Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 5, 2025 @ 6:38pm

“Bila Allah Hantar Ujian, Allah Hadirkan Sekali Kekuatan” – Abby Abadi

Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi meluahkan rasa syukur apabila ketiga-tiga anaknya semakin menginjak dewasa.

Menerusi perkongsian sepotong video pendek di TikTok, Abby atau nama lengkapnya, Arbaiyah Abdul Manan, 47, berkata, meskipun pelbagai ujian telah dilaluinya namun Allah menghantarkan kekuatan pada setiap dugaan yang menimpanya.

“Tak mudah tapi syukur. Alhamdulillah. Saya ada Allah.

“17 tahun berlalu, sekarang Danish dah berumur 22 taun. Dania nak masuk 20 tahun Julai nanti. Dan baby Danisha nak masuk 17 tahun, September nanti.

“Bila diimbas kembali, banyak hal-hal hebat yang saya lalui dan paling hebat bila Allah hantar ujian, Allah hadirkan sekali kekuatan pada saya. Terima kasih Allah,” katanya.

Dalam pada itu, Abby juga sempat menzahirkan rasa rindunya pada arwah kedua ibu bapanya.

“Rindu sebenarnya pada arwah mak dan ayah yang sama-sama menjaga anak-anak ini masa mereka kecil dulu. Al-fatihah buat mak ayah,” kongsinya.

 

@abbyabadi.exclusive Tak mudah… tapi syukur Alhamdullillah.. Sy ada ALLAH 😘 17tahun berlalu.. Skrg Danish dah 22 tahun. Dania nak masuk 20 July ini. Baby Danisha nak masuk 17 September nanti.. Mmmmm… bila dimbas kembali.. Banyak ye yg hal2 hebat yg Sy lalui.. & yg paling hebat, bila ALLAH hantar ujian, ALLAH hadirkan sekali kekuatan pada Sy…. 🙏🏻😘 Terima Kasih ALLAH ❤️ Rindu sebenarnya pada Arwah Mak, Ayah.. yg sama2 menjaga anak3 ini masa dorg kecik2 dulu.. AlFatihah buat Mak Ayah 😭😭😭 #AlFatihah ♬ Arah Sejati (“Keajaiban Air Mata Wanita” Original Motion Pictures Soundtrack) – Fadhilah Intan

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 4 Jan 2025

“Kalau Saya Tegur Pun, Saya Takkan Beritahu Semua Orang” – PU Riz

Beradab ketika beri teguran, PU Riz bimbang sekiranya keterlaluan

Hiburan Wed, 19 Jun 2019

‘’Boleh Guna Gajet Tapi Bukan Setiap Masa’- Amyra Rosli Tak Galak Anak Pegang Tablet 24 Jam

‘Saya faham gajet juga diperlukan untuk tujuan pendidikan. Tetapi perlu ada batasan terutama untuk kanak-kanak’

Events Wed, 17 Jul 2019

Tahniah! Isteri TMJ Selamat Lahirkan Putera Raja

Tahniah TMJ dan Che Puan Khaleeda!

Trending Sat, 5 Feb 2022

Naim Daniel Teruja Jalin Kerjasama Dengan Joe Flizzow

Pelakon, penyanyi dan komposer, Naim Daniel kini tampil dengan karya terbaru kolaborasi bersama rapper terkemuka, Joe Flizzow berjudul Habis Sini. Hasil kerjasama World Peace Entertainment Sdn. Bhd. dengan Def Jam Recordings Malaysia itu menandakan kerjasama […]

Trending Tue, 5 May 2020
Featured Sat, 18 Apr 2020
#tilljannah Sat, 6 May 2023

Shuib, Watie Sah Bertunang… Majlis Nikah Berlangsung Pada 23 Jun 2023

Wah Alhamdulillah! Selamat bertunang Shuib & Watie! Semoga segala urusan untuk majlis pernikahan akan dipermudahkan ❤️❤️

error: Content is protected !!