Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 20, 2025 @ 5:07pm

Konflik Panas Penerbit & Pengarah, Josiah Hogan Kekal Profesional – “Dia Tetap Layak Dihargai”

Pelakon utama Misteri Fraser 1910, Josiah Hogan, tetap berdiri teguh menyokong pengarah filem berkenaan, Shuhaimi Zulkefli, meskipun pengarah itu tidak diundang ke tayangan perdana dan sidang media filem terbabit yang berlangsung malam kelmarin.

Menurut Josiah, 38, hasil kerja Shuhaimi wajar dipuji walau berdepan isu dalaman bersama dua penerbit, Amai Kamarudin dan Elani Aidid, sehingga menimbulkan ketegangan.

“Saya tidak mahu campur urusan antara penerbit dan pengarah, tapi selepas menonton filem ini, saya rasa Shuhaimi layak diberi pujian. Dengan bajet terhad dan masa yang singkat, dia masih berjaya hasilkan karya yang kemas.

“Saya tahu sendiri bajet produksi ini bukan besar, berdasarkan bayaran yang saya terima. Tapi hasilnya tetap boleh dibanggakan,” katanya ketika ditemui di GSC Mid Valley Megamall pada Rabu.

Enggan masuk campur kemelut produksi, Josiah tetap memilih untuk bersikap profesional sepanjang berada di set.

“Saya tahu apa yang berlaku, malah isu ini bukan kecil. Tapi sebagai pelakon, prinsip saya jelas pengarah adalah ‘Tuhan’ di set. Dia tentukan hala tuju cerita, sama juga seperti pentingnya Tuhan dalam kehidupan,” katanya.

Bercerita lanjut, Josiah berkata, dia berpuas hati bekerjasama dengan Shuhaimi dan menjadikan kehadiran pengarah itu sebagai antara faktor utama dia menerima tawaran membintangi filem ini.

“Dari dulu saya dah ikuti perkembangan Shuhaimi di Facebook. Bila dapat tahu ini filem arahannya, saya terus setuju. Saya tertanya juga kenapa kami tak pernah bekerjasama sebelum ini,” katanya.

Terdahulu, Shuhaimi dilaporkan tidak dijemput ke tayangan perdana dan sidang media filem tersebut kerana penerbit mahu mengelak perkara tidak diingini, memandangkan kes berkaitan isu dalaman mereka masih dalam proses perbicaraan di mahkamah.

Misteri Fraser 1910 mengangkat kisah kehilangan peneroka dari Scotland, Louis James Fraser atau lebih dikenali sebagai Mr Fraser yang dikatakan hilang secara misteri di Bukit Fraser, Raub, Pahang. Filem ini bakal menemui penonton di pawagam bermula 26 Jun ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 11 Apr 2018

Nabil Ahmad Ditawarkan Hubungan Seks?

Antara ujiannya adalah Nabil sendiri pernah diajak oleh peminat fanatiknya untuk melakukan hubungan seks di sebuah hotel Mewah. Menurut Nabil, permintaan tersebut dihantar melalui aplikasi direct message instagram (DM). Biar betul?

Hiburan Sat, 24 Aug 2019

Cantiknya Foto ‘Maternity Shoot’ Azrinaz Mazhar Hakim!

Selain memuji gaya Azrinaz dalam entri berkenaan, rata-rata turut mendoakan agar proses bersalinnya nanti dipermudahkan.

familuv Sat, 17 Dec 2022

[VIDEO] Buat Trend Video Anime Di TikTok, Zulin Aziz Undang Tawa – “Dah Kenapa Sampai Tukar Jantina Ni Oi!”

Pelakon dan pengacara, Zulin Aziz memuat naik video memaparkan dia dan suami, Farhan Norzaini melakukan ‘challenge’ made you look yang menukarkan wajah seseorang dalam bentuk anime 3D di TikTok. @zulinazizDah kenapa sampai tukar jantina ni […]

Featured Wed, 13 Jul 2022

[VIDEO] Rumah Tangga Didakwa Bergolak, Noh Salleh Buka Mulut – “Apa Yang Boleh Saya Katakan….”

Tak ada angin, tak ada ribut tiba tiba muncul desas desus sebegini. Jangan terus mendakwa, dengar dulu apa kata tuan badan ya ☺️

Hiburan Wed, 28 Mar 2018

Ziana Zain sudah ‘move on’!

Ziana memberitahu, dia  perlu  kuat dan meneruskan kehidupan yang telah direncanakan oleh Allah.

Featured Wed, 16 Nov 2022

Sunting Gambar Naik Pelamin, Netizen Doakan Jaa Suzuran Cepat Bertemu Jodoh

Pelakon dan penyampai radio, Jaa Suzuran sering dikaitkan dengan soal jodoh oleh warganet. @jaasuzuran Semoga bahagia korang dua . And doakan Abe Jaa dengan Adira pulak ye gais #countingcalories #ehsilap #countingdays💍 ♬ Selamat Pengantin Baru […]

error: Content is protected !!