Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 20, 2025 @ 5:07pm

Betty Rahmad Kesal Wajah Didakwa ‘Berubah’ Selepas Ambil Foto Bersama Ruhainies 

Usahawan dan selebriti, Betty Rahmad meluahkan rasa kesal apabila segelintir pihak membuat andaian melulu terhadap sebuah video yang memaparkan dirinya bersama pelakon, Ruhainies.

Video suntingan dalam versi perlahan (slow motion) itu mencetuskan spekulasi dalam kalangan netizen yang mendakwa riak wajah Betty seolah-olah berubah selepas bergambar bersama Ruhainies.

Turut kelihatan dalam rakaman berkenaan ialah pelakon Nora Danish, ketika mereka menghadiri sebuah majlis ilmu pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Anuar.

Menerusi satu hantaran di platform Threads, Betty menegaskan dia hadir ke majlis berkenaan dengan niat yang baik dan tidak berminat untuk mencampuri urusan peribadi orang lain.

“Laju saja orang buat andaian hanya daripada video ‘slomo’ itu. Korang fikir saya datang majlis ilmu untuk apa? Kalau niat nak mengata atau menghukum orang, lebih baik duduk rumah.

“Masa saya terlalu berharga untuk dihabiskan memikirkan hal orang lain. Banyak lagi kekurangan dalam diri ini yang perlu diperbaiki.

“Cukuplah dengan andaian. Setiap apa yang kita kongsi di media sosial boleh jadi punca pahala, dosa atau duit. Pilihlah yang mana kita nak,” tulisnya.

Terdahulu, kehadiran Ruhainies ke majlis ilmu itu turut mencuri perhatian ramai apabila dia tampil manis mengenakan tudung labuh dan tidak lekang dengan tasbih digital di tangan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ruhainies Tampil Berseri Hadir Majlis Ilmu, Tasbih Digital Setia Di Tangan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 21 Oct 2018

Tahniah! Sufian Suhaimi Terima Ijazah

Akui Sufian, dia terharu apabila mendapat sokongan luar biasa ketika menerima skrol di dalam dewan. Tahniah Sufian!

Featured Sat, 24 Aug 2024
Trending Fri, 22 Dec 2017

8 THINGS MALAYSIANS LOVE ABOUT THE CHRISTMAS SEASON

Christmas isn’t just a celebration for the Christians but also a wonderful holiday for everyone.

Hiburan Wed, 16 Jan 2019

韓曉噯进军乐坛!写真EP展现极致魅力

「火星女」韓曉噯推出个人写真EP《FREE》进军大马乐坛出道成为歌手,收录全彩写真册为你展示极致魅力!

Events Mon, 9 Dec 2024
Trending Thu, 10 Mar 2022
Featured Mon, 8 Sep 2025

“Saya Tak Pernah Niat Join Sumud Sebab Nak Jadi Sebutan” – Farah Lee

Farah Lee sertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) bukan untuk menjadi sebutan.

Hiburan Sat, 28 Dec 2019

纪念已故恩师姚莉!杨伟汉暌违六年重踏舞台

杨伟汉暌违六年重踏舞台!纪念已故恩师姚莉,音乐剧《姚莉音乐+剧》将于2020年2月在吉隆坡二度公演。

error: Content is protected !!