Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 31, 2025 @ 2:21am

“Tiada Rahsia Antara Kami” – Ikmal Amry Tak Halang Isteri Periksa Telefon 

Pelakon popular, Ikmal Amry mengakui tidak pernah menghalang isterinya, Najla Samshul untuk memeriksa telefon pintar atau akaun media sosialnya pada bila-bila masa, demi memastikan keharmonian rumah tangga terus terpelihara.

Mengamalkan prinsip keterbukaan sejak dari awal perkenalan, Ikmal, 31, atau nama sebenarnya Mohd Zulikmal Amry Ghazali berkata, sikap saling mempercayai menjadi tunjang utama dalam perkahwinan mereka.

“Secara jujur, saya berpegang pada satu perkara, beri sahaja apa yang isteri mahu. Kalau dia nak tengok telefon, WhatsApp, e-mel, saya beri saja. Tiada apa perlu disorokkan.

“Bila kita jujur dan tak beri ruang untuk dia fikir bukan-bukan, automatik kepercayaan itu wujud dan rumah tangga pun jadi lebih harmoni,” katanya.

Ikmal berkata demikian ketika ditemui pada malam gala dan tayangan perdana filem Gantung: Musketeer Code pada Rabu.

Mengulas lebih lanjut, Ikmal menegaskan dia sudah mengamalkan prinsip terbuka itu sejak zaman bercinta lagi.

“Dari awal bercinta pun, saya benarkan dia tengok telefon saya. Kalau kita takut orang periksa telefon, maksudnya mungkin ada yang cuba disembunyikan,” ujarnya.

Dalam pada itu, bintang filem Gantung: Musketeer Code itu turut meluahkan rasa syukur apabila isterinya memahami dan mempercayai dirinya walaupun kerjayanya menuntut banyak interaksi bersama pelbagai pihak.

“Kita sebagai pelakon memang berurusan dengan ramai orang, termasuk menerusi mesej peribadi (DM). Ada juga yang cuba mengacau, tapi saya biar isteri tahu semuanya. Yang penting, dia tahu saya tak layan,” katanya lagi.

Bagaimanapun, Ikmal tidak menafikan rasa cemburu dan curiga pernah wujud dalam perkahwinan mereka, terutama pada awal perkahwinan.

“Biasalah… Dia kahwin dengan pelakon. Perasaan was-was dan cemburu itu pasti ada. Tapi lama-kelamaan, bila dah kenal saya, semua itu hilang,” katanya.

Sekadar info, Ikmal dan Najla mendirikan rumah tangga pada 19 Disember 2020 dan dikurniakan dua cahaya mata Cailie, 4, dan Gibran, 2 tahun.

Sementara itu, filem Gantung: Musketeer Code yang turut dibintangi Ben Amir, Hafreez Adam, Shazia Rozaini, Taufiq Hanafi, Nelissa Nizam dan Bront Palarae bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 5 Jun ini.

Filem itu mengisahkan empat sahabat baik yang dituduh menjadi punca kematian seorang pelajar perempuan yang menggantung diri di auditorium sekolah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 17 Jul 2025
Hiburan Wed, 21 Aug 2019
Featured Thu, 7 Oct 2021

Rentas Negeri Dibenarkan Dalam Beberapa Hari Lagi

Pergerakan rentas negeri akan bermula dalam beberapa hari lagi, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Tan Sri Dr Noor Hisham mengumumkan perkara itu menerusi laman Twitter beliau. “Dalam tempoh beberapa hari […]

Hiburan Mon, 27 May 2019

‘Bila Nak Kahwin?’, Zizan Jawab Jawab Guna Gambar!

Mungkin soalan ‘Bila nak kahwin?’ terjawab buat mereka yang sentiasa bertanya…

Hiburan Tue, 27 Aug 2019

Terima Panggilan ‘Ibu’, Betul Ke Syahrini Kini Hamil?

Media tempatan Indonesia cuba mendapatkan pengesahan mengenai khabar angin tersebut.

Hiburan Tue, 13 May 2025

[VIDEO] Individu Dakwa Nilam Ortiz Hanya Orang Tengah, Bukan Pengasas Sebenar Produk Minyak Urut?

Isteri Azlan Komeng didakwa menipu resepi jual minyak urut saraf

Featured Mon, 12 Sep 2022

“Hari-Hari Saya Rasa Bersalah” – Anak, Isteri Ikmal Amry Trauma Selepas Kemalangan

Alhamdulillah semua selamat.. Semoga dipermudahkan segala urusan sekeluarga 🤲🏼

Hiburan Sat, 28 Oct 2023

[VIDEO] Air Mata Siti Nurhaliza Tumpah Kenang Nasib Di Palestin, Harap Sekolah Afwa Al Aafiyah Tak Dibom

Sedih lihat situasi di Gaza sekarang ni! Semoga Allah lindungi semua umat Islam di Palestin!

error: Content is protected !!