Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 18, 2025 @ 8:28pm

[VIDEO] Elfira Loy Dedah Kisah Misteri Pontianak ‘Bertenggek’ Atas Bahu 

Pelakon dan selebriti popular, Elfira Loy, mengejutkan ramai apabila mendedahkan pengalaman seram yang mendakwa ada benda halus ‘bertenggek’ di atas bahunya.

Kata Elfira, dia hanya mengetahui perkara tersebut selepas bertemu seorang profesor atas saranan seorang pakar motivasi.

“Saya pergi berjumpa dengan seorang profesor selepas dinasihatkan oleh pakar motivasi. Masa tu waktu malam saya pergi jumpa dia dengan adik perempuan saya. Mak saya semua tak tahu.

“Tak semua orang percaya. Kalau saya bagi tahu mak saya, mesti dia kata ‘tak perlu jumpa, takut syirik’. Tapi saya pergi saja,” katanya.

Eflira berkongsi perkara demikian menerusi sesi podcast Sembang Seram yang dikendalikan pleh pelakon dan pempengaruh, Syazwan Nazri.

Berkongsi lebih lanjut, Elfira berkata pertemuan mereka ketika itu pada awalnya hanya berborak kosong namun mula berubah apabila profesor tersebut mengajukan soalan yang mencurigakan.

“Awalnya kami hanya bersembang, sampailah dia tanya ‘tak penat ke? Macam mana tidur malam? Tak sakit?’ Saya pelik juga sebab soalan tu tiba-tiba, tapi saya jawab saya okay saja,” katanya.

Namun begitu, keadaan menjadi semakin suram apabila profesor berkenaan memaklumkan Elfira ada membawa ‘sesuatu’ bersamanya tanpa disedari.

“Profesor tu kata nasib baik saya cepat jumpa dia sebab apa yang saya bawa ni berat. Bila saya tanya dia tak jawab, dia kata nak buang dulu ‘benda’ tu.

“Saya tak ingat sangat apa yang berlaku lepas tu sebab saya terkejut. Dia suruh saya angkat tangan, dan tanya beberapa soalan. Kalau benda tu tak betul, tangan saya jadi lemah, kalau betul tangan saya keras tak boleh kawal. Badan dan fikiran saya yang jawab soalan dia,” katanya lagi.

Bagaimanapun, Elfira berasa lega selepas ‘benda’ tersebut dibuang, malah badannnya terus berasa ringan.

“Profesor tu kata, apa yang dia buang tu adalah pontianak yang duduk atas bahu saya. Siapa yang boleh nampak, memang boleh nampak benda tu.

“Masa saya jadi DJ radio dulu pun saya boleh rasa ada sesuatu. Bila benda tu ada dekat diri, kita akan jadi lebih sensitif,” katanya.

@sembangseram

wuish risau pulak atas bahu aku skrgni hmm #ElfiraLoy #Sembangseram #Safwannazri #Safwannazripod #Safwannazripodcast #Kisahhantu #Kisahseram #Ceritahantu #Ceritaseram

♬ original sound – sembangseram – sembangseram

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kongsi Pengalaman Misteri Diganggu Bunian, Elfira Loy Hampir ‘Dibawa’ Ke Alam Lain

Artikel Berkaitan: “Saya Rasa Siapa Yang Pernah Mandikan Jenazah Akan Takut Dengan Kehidupan Di Dunia Ni” – Elfira Loy

Artikel Berkaitan: “Penyakit Yang Paling Saya Takut Adalah Penyakit Ain” – Elfira Loy

Sumber: Sembang Seram

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 25 Jun 2020
Featured Mon, 5 May 2025

“Don’t Try Me, You Just Woke Up The ‘Trouble Maker'” – Nabila Huda Beri Amaran Tegas

Nabila sudah mencuba yang terbaik untuk menjaga aib ibu tirinya.

Trending Wed, 18 Apr 2018

Kenapa Sharifah Sakinah Tak Puas Hati Dengan Neelofa?

Persoalannya, apakah motif Sharifah Sakinah berbuat demikian? Adakah dia tidak puas hati kerana tidak memenangi anugerah tersebut? Atau dia memang berniat untuk bergurau?

Hiburan Sun, 25 Jan 2026
Trending Wed, 9 May 2018
Featured Sat, 16 Apr 2022
Trending Mon, 19 Apr 2021

Bantuan RM300 Buat Pemandu Kereta Sewa

Berita baik buat pemandu kereta sewa yang terkesan…

Hiburan Mon, 1 Aug 2022

“Mungkin Mereka Mahu Jadi Seperti Saya Suatu Hari Nanti” – As’ad Motawh Tayang Badan Mahu Jadi Inspirasi

As’ad Motawh tayang badan untuk memberi inspirasi kepada orang muda diluar sana.

Hiburan Sat, 28 Jun 2025

Amira Othman Bakal Adakan Showcase Pertama Selepas ‘Dilamar’ Pihak Pengurusan Fattah Amin

Amira Othman bakal adakan showcase di bawah pengurusan Fattah Amin

error: Content is protected !!