Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 5, 2025 @ 7:18pm

PTTI Salur RM100,000 Bantu Anak Muar Hadapi SPM, Syed Saddiq Mahu Semua Pelajar Dapat Peluang Sama Rata

Pusat Tuisyen PTTI menyerahkan tajaan pendidikan bernilai RM100,000 kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bagi membantu pelajar kurang berkemampuan di kawasan parlimen itu, khususnya dalam menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sumbangan tersebut diserahkan dalam majlis Roadtour Skor A+ SPM PTTI yang berlangsung di IDCC Shah Alam pada Rabu, dan bakal memberi manfaat kepada pelajar menerusi akses kepada kelas tuisyen secara dalam talian serta pelbagai kemudahan pembelajaran lain.

Menurut Saddiq, tajaan itu adalah satu bentuk pelaburan masa depan yang sangat bermakna buat pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.

“Saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Cikgu Farhana dan pasukan PTTI atas sumbangan besar ini. Pendidikan adalah kunci masa depan anak-anak kita. Namun, tidak semua mampu mengikuti kelas tuisyen berkualiti.

“PTTI sendiri mempunyai rekod cemerlang dalam membantu pelajar mencapai keputusan terbaik,” katanya.

Saddiq turut memaklumkan, sebanyak RM20,000 daripada jumlah tajaan itu yang disalurkan terus kepada beliau akan digunakan untuk membeli komputer riba dan tablet sebagai persiapan Aidiladha, menjadikan jumlah keseluruhan bantuan mencecah RM120,000.

“Saya berdoa agar usaha murni PTTI ini terus menjadi penyumbang utama dalam meningkatkan martabat pendidikan negara,” katanya lagi.

Tambah beliau, usaha sebegini penting dalam memecahkan kitaran kemiskinan serta mengurangkan jurang pencapaian akademik antara pelajar bandar dan luar bandar.

“Ramai pelajar di kawasan pedalaman seperti Sungai Balang tidak berpeluang mengikuti kelas tuisyen fizikal disebabkan kekangan lokasi dan kewangan. Inisiatif sebegini membolehkan mereka mengejar semula pelajaran yang tertinggal,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih dikenali sebagai Cikgu Farhana berkata, pihaknya komited untuk terus membantu pelajar dalam subjek kritikal seperti Matematik, Fizik dan Kimia.

“Dengan pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang pendidikan, kami telah membantu lebih 800,000 pelajar. Malah, pada SPM 2024 lalu, seramai 400 pelajar berjaya meraih keputusan semua A hasil bimbingan kami.

“Kami percaya, melalui teknik dan formula pembelajaran yang diguna pakai di PTTI, lebih ramai pelajar boleh dibimbing ke arah kecemerlangan,” katanya.

Majlis Roadtour Skor A+ SPM PTTI kali ini menyaksikan kehadiran hampir 4,000 calon SPM dari seluruh negara yang mendapat bimbingan secara bersemuka daripada tenaga pengajar berpengalaman PTTI.

Acara tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran beberapa figura popular termasuk Syed Saddiq dan selebriti Bella Astillah yang tampil memberikan motivasi serta berkongsi pengalaman kehidupan sebagai inspirasi buat pelajar.

Turut hadir memeriahkan program ialah artis-artis terkenal seperti MK K-Clique, Iman Troye, Zaki Yamani, Nabila Razali, Space Dollah, Asyraf Khalid dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 20 Jun 2023

“Untuk Berkawan Baik Itu Mungkin Tidak…,” – Pintu Hati Nurul Shuhada Buat Hafidz Roshdi Sudah Tertutup

Saya tak percaya seorang suami sanggup tumbuk isteri kerana perempuan lain – Nurul Shuhada

Events Wed, 10 Apr 2019

#SetulusIkhlas : Ingat! Kalau Pasangan Korang Kuat Merajuk, Korang Boleh Try Cara Ni Okay!

Semoga rumahtangga Aeril dan Wawa serta pembaca setia Xtra sentiasa manis yah!

Featured Wed, 19 Apr 2023
Hiburan Sat, 28 Dec 2019

Aina Abdul Jawab Dakwaan Besar Kepala

Saya tak boleh jelaskan lebih lanjut, tunggu saja nanti…

Featured Thu, 12 Jun 2025
Events Fri, 1 Nov 2019

Mnet MAMA 2019 Umum Barisan Artis Yang Bakal Membuat Persembahan Pada Tahun Ini!

Wow, tak sabar nak tengok siapa yang bakal menyandang kategori Artist Of The Year tahun ni!

Hiburan Thu, 4 Oct 2018

Tupac is Alive and in Malaysia???

A video footage of Tupac in Malaysia is going viral right now.

error: Content is protected !!