Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 9, 2025 @ 6:52pm

[VIDEO] “Jangan Kau Mimpi Aku Akan Jatuh!” – Nilam Ortiz Dah Pasang ‘Bodyguard’, Tak Hirau Kecaman Netizen

Pempengaruh, Nur Nilam Ortiz dipercayai telah mempunyai pengawal peribadi sebagai langkah keselamatan untuk melindungi dirinya.

Sebuah video di platform TikTok memaparkan isteri kepada aktor, Azlan Komeng itu bersiar-siar di pusat membeli-belah terletak di ibu kota.

Namun begitu, apa yang mencuri tumpuan adalah kelibat seorang lelaki memakai baju serba hitam mengikuti Nilam sambil memegang beg tangan milik wanita berusia 45 tahun itu.

Menerusi ruangan kapsyen, Nilam menegaskan dia tidak peduli atau terkesan sama sekali dengan kritikan atau tohmahan netizen terhadapnya kerana mempercayai Allah SWT itu maha adil.

Sebaliknya, setiap kecaman yang diterimanya itu menyuntik kekuatan kepada dirinya untuk terus cekal menghadapi ujian yang berat itu.

“Jangan kau mimpi aku akan jatuh sebab ramai yang tengah kecam aku. Aku tak perlu pun sebab aku tahu siapa aku, kat mana au berdiri sampai sekarang. Aku tetap tegas, tahu nilai diri sendiri.

“Nak tuduh? Fitnah? Silakan. Allah uji sebab Allah sayang. Teruskan fitnah sebab aku tidak dihisab atas perbuatan orang,” tulisnya.

Terdahulu, Nilam tampil menafikan wanita berniqab yang tular bersama Azlan di dalam sebuah kereta itu adalah dirinya.

Sebelum ini, Nilam mendedahkan Azlan bakal berkahwin untuk kali kedua.

Susulan perkembangan itu, Nilam hadir ke Mahkamah Syariah pada 9 April lalu bagi memfailkan permohonan fasakh.

Sekadar info, Azlan dan Nilam mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022 dan masih belum dikurniakan cahaya mata.

@puan_nilamortiz

jangan kau mimpi bahawa aku akan jatuh because ramai yang tengah kecam aku, aku tak perlu pun because i know who im, kat mana aku stand until now pun,aku tetap tegas tahu,aku tahu value aku,orang nak tuduh?sila, orang nak fitnah?sila,dan like always ALLAH TEST ME SEBAB ALLAH SAYANG,untuk orang yang rancak bercerita,untuk yang rancak menfitnah?teruskan,sebab aku tidak di DIHISAB ATAS PERBUATAN ORANG, DAN bila korang dah berani menulis,menfitnah,menambah ASAM GARAM GULA KUNYIT DALAM DERITA ORANG LAIN, aku cukup YAKIN korang pun mesti dah KEBAL untuk layan BALASAN TUHAN, enjoy ur KIFARAH GUYS, SEBAB ADA DOA AKU HANCURKAN MEREKA YANG MENFITNAH AKU, DAN UNTUK KAU DAN KAU,BUAT LAH APA PUN, I ALWAYS KNOW MY VALUE, KORANG TAK BOLEH JATUHKAN BUDAK SEKETUL NILAM NI SEBAB I KNOW WELL ALLAH WILL AND ALWAYS BESIDE ME,TERUSKAN DENGAN SIKAP DRAMA KORANG @FOUNDER NILAM EMPIRE

♬ Cinta Dengan Hati – Ayhie

Artikel Berkaitan: “Kalau Dah Benak Ubi Tu Memang Benak Juga”- Azlan Komeng Buka Mulut, Dedah Bakal Isteri Kedua Berniat Jatuhkan Nilam

Artikel Berkaitan: “Saya Lagi Cantik Daripada Nilam Tau, Sebab Mata Ni Lah Azlan Komeng Jatuh Cinta” – Bakal Isteri Kedua Azlan Komeng Tampil Bersuara!

Artikel Berkaitan: “Demi Tuhan Aku Takkan Maafkan!” – Terima Banyak Fitnah, Nur Nilam Ortiz Nafi Wanita Berniqab Bukan Dirinya

Artikel Berkaitan: Akui Dah Tuntut Fasakh, Nur Nilam Dakwa Azlan Komeng Sulitkan Proses Cerai

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 16 Apr 2026

Rita Rudaini Titip Pesan Selebriti Terpalit Isu Hubungan Toksik – “Cepat-Cepat Keluar! Kalau Duduk 10 Tahun Atau 15 Tahun Kau Akan Mereput”

Pelakon Versatile, Rita Rudaini tampil memberikan respons susulan beberapa isu tular melibatkan rakan artis yang terpalit dalam hubungan toksik.

Trending Tue, 27 Oct 2020
Events Thu, 16 Jun 2022

[VIDEO] Kini Lebih Selektif, Fattah Amin Tolak Banyak Tawaran Berlakon Kerana…

Saya mementingkan kualiti berbanding kuantiti lakonan – Fattah Amin

Selebriti Sat, 24 Feb 2024
Trending Wed, 8 Aug 2018

Foto-Foto Anak Kim Kardashian Ini Akan Buat Anda Kata ‘Awww!’

Comel betul anak-anak wanita yang penuh glamour ini!

Trending Fri, 13 Mar 2020
Featured Sun, 30 Apr 2023
Hiburan Fri, 10 Apr 2026

“Tak Boleh Tidur Fikir Pelanggan Complain” – Intan Najuwa

Intan mendedahkan suaminya turut menyuarakan kebimbangan terhadap keadaan dirinya yang semakin tertekan.

error: Content is protected !!