Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 23, 2025 @ 1:51pm

Dapat Sambut Bunga, Alif Hadi Beri Bayangan Bakal Berkahwin Lagi?

Pelakon, Alif Hadi mencuri tumpuan selepas memberi bayangan dirinya sudah menemui pengganti dan bakal berkahwin.

Dakwaan tersebut timbul selepas tular sebuah video di platform Instagram (IG) miliknya memaparkan momen Alif menyambut bunga yang di baling oleh pengantin perempuan iaitu adik ipar pelakon, Erissa Puteri.

Menerusi video tersebut juga, Alif atau Muhammad Alif Abdul Hadi, 37, kelihatan teruja dan melompat apabila berjaya menyambut bunga itu.

“I’m next! Macam tahu-tahu saja kan aku nak kahwin,” tulisnya ringkas.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar niat Alif agar bertemu dengan jodoh yang baik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Hadi (@alifhadi)

Sebelum ini, Alif pernah mendedahkan dirinya berstatus duda dan pernah berkahwin pada usianya masih 20-an, namun perkahwinannya hanya bertahan selama tujuh tahun sebelum mereka berpisah.

Oktober tahun lalu, Alif mengesahkan hubungannya bersama aktres, Yasmin Hani terlerai pada Ogos selepas tiga tahun menyulam cinta

Sekadar info, Alif menjalinkan hubungan cinta bersama Yasmin tiga tahun lalu selepas aktres itu berpisah dengan suaminya, Sha’rin pada November 2021 lalu.

Artikel Berkaitan: 3 Tahun Bersama, Kisah Cinta Alif Hadi & Yasmin Hani Sudah Putus – “Tak Nak Buang Masa, Saya Perlu Move On”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 22 May 2025
Featured Sun, 19 Apr 2020
Hiburan Tue, 27 Aug 2019

Persembahan ‘Intim’ Shawn Mendes, Camila Tarik Perhatian Dunia

Pasangan ini membuat penonton menjerit ketika mereka menari, saling ‘menggoda’, dan hampir bercium.

Hiburan Mon, 19 Jun 2023
Featured Mon, 21 Mar 2022

Mengaku Bersalah Kongsi Video Aksi Dukung Dengan Siti Hariesa, Zul Ariffin Mohon Maaf

Pelakon utama dah minta maaf, semoga isu sensitif seperti ini dapat menjadi pengajaran buat semua

Hiburan Wed, 1 Aug 2018

#Mentor7: Jangan Takut Datang Uji Bakat Sebab Saya

Sesi uji bakat akan bermula di Hotel Promenade, Kota Kinabalu, Sabah pada 8 dan 19 Ogos ini, disusuli Sri Pentas pada 8 dan 9 September depan membabitkan pencarian protege Syafinaz, diikuti Aizat (15 dan 16 September), Hafiz (22 dan 23 September) dan Siti Nordiana (29 dan 30 September).

Hiburan Wed, 25 Jul 2018

Kandungan Gugur, Syatilla Melvin Reda…

Syatilla Melvin sedar sewaktu tengah buat kerja rumah, ada ketulan darah keluar secara tiba-tiba. Sabar ya Syatilla, semoga ada hikmah di sebalik kejadian ini. Insha Allah.

Trending Fri, 15 Dec 2017

Ular Yang Di Sangka Jinak Tetapi..

Remaja berasal Bojongsoan, Indonesia meninggal dunia selepas dipatuk ular kesayangannya…aduhai.

error: Content is protected !!