Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 29, 2025 @ 4:42pm

Konsert JessC Pukau 5,000 Penonton, Penampilan Fauziah Latiff Ubati Rindu Peminat

Penampilan penyanyi Fauziah Latiff di Konsert JessC My Style World Tour 2025 di Arena of Stars, Genting Highland, pada Selasa mengubati kerinduan peminat.

Menyampaikan tiga buah lagu, rata-rata peminat gembira menonton persembahan Fauziah di pentas besar.

Fauziah menyampaikan dua lagu solo iaitu Dia dan Sekilas Senyumanmu serta lagu duet bersama JessC, Tak Terpisah yang baru sahaja dilancarkan pada 2 Mei lalu.

Lagu ciptaan John Zoe dan Paul Vision itu kini berjaya meraih lebih 1.7 juta tontonan di laman YouTube.

“Sudah lama saya tak muncul di pentas konsert. Undangan JessC yang menjemput saya sebagai penyanyi undangan saya sambut dengan hati yang terbuka dan saya juga mahu menghiburkan peminat yang hadir.

“Saya juga tak sangka lagu Tak Terpisah mendapat respons yang sangat baik. Melihatkan maklum balas positif yang diterima, mungkin akan ada kolaborasi lain antara kami berdua selepas ini,” katanya lagi.

Sementara itu, JessC berjaya memikat kira-kira 5,000 penonton yang hadir menyaksikan konsert jelajah dunianya baru-baru ini.

Konsert berdurasi tiga jam itu menampilkan sebanyak 33 persembahan, menawarkan kepelbagaian muzik kepada peminat yang hadir.

Menariknya, JessC bukan sahaja menyanyikan lagu dalam bahasa Melayu, malah turut mempersembahkan lagu dalam bahasa Inggeris dan Mandarin, memperlihatkan versatilitinya sebagai artis pelbagai bahasa.

Lebih mengagumkan, JessC turut mempamerkan bakat luar biasanya dengan bermain pelbagai alat muzik termasuk piano, keyboard dan gitar secara langsung di atas pentas, sekali gus mencuri perhatian penonton.

Antara lagu yang dibawakan pada malam tersebut termasuk My Style, One Chance, Satu Suara Raya, Dekati, Sinaran, Forever Young, dan Expose.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 30 Aug 2019

Arca Putrajaya, hasil kerja tangan gadis autistik ini luar biasa cantik!

Wan Jamila hasil lukisan bertemakan Hari kebangsaan

Hiburan Mon, 11 Sep 2023

Sambut Hari Jadi Dengan Anak-Anak, Zarina Anjoulie Sudah Bertunang Kali Kedua Dengan Elzey?

Kalau dah jodoh memang tak kemana kan.. Happy birthday Anju!

Hiburan Mon, 21 Oct 2019

‘Saya Bukan Orang Kaya’ -Sham Visa

Lama menghilang, rupanya…

Hiburan Fri, 5 Jun 2026

“Jangan Gebang Acah Sangat, Nanti Kena Juga” – Ammar Alfian Titip Pesanan, Akui Kifarah Itu Benar

Ammar mengakui dia juga tidak terlepas daripada melalui pengalaman yang mengajarnya tentang hakikat kehidupan.

Featured Tue, 20 Jun 2023
Featured Mon, 15 Jul 2024
error: Content is protected !!