Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 26, 2025 @ 5:37pm

“Teratak Kecil, Gelak Ketawa Itu Bahagia Saya” – Elizad Sharifuddin Selar Individu Persoal Suami Tak Beri Kemewahan

Pelakon terkenal, Siti Elizad tampil mempertahankan suaminya, Shamsul Baharin Abdul Rahman yang menjadi sasaran kutukan segelintir netizen kononnya tidak mampu menyediakan kemewahan buat dirinya.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Elizad, 41, menegaskan kebahagiaan rumah tangganya bukan terletak pada wang ringgit atau kemewahan semata-mata, sebaliknya rasa syukur dan kasih sayang antara mereka.

“Cukup-cukuplah bercakap benda bukan-bukan tentang suami saya. Di mata awak dia mungkin nampak biasa, tapi di mata saya dia sangat luar biasa.

“Hidup saya memang tak mewah macam awak, tapi Alhamdulillah, lebih dari cukup. Allah dah tetapkan rezeki kami begini, jadi saya terima dan jalani hidup ini dengan tenang. Tak kacau hidup orang pun,” tulisnya.

Luahan itu dibuat selepas Elizad berkongsi momen istimewa menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-41 dengan menyertai konvoi motosikal bersama suami tercinta, semalam.

Bintang drama Mentua itu turut menyatakan nilai kebahagiaan sebenar datang daripada momen-momen sederhana yang dilalui bersama pasangan.

“Apa yang dia sediakan pun dah cukup buat saya bahagia. Teratak kecil kami, makan di R&R, hotel RM80 semalam, gelak ketawa atas motor, naik tongkang semua itu dah cukup membahagiakan saya.

“Kami tak berlumba dengan sesiapa. Hidup ni bukan satu pertandingan,” katanya.

Untuk rekod, Elizad dan Shamsul mendirikan rumah tangga pada 11 Januari 2015 dalam majlis tertutup yang dihadiri ahli keluarga terdekat sahaja.

Artikel Berkaitan: “Aku Hilang Segalanya” — Elizad Sharifuddin Luah Hati Rasa Tersisih… Ujian Belum Ada Zuriat

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 15 Nov 2018
Featured Fri, 19 Aug 2022
Featured Mon, 21 Aug 2023
Hiburan Wed, 26 Jul 2023
Trending Thu, 18 Jul 2019

[BREAKING] Samuel’s Father Found Killed with “Signs of Blunt Force Trauma”

We send our sincere condolences to Samuel and his family. May his father rest in peace.

Hiburan Fri, 22 Nov 2019

Eina Azman Bawa Pembantu Menunaikan Umrah

Semoga peroleh umrah yang mabrur!

Filem Thu, 28 May 2026

Kata Hati Bakal Ubati Kerinduan Peminat Filem Romantik Komedi Tempatan

Kemunculan filem romantik komedi Kata Hati mebgubati kerinduan penonton terhadap naskhah ringan dan menghiburkan.

Hiburan Wed, 17 Oct 2018
Hiburan Wed, 9 Jan 2019

Bapa Aizat Amdan Meninggal Dunia

Al- Fatihah buat Datuk Amdan Bin Hj Mat Din…

error: Content is protected !!