Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin April 30, 2025 @ 4:03pm

Wah! MOD Satria Dah ON’s! Ejen Ali The Movie 2 Cipta Fenomena Baru

Filem Ejen Ali The Movie 2 bukan sahaja menampilkan kualiti animasi bertaraf antarabangsa, tetapi juga menjanjikan pengalaman emosi yang mendalam buat para penonton.

Suasana kini semakin hangat apabila pawagam-pawagam tempatan tampil dengan inisiatif kreatif dan luar biasa untuk mempromosikan karya animasi tempatan ini.

Pendekatan mereka bukan sahaja menyemarakkan semangat patriotik malah, turut menunjukkan sokongan padu terhadap industri kreatif Malaysia.

Salah seorang peminat tegar siri animasi Ejen Ali iaitu @HusniHusni, dia meluahkan rasa bangga  menerusi hantarannya di Facebook.

“Fuh, rasa bangga sekejap, bukan mudah filem tempatan nak dapat sorotan macam ni, selalu filem asing je yang dapat huhuhu,” tulisnya.

Rata-rata peminat meluahkan rasa tidak sabar untuk menyaksikan kemunculan semula Ejen Ali yang kini berdepan cabaran baharu, nilai persahabatan yang diuji, serta konflik yang lebih mendalam. Ejen Ali The Movie 2 dijangka bakal mencetuskan fenomena besar dalam dunia filem animasi Malaysia tahun ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 30 Apr 2025
Trending Fri, 21 Jun 2024
Hiburan Tue, 11 Nov 2025
Hiburan Fri, 29 Nov 2019

Rindu Beraksi Atas Pentas, The PussyCat Dolls Kembali Selepas 9 Tahun!

Tak sabar nak dengar #PCDReunion kembali dengan lagu baru diorang!

Eat Travel Wed, 17 Jul 2019

Nak kurus? Ini resipi sarapan sihat untuk mereka yang sibuk

Paling penting sihat, cepat & mudah disediakan!

Hiburan Tue, 24 Jan 2023
Trending Thu, 28 Nov 2019
Hiburan Tue, 8 Oct 2019

Tom Holland Saved Spider-Man With a Phone Call

We don’t have any other choice but to stan!

error: Content is protected !!