Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 25, 2025 @ 8:29pm

“Tak Perlu Samakan Dengan KRU” – Abby Abadi Jawab Isu Harga Tiket Konsert Elite

“Kenapa nak samakan dengan konsert KRU? Elite tak masuk bertanding pun,” demikian tegas anggota kumpulan Elite, Abby Abadi susulan komen negatif segelintir warganet yang mempertikaikan harga tiket konsert sulung mereka, Elite Live ‘25.

Menurut Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, harga tiket yang dianggap mahal itu bukan ditentukan oleh mereka, sebaliknya ditetapkan pihak penganjur berdasarkan kos pengurusan serta lokasi eksklusif konsert.

“Semuanya diuruskan penganjur. Elite tak tahu menahu pun pasal harga tiket, tetapi sewa Plenary Hall memang mahal. Tak ramai boleh masuk, jadi kena ‘cover’ dekat kos tiketlah.

“Lainlah kalau buat dekat padang awam awak. Cuba tenang-tenang saja, okay,” tulis Abby menerusi hantaran di Threads.

Terdahulu, seorang lagi anggota Elite, Azza Zawari turut meluahkan rasa kesal apabila segelintir netizen tampil dengan komen negatif sejurus pengumuman konsert yang bakal berlangsung September depan.

Artikel Berkaitan: “Kalau Artis Tu Jantan, Bukan Main Lagi…” – Azza Kesal Netizen Pertikai Elite Buat Konsert

Konsert Elite Live ‘25 dijadualkan berlangsung pada 20 September ini di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), sebagai simbolik meraikan tiga dekad perjalanan seni kumpulan wanita popular era 90-an itu.

Membawa tema album pertama mereka, Catwalk, konsert tersebut dijangka mengimbau kenangan peminat dengan barisan lagu-lagu hit yang pernah melonjakkan nama Elite dalam industri muzik tanah air.

Tiket konsert akan mula dijual pada 26 Jun, Khamis jam 2 petang menerusi laman web www.ticket2u.com.my/elite, dengan harga bermula daripada RM268 hingga RM1,088.

Artikel Berkaitan: “Itu Pilihan Dia, Biar Dia Lalui Sendiri”- Abby Abadi Enggan Campur Urusan Rumah Tangga Marissa Dania

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 27 Mar 2018

AirAsia Employees KISS Luggage Bags as Sign of Apology to Passengers

These dudes literally kissed each and every one of those bags!

Hiburan Thu, 10 Jan 2019

Pekan Sudah Ditemui Tetapi Dalam Keadaan Berbeza

Alhamdulillah…PEKAN sudah ditemui dalam keadaan selamat.

Hiburan Thu, 19 Jul 2018

#tontonRAISHA2 : Fadlan Hazim Dedah Watak Pengarah Playboy Memang Benar Wujud

Watak Rashdan dalam drama Raisha 2 sebenarnya benar-benar wujud di luar sana. Kata pelakon berusia 26 tahun ini, dia pernah mengenali seorang pengarah yang ‘miang’ orangnya. Dengarnya, suka ‘menghimpit’ pelakon-pelakon wanita berdahi licin. Siapa agaknya orang itu ya? hehe

Hiburan Wed, 25 Apr 2018

BTS is Going on a World Tour!

The boys will be visiting some different countries too this time.

Featured Wed, 20 Dec 2023
Events Thu, 7 Jun 2018

Jom Ke Anggun Life Festival Untuk Dapatkan Baju Raya Pelbagai Jenama Pada 8 & 9 Jun Ini!

Terdapat lebih 100 vendor yang  akan turut serta menjual pelbagai barangan menarik dan antara selebriti yang turut serta menjadi vendor menjual produk keluaran mereka sendiri di Festival Anggun Life

Hiburan Sat, 13 Oct 2018

Saya Tidak Mahu Jadi Artis Kalau DiBeri Putar Balik Masa

Mungkinkah Adi sudah merajuk dan berputus asa dengan industri tanah air kita?

Featured Fri, 7 Apr 2023
Hiburan Sun, 9 Dec 2018

#AnggunLife : Ika Nabella Seronok Jadi Tokey Sambal

Setakat ini Ika sudah hasilkan tiga jenis sambal iaitu sambal Hitam, Merah dan Hijau. Tahniah Ika!

error: Content is protected !!