Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 2, 2025 @ 7:31pm

Atasi Rekod Filem Pertama, Ejen Ali The Movie 2 Kini Sudah Meraih Kutipan RM34.2 Juta!

Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) kini secara rasmi mencipta sejarah apabila berjaya mencatat kutipan melebihi RM34.2 juta dalam tempoh 11 hari, sekali gus memecahkan rekod kutipan filem pertamanya. Pencapaian ini turut menjadikan EATM2 filem animasi tempatan dengan kutipan tertinggi dalam masa yang paling singkat!

Lebih membanggakan, EATM2 juga berjaya mengatasi kutipan beberapa filem antarabangsa yang ditayangkan pada bulan Mei 2025 seperti Thunderbolts, Mission: Impossible, dan Lilo & Stitch, sekaligus membuktikan kehebatan karya tempatan yang menerima saingan sengit di layar perak.

Setakat ini, lebih 2 juta penonton telah melaporkan diri untuk menyaksikan EATM2. Pencapaian memberangsangkan ini dipacu oleh kehadiran luar biasa penonton di pawagam, menjadikan EATM2 sebagai filem pilihan utama seisi keluarga sepanjang musim cuti sekolah yang bermula 29 Mei lalu.

Ramai penonton berkongsi bahawa mereka telah menonton filem ini lebih daripada sekali, dan teruja mengajak ahli keluarga lain untuk turut serta menjadikannya aktiviti beriadah bersama di musim cuti!

Kejayaan ini turut mencerminkan perkembangan positif dalam penerimaan filem animasi tempatan yang dilihat semakin mendapat tempat di hati khalayak umum.

Pengarah filem, Usamah Zaid Yasin berkata, dia dan tenaga produksi menghasilkan sekuel ini dengan sepenuh hati.

“Semuanya demi memenuhi jangkaan peminat setia yang lama menanti misi Ejen Ali, bukan sahaja untuk membawa animasi Malaysia bersaing setaraf dengan naskhah antarabangsa.

“Reaksi penonton, air mata, tawa dan tepukan di pawagam, itu semua hadiah paling berharga buat kami dan amat menggalakkan kami untuk terus mengembangkan dunia penceritaan Ejen Ali.

“Buat para ejen yang sudah berulang kali menonton, terima kasih kerana terus menyokong EATM2 di pawagam,” katanya.

Sementara itu, Nini Yusof, Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios turut berkongsi rasa syukur terhadap rekod baharu yang dicapai.

“Kami sangat bersyukur dan terharu dengan sambutan luar biasa yang diberikan kepada Ejen Ali The Movie 2.

“Kutipan RM34.2 juta ini bukan sekadar satu angka, ia adalah simbol keyakinan rakyat Malaysia terhadap kualiti produksi animasi dan usaha tenaga kerja tempatan. Terima kasih kerana terus mempercayai misi Ejen Ali,” katanya.
Diharapkan sambutan hangat daripada peminat filem tempatan akan berterusan, agar EATM2 terus melakar sejarah di layar perak.

EATM2 kini masih ditayangkan di pawagam seluruh negara. Bagi yang belum menyaksikannya, inilah masanya untuk menjadi sebahagian daripada fenomena animasi terbesar Malaysia!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 20 Feb 2019

李心洁再任《金环奖》宣传大使!携手布朗特帕拉瑞

第三届马来西亚国际电影节暨金環奖正式掀起大幕!李心洁携布朗特帕拉瑞担任本届影展宣传大使。

Featured Wed, 10 Sep 2025

Tumpang Bahagia Di Hari Pernikahan Amira Othman & Fattah Amin, Uyaina Arshad Pesan Netizen Jaga Lisan

Uyaina mohon netizen jaga lisan dan doakan yang terbaik buat Amira, Fattah.

Hiburan Sat, 5 Jan 2019

Ini Respon Win Intan Liana Bila Tahu Izreen Azminda Mengandung

Bukan main lagi Intan eh, dah ada pengganti ke tu?

Trending Thu, 5 Jul 2018

Intai Isteri Orang Sedang Mandi, Lelaki ‘Misteri’ Ditangkap

Terkejut dengan keadaan itu, wanita berkenaan terus menjerit dan suaminya yang kebetulan berada di dapur nampak suspek tergesa-gesa membuka pintu belakang rumahnya.

Trending Fri, 17 Dec 2021

Rugi Ratusan Ribu, Fizie Tak Menyerah Kalah

Pengacara Didik TV, Fizie, 33, mendedahkan dirinya mengalami kerugian ratusan ribu ringgit apabila dua perniagaan yang dijalankan terpaksa dihentikan akibat pandemik. Biarpun pahit untuk menerima kenyataan, bekas penyampai radio Hot FM ini terpaksa membuat keputusan […]

error: Content is protected !!