Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 30, 2025 @ 8:31pm

“Shooting Sampai 3 Pagi, Mana Larat Nak Berbual” – Julia Farhana Buka Mulut Isu Dituduh Sombong

Nama pelakon cantik Julia Farhana hangat diperkatakan selepas seorang aktor mendedahkan dirinya pernah berdepan layanan dingin daripada seorang pelakon wanita senior yang digambarkan sebagai ‘sombong’.

Tanpa menyebut nama, ramai netizen mula membuat spekulasi dan mengaitkan kenyataan itu dengan Julia, hingga namanya trending di media sosial.

Ketika ditemui XTRA, Julia, 31, mengakui dia terkejut apabila namanya menjadi sasaran, namun pada masa sama sudah terbiasa dengan tanggapan sedemikian.

“Saya dah banyak kali dilabel sombong, bukan perkara baru. Malah, ramai rakan selebriti lain pun pernah kena benda yang sama.

“Saya tahu saya tak mampu nak puaskan hati semua orang. Tapi kalau benar tuduhan itu ditujukan kepada saya, lebih baik orang itu datang beritahu sendiri secara terus terang,” ujarnya.

Julia berkata demikian ketika ditemui di majlis rumah terbuka Rizman Ruzaini, baru-baru ini.

Berpengalaman lebih 14 tahun dalam dunia lakonan, Julia menegaskan dia tidak pernah menerima sebarang komen negatif atau aduan berhubung sikapnya daripada pelakon senior mahupun kru produksi.

“Saya sentiasa terbuka untuk terima teguran. Di set penggambaran, macam-macam boleh berlaku. Tapi kalau itu adalah persepsi atau pengalaman peribadi dia, saya tak boleh nak halang,” jelasnya.

Tambah Julia, realiti kerja sebagai pelakon tidak semudah yang disangka, bukan sahaja perlu berlakon, malah terikat dengan pelbagai komitmen lain termasuk menghadiri acara dan bertemu klien.

“Kadang-kadang kita shooting sampai dua, tiga pagi. Bila dah terlalu penat, memang tak larat nak berbual atau layan orang sekeliling. Bukan sebab sombong, tapi sebab tenaga dah habis,” luahnya lagi.

Terdahulu, pelakon Jeremy Bong mendedahkan dalam sebuah podcast mengatakan dia pernah terasa hati dengan sikap seorang aktres senior semasa baru mula berjinak-jinak dalam industri hiburan.

Perkara itu dikongsikan menerusi episod Sembang Seram yang disiarkan awal April lalu.

Walaupun Jeremy tidak menyebut sebarang nama, ramai dalam kalangan netizen membuat andaian sendiri dan nama Julia antara yang paling banyak disebut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 5 Feb 2026

Inteam Rai 25 Tahun di Axiata Arena, Bukti Nasyid Terus Mekar & Relevan Merentas Zaman

Malam Ahad lalu menjadi saksi sebuah perjalanan seni yang panjang, jujur dan penuh makna apabila kumpulan nasyid tersohor tanah air, Inteam meraikan ulang tahun ke-25 penubuhan mereka menerusi penganjuran Konsert Nur Kasih 25 Tahun di […]

Featured Sun, 15 Jun 2025
Hiburan Tue, 10 Dec 2024
Featured Tue, 17 Jan 2023
Hiburan Wed, 18 Jul 2018

Mengaku Penakut Tapi Demi Watak, Aprena Sanggup!

Pelakon berusia 25 tahun ini sedang menjalani penggambaran filem komedi seram, Jodoh Syaitan terbitan sulung DA Motion Media.

Hiburan Fri, 18 Jan 2019

Khai Bahar Ingat Kan Diri Sendiri?

Semoga rezeki Khai Bahar semakin murah hendaknya.

Hiburan Thu, 19 Mar 2026

Terbitan Bersama Malaysia, Thailand… Philip Keung & Eric Lay Kongsi Cabaran Dalam Filem Seram ‘Kong Tao’

Filem seram terbitan bersama Malaysia dan Thailand, Kong Tao bakal ditayangkan di pawagam bermula hari ini.

Featured Wed, 15 Sep 2021

“Halus Buatan, Boleh Cecah Ribuan Ringgit Semeter”- Cantiknya! Penampilan Dr Wan Azizah Di Istiadat Parlimen Raih Perhatian!

Istiadat Pembukaan Penggal Ke-4 Majlis Parlimen Ke-14 telah berlangsung pada kelmarin. Kebiasaannya, ahli parlimen akan menggayakan uniform rasmi berwarna putih namun kemunculan Ahli Parlimen Pandan dan Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan […]

error: Content is protected !!