Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 12, 2025 @ 2:30pm

Drama Bersiri ‘Anak-Anak Mafia’ Tampil Kisah Dendam & Jenayah, Saksikan Secara Eksklusif di Tonton Bermula 12 Jun!

Sebuah lagi drama bersiri baharu berjudul Anak-Anak Mafia bakal menemui penonton secara eksklusif di platform penstriman Tonton bermula hari ini.

Drama 10 episod ini menampilkan kisah penuh aksi, dendam dan konflik yang berpaksikan dunia jenayah terancang di ibu kota.

Menerusi teraju utama Mierul Aiman sebagai Andra, Anak-Anak Mafia mengisahkan seorang pemuda dari Thailand yang menyusup masuk ke dalam kumpulan gangster Serigala Merah bagi menuntut bela atas kematian ibu bapanya yang dibunuh 24 tahun lalu.

“Mengapakah dendam dipilih sebagai jalan? Dan sejauh mana kepercayaan mampu bertahan apabila disulami rahsia dan pengkhianatan?”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tonton MY (@tontonmy)

Diarahkan oleh Shuhaimi Zulkefli, drama ini turut dibintangi Fitri Farok, Scha Elinnea, Fariz Isqandar, Zhen Ning dan beberapa pelakon lain.

Antara watak penting ialah Ice (Fitri Farok), ketua baharu Serigala Merah yang juga anak kepada Arie Wijaya, individu yang dipercayai Andra sebagai dalang tragedi silam keluarganya.

Konflik bertambah rumit apabila Andra terlibat dalam hubungan dengan Katrina (Scha Elinnea), kekasih kepada Ice yang turut menyimpan perasaan terhadapnya. Di persimpangan antara cinta, pengkhianatan dan misi peribadi, Andra berdepan dilema yang menguji prinsip dan perasaannya.

Siri ini juga memperkenalkan beberapa watak sampingan yang memainkan peranan penting dalam dunia Serigala Merah seperti Black (Fariz Isqandar), bekas pesalah juvana yang kini menjalankan sindiket haram, serta Rudy (Zhen Ning), penggodam siber yang menyimpan masa silam gelap akibat dibuli.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tonton MY (@tontonmy)

Anak-Anak Mafia turut menerima sambutan hangat semasa sesi Meet & Greet bersempena ulang tahun ke-41 TV3: Penuh Drama yang berlangsung pada 31 Mei lalu di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025.

Kehadiran para pelakon utama termasuk Mierul Aiman, Fitri Farok, Scha Elinnea, Fariz Isqandar dan Zhen Ning menarik perhatian pengunjung yang berpeluang berinteraksi bersama mereka.

Dengan elemen aksi, drama dan jenayah yang dipersembahkan secara dramatik, Anak-Anak Mafia dijangka menjadi antara tarikan utama di Tonton sepanjang musim ini.

Untuk maklumat lanjut, penonton boleh mengikuti perkembangan terkini menerusi media sosial rasmi @tontonmy di Facebook, Twitter, TikTok dan Instagram.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 9 Jul 2025

Jelajah Budaya Dunia Dari Kaca Mata Rakyat Malaysia, SAYS Lancar Siri Video ‘Nandini Mana?!’

Nandini Mana?! merupakan siri video eksplorasi unik merentas Asia hingga Eropah!

Hiburan Mon, 22 Mar 2021

“Paling Teruk, Saya Persoalkan Kenapa Takdir Saya Dilahirkan Ke Dunia Kalau…” – Abu Talib Husin

Mungkin ramai peminat seni tempatan sudah terbiasa melihat wajah kacaknya mengemudi banyak program televisyen sebagai pengacara. Sedar tak sedar, pemilik nama penuh Abu Talib Husin ini sudah 13 tahun melibatkan diri sebagai hos dalam bidang […]

Featured Mon, 8 Jun 2026

Individu Dedah Perangai ‘Miang’ Boyfriend, Hafreez Adam Respons Cara Elak Lelaki ‘Noty’ – “Minta Dia Berhenti Jadi B*doh”

Hafreez Adam tampil berkongsi pandangan peribadinya terhadap luahan seorang individu yang mendedahkan sikap kurang menyenangkan daripada teman lelakinya.

Featured Fri, 21 Jul 2023
Hiburan Fri, 21 Jun 2024
Hiburan Fri, 19 Jul 2019

Takziah! Bapa Mertua Achey Meninggal Dunia

Assalamulaikum, bapa mertua saya iaitu ayah kepada @anne_achey telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi pada jam 11.20 malam tadi

Hiburan Thu, 14 Dec 2017

「李连杰的儿子」谢苗24年后长这样?

80/90年代广为人知的武打童星,除了释小龙以外,就是「李连杰的儿子」谢苗了。经过了24年他不仅是名体育老师,偶尔也会参与戏剧演出,让粉丝也不会看不见他。

Hiburan Tue, 2 Oct 2018

Putus Asa Dalam Hidup? Lirik ‘Bangun’ Nyanyian Aman RA Mungkin Bakal Ubah Hidup Anda

BUDAK FLAT menceritakan kehidupan seorang pemuda yang cuba menjalani hidup di kotaraya pesat. Ia merupakan lagu motivasi agar terus BANGUN dan sedar bahawa tiada yang mustahil jika kita bekerja keras.

Trending Mon, 21 Dec 2020
error: Content is protected !!