Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 3, 2025 @ 4:24pm

Satria Kembali Menggemparkan! Treler Ejen Ali The Movie 2 Raih 1.5 Juta Tontonan Dalam Masa 12 Jam, Tarikh Tayang 22 Mei Ini!

Satria Bangkit! Sejak tayangan pertama Ejen Ali The Movie, penantian para peminat setianya untuk lanjutan misi Ejen Ali semakin memuncak dan kini berakhir dengan kepuasan!

Pelancaran treler sekuelnya semalam mendapat sambutan memberangsangkan apabila berjaya meraih 1.5 juta tontonan dalam tempoh hanya 12 jam di pelbagai platform digital.

Pengaruh Ejen Ali ternyata masih mengagumkan dengan semangat peminat semakin membara untuk menyaksikan misi terbaharu yang lebih mendebarkan!

Peminat setia Ejen Ali membanjiri media sosial dengan pujian terhadap visual animasi yang semakin memukau serta jalan cerita yang semakin matang dan menyentuh emosi.

Antara reaksi yang dijumpai, ‘Tak sabar weh, serius! Aku umur 24 pun masih minat,’ ‘Meremang bulu roma tengok trailer ni!’ dan ‘Bangganya as Malaysian jadi saksi kemajuan AniMY ni, boleh hasilkan animation yang hampir sama dengan kualiti antarabangsa…’.

Rata-rata peminat jelas tidak sabar menyaksikan perjalanan baharu Ali dengan sut Satria, sambil berteka-teki tentang kejutan yang akan menanti mereka di layar besar nanti.

Kembalinya Ali ke arena perisikan MATA kali ini bakal menyaksikan konflik yang lebih kompleks dengan kuasa teknologi baharu dan musuh yang lebih mengancam.

Treler berdurasi 2 minit 45 saat itu bukan sahaja memperlihat peningkatan grafik yang mengagumkan, tetapi turut memberi petunjuk kepada misteri dan cabaran baharu yang menanti Ali.

Animasi Mempesona, Meledakkan Emosi! Itulah yang menanti peminat menerusi Ejen Ali The Movie 2, sekuel yang dinanti-nantikan hasil kerjasama Primeworks Studios, WAU Animation dan Komet Productions.

Sebagai kesinambungan daripada kejayaan terdahulu, filem ini bukan sekadar sebuah sekuel, tetapi sebagai simbol janji untuk mempersembahkan karya animasi bertaraf dunia.

Dengan kualiti produksi yang dipertingkat dan olahan jalan cerita yang menyentuh jiwa, filem ini bukan sahaja dijangka memecahkan panggung, malah menjadi karya animasi tempatan yang wajib disaksikan oleh semua lapisan penonton!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 29 Sep 2018

Dayangku Intan Selamat Jalani Pembedahan Derma Buah Pinggang

Alhamdulillah…Penyanyi malar segar, Dayangku Intan selamat menjalani pembedahan mendermakan buah pinggang kepada suaminya, Rosman Yahil di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur. Pengurusnya, Rushuhaimin Ab Rahman, berkata pasangan berkenaan sudah keluar daripada bilik pembedahan dan […]

Trending Fri, 29 Jun 2018

Anda Penggemar Sardin? Baca Ini!

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menarik balik enam lagi jenama produk ikan sardin dalam tin dari pasaran iaitu Cinta, Sea Fresh, HS Brand, King Cup, Bintang dan TC Boy.

Featured Thu, 14 Apr 2022

Lebih 11 Tahun Syauqi Danial Simpan Hasrat Nak Jadi Penyanyi

Bermulalah perjalanan penyanyi baru, Syauqi Danial yang sudah lama menyimpan hasrat menjadi penyanyi.

Selebriti Sat, 13 Jan 2024

“Tyzo Berbakat & Berpengalaman, Jalan Terus Tanpa Peduli Orang ‘Toksik’ Itu!” – Azrul Zaidi Sifatkan ‘Politik’ Stesen Radio Kejam

Dalam dunia radio kalau mereka dah tak nak, bila-bila saja mereka akan ‘tendang’ (buang) – Azrul Zaidi

Hiburan Sat, 14 Feb 2026

TV3 Lancar RR2026: “Jwanjih Kenyang!” Meriahkan Ramadan & Raya 2026

Menariknya program Ramadan & Raya 2026 di TV3!

error: Content is protected !!