Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 5, 2025 @ 3:12pm

[VIDEO] Tya Arifin Kecewa Beg Berisi Susu Badan Tertinggal Di London, Syarikat Penerbangan Dikritik

Usahawan dan pelakon kelahiran Indonesia, Tya Arifin meluahkan rasa kecewa apabila sebuah syarikat penerbangan tertinggal bagasi mengandungi susu badan yang diperah sepanjang lawatannya ke London, baru-baru ini.

Tya, 30, menerusi satu hantaran di Instagram (IG) memaklumkan dia sudah membuat persiapan rapi dengan menyediakan kotak penyejuk (ice box) bagi memastikan kesemua stok susu badan kekal beku sepanjang penerbangan pulang ke Kuala Lumpur yang mengambil masa kira-kira 15 jam.

“Saya hanya ingin meluahkan rasa kecewa sebagai seorang ibu. Selama dua minggu di London, saya menemani suami (Asyraf Khalid) atas urusan kerja dan dalam masa sama tetap komited mengepam susu badan untuk anak kami yang berusia lima bulan.

“Saya berkorban membeli ice box dan pek ais bagi memastikan susu kekal beku dan tidak rosak sepanjang penerbangan pulang. Malangnya, sebaik tiba di Kuala Lumpur, saya dimaklumkan beg berisi susu itu tertinggal di London dan hanya akan dihantar menerusi penerbangan seterusnya,” katanya.

Tambahnya, layanan dan bentuk pampasan yang ditawarkan pihak syarikat penerbangan tidak setimpal dengan usaha dan pengorbanan yang dilakukan demi memastikan anaknya mendapat susu badan sepenuhnya.

“Apa yang ditawarkan kepada saya hanyalah akses ke ruang istirahat (lounge). Ia langsung tidak berbaloi jika dibandingkan dengan usaha saya sebagai seorang ibu yang ingin memberikan yang terbaik buat anak,” luahnya.

Perkongsian Tya itu turut mendapat perhatian rakan artis dan warganet yang rata-rata meluahkan rasa simpati terhadap insiden berkenaan serta memuji ketabahannya sebagai seorang ibu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tya Arifin (@tyaarifinnw)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 16 Jun 2026

“Tak Anti Lelaki, Cuma Banyak Yang…” – Serah Soal Jodoh Kepada Allah, Madam Mariyah Mahu Fokus Bina Empayar

Tidak pernah menutup pintu hati terhadap jodoh, Madam Mariyah fokus bina empayar.

Featured Sun, 28 Apr 2024

“Biawak Hidup! Daripada Kahwin Sampai Cerai, Satu Haram Pun Tak Bagi” – Luah Rasa Berang, Ubai MZ Tujukan Kepada Siapa Tu?

Ubai MZ kurang senang dengan tindakan bekas suami kepada Shila Amzah iaitu, Haris Edraki Elias.

Hiburan Fri, 27 Dec 2019
Featured Sat, 6 Jun 2020

Rebut Peluang Menangi Wang Tunai Sebanyak RM150K Dengan E-Sukan Kampus!

Jangan ketinggalan rebut hadiah wang tunai rm150k!

Hiburan Tue, 25 Feb 2025

Hadir Majlis Doa Selamat Fattah Amin, Netizen Teruja Ustaz Dr Zulkifli Selit Foto Bersama Amira Othman

Dr Zulkifli hadir majlis doa selamat Fattah Amin, serba putih kongsi foto dengan Amira Othman

Hiburan Sun, 1 Feb 2026

Gara-Gara Kos Tinggi, Aliff Syukri & Nur Shahida Hampir Jual Bangunan Sendiri… Kini Jadi Tarikan Walk-In, Raih RM8 Juta Dalam 6 Bulan

Keputusan Aliff Syukri & Nur Shahida untuk melancarkan bangunan perniagaan sendiri bukan dibuat secara tergesa-gesa, sebaliknya melalui proses panjang penuh cabaran.

Featured Sat, 11 Dec 2021
error: Content is protected !!