Euforia Bola 2026
Trending By: Aqilah Paharuzi June 14, 2025 @ 4:28pm

REV Media Bawa Pulang 7 Trofi MDA d’Awards 2025

Penerbit digital terkemuka negara, REV Media Group (REV) sekali lagi mencipta sejarah apabila membolot tujuh anugerah berprestij di majlis MDA d’Awards 2025 anjuran Malaysian Digital Association (MDA).

Antara pencapaian paling membanggakan adalah apabila REV diumumkan sebagai Penerbit Digital Terbaik Tahun Ini, selain merangkul kategori baharu yang diperkenalkan iaitu Agensi Kandungan Terbaik Tahun Ini.

Dua pengiktirafan utama itu menjadi bukti kukuh terhadap komitmen REV dalam mengangkat standard kandungan digital, termasuk penceritaan berjenama yang lebih segar dan relevan, sejajar dengan perubahan landskap media semasa.

Lebih manis, kemenangan itu sekali gus memperkukuh kedudukan REV sebagai pemain utama dalam arena media digital tempatan.

Dalam masa sama, gelaran Agensi Kandungan Terbaik Tahun Ini turut membuktikan keupayaan REV menghasilkan kempen berimpak tinggi merentas pelbagai saluran digital termasuk media sosial, video dan strategi kandungan bersepadu.

Tidak cukup dengan itu, REV turut membawa pulang lima anugerah Gangsa dalam kategori berasaskan prestasi dan inovasi digital, iaitu:

  1. Penggunaan Terbaik AI
  2. Produk Teknologi Digital Lain
  3. Penggunaan Terbaik Kandungan/Advertorial/Pengiklanan Asli
  4. Penggunaan Terbaik Inovasi Pemasaran Digital
  5. Penggunaan Terbaik Platform Media Sosial

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif REV, Samuel Wee, kemenangan ini bukan sekadar pencapaian biasa, sebaliknya lambang kesepaduan dan semangat kerja berpasukan yang tinggi.

”Anugerah ini benar-benar bermakna buat kami. Ia bukan saja mengiktiraf peranan kami sebagai penerbit, tetapi juga transformasi kami sebagai agensi kandungan yang mampu menyampaikan kreativiti cemerlang dan memberi impak kepada pelanggan,” katanya.

Samuel turut menganggap pengiktirafan kali ini sebagai hasil ketabahan, kreativiti dan disiplin seluruh pasukan di sebalik tabir.

Untuk rekod, REV turut meraih tujuh anugerah pada edisi d’Awards tahun lalu (2024), termasuk kategori Penerbit Digital Terbaik Tahun Ini dan turut mendapat pengiktirafan pada 2023 menerusi platform pilihan raya MyUndi serta inovasi kandungan sosial.

Kejayaan konsisten ini terus mengukuhkan kedudukan REV sebagai pendahulu industri dalam dunia penerbitan digital dan kandungan berjenama di Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 29 Jan 2026

Bintang Uni-Verse Buka Laluan Pelajar Jadi Penyanyi!

Universal Music Malaysia mencari ikon muzik baharu di Kampus

Hiburan Fri, 16 Jan 2026

Ejen Ali Cipta Sejarah, Muncul Di Pentas Dunia Kejohanan MLBB M7

Kempen yang menjadi tumpuan utama di kejohanan berprestij itu, sekali gus membawa semangat Malaysia ke pentas e-sukan global.

Hiburan Tue, 19 Jul 2022

Bekas Personaliti TV3, Zalina Azman Dilaporkan Hilang Sejak November 2021

Allahu, semoga urusan pencarian dipermudahkan…

Featured Fri, 19 Aug 2022

Susulan Tuntutan Kes Saman Puteri Sarah, Ira Kaza Kini Dipanggil JAWI

Dah start kena panggil ni… mesti lepasni makin hangat story ni!

Trending Fri, 6 Dec 2019
Featured Thu, 31 Jul 2025
error: Content is protected !!