan Kalian”

Pelakon sensasi, Abby Abadi meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga atas sokongan padu netizen sehingga produk jualannya laris terjual.

Menerusi satu perkongsian di TikTok miliknya, Abby, atau nama penuhnya Arbaiyah Abdul Manan, 48, menzahirkan ucapan terima kasih secara tulus kepada semua pengikut setianya di media sosial.

“Syukur Ya Allah, terima kasih lagi dan lagi untuk yang bersama saya di sini. Love semua sangat-sangat. Sokongan semua sangat saya hargai. Semoga Allah balas segala kebaikan dan budi baik kalian dengan sebaik-baik ganjaran,” katanya.

Dalam masa yang sama, pelakon drama popular Gerak Khas itu turut menitipkan pesanan kepada pengikutnya agar sentiasa menjaga ibadah dan mempersiapkan diri untuk kehidupan akhirat.

“Jaga diri, jaga solat, jaga aurat.. Jaga hak Allah sebaiknya. Dunia sementara, akhirat itulah yang kekal selamanya. Semoga Allah reda,” tulisnya.

@abbyabadi.exclusive

Syukurrrrr ya ALLAH ❤️🙏🏻 Terima Kasih lagi & lagiii utk yg bersama Sy disini.. 😘 Love Korang Sangat2! Try & kalau best, padu bgtau kawan2 ok hehe.. kalau tak best bgtau kita je. Kita bincang! 😜🤣 Sokongan Semua sangat2 Sy hargai. Semoga ALLAH balas segala kebaikan & budi baik kalian dgn sebaik2 ganjaran.. Jaga diri k.. Jaga solat, jaga aurat.. Jaga hak ALLAH sebaiknya ok. Dunia sementara.. Akhirat itulah yg kekal selamanya 😘🙏🏻 Semoga ALLAH redha 🥹#CapCut

♬ Meledak – DJ Bombompret

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen juga meluahkan rasa sayu melihat kesungguhan Abby ketika berniaga, selain menganggap rezeki yang diterimanya sebagai balasan atas kesabaran dan dugaan yang pernah dilaluinya.

Sebelum ini, nama Abby hangat menjadi perbualan ramai di media sosial ekoran konflik keluarganya bersama anak, Marissa Dania dan bekas suami, aktor Norman Hakim.

Malah, Abby turut membuat pendedahan mengejutkan mendakwa dirinya pernah menjadi mangsa keganasan rumah tangga bersama Norman yang dipukul sehingga separuh mati.

Bagaimanapun, kemelut antara mereka selesai selepas Norman datang bersama Marissa memohon maaf kepada Abby atas segala kekhilafannya.

Artikel Berkaitan: “Dia P*kul Saya Sampai Berdarah, Separuh M*ti!” – Abby Abadi Dakwa Jadi Mangsa Keganasan Rumah Tangga Dengan Norman Hakim?

Artikel Berkaitan: [VIDEO] 17 Tahun Menyimpan Duka, Abby Abadi Tersentuh Hati Dengar Permohonan Maaf Norman Hakim – “Saya Hanya Kecewa Sebab…”

Artikel Berkaitan: “Saya Datang Sendiri Ya” – Marissa Dania Nafi Norman Hakim Jadi ‘Orang Tengah’ Punca Berbaik Dengan Abby Abadi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 24 Dec 2024

“Sila Betulkan Statement Anda Atau…” – Che Ta Nafi Tak Bayar Pinjaman MARA

Lelongan awam yang sepatutnya dijadulakan berlangsung hari ini terpaksa ditangguhkan.

Trending Tue, 30 Jun 2020
Featured Tue, 5 Oct 2021

Hotel Terkemuka Di Langkawi Diarah Tutup Sementera Selepas 59 Pekerja Positif COVID-19

Berikutan seramai 59 kakitangan dikesan positif COVID-19, sebuah hotel terkemuka di Langkawi diarah tutup sementara. Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah, Dr Othman Warijo, penularan jangkitan berkenaan dilaporkan sebagai Kluster Dah Teluk Nibung yang […]

Featured Tue, 2 Sep 2025

Duda Anak Dua Didakwa Kekasih Baru Nora Danish?

‘A new chapter, Bismillah’ – Nora Danish

Hiburan Mon, 26 Aug 2024

“Sakit Hati Tengok Kami Bahagia Eh?” – Tak Jadi Cerai Dengan Shuk Sahar, Fara Salleh Bidas Individu ‘Bitter’

Aduhai netizen ni tak boleh tengok orang bahagia ke, cuba doa yang baik baik hm

Hiburan Fri, 6 Sep 2024
Trending Tue, 14 May 2019

Aliff Aziz Kantoi Lagi, Check In Hotel Bulan Puasa?

Betul ke Aliff Aziz ni? Haih, bulan ramadan pun nak check in hotel ke bang?

Trending Tue, 5 Oct 2021
error: Content is protected !!